Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, November 23, 2009

Tok Guru Nik Abdul Aziz nasihati menantunya letak jawatan

Keterbukaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terbukti apabila beliau menerima nasihat pucuk pimpinan parti yang diketuai oleh Presiden, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din dan beberapa yang lain supaya menasihati menantunya Ir. Abdul Ariffahmi Abd. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Tok Guru Nik Aziz mengumumkannya dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini. Menantunya turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan. Dalam sidang media Ariffahmi, beliau dilaporkan mengumumkan perletakan jawatan sebagai CEO PMBK sebagaimana yang dinasihati oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Keputusan tersebut diambil bagi mengelakkan fitnah yang lebih besar serta memelihara kesinambungan perjuangan. Imej Tok Guru sejak akhir-akhir ini diberi gambaran yang agak buruk oleh media dan para blogger yang sentiasa mengambil kesempatan bagi membesarkan isu ini.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!