Keliru dengan kenyataan MB Nizar

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, December 28, 2008

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak menentang pasangan yang berkahwin, salah seorang mereka positif-HIV ,kata Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin .

Menjelaskan kenyataannya Ahad lalu, Nizar berkata beliau tidak meragui tentang laporan 71,000 orang yang sihat telah diperiksa kesihatan HIV, mampu menjalani kehidupan biasa.Bagaimanapun, katanya.

Beliau telah merujuk kepada mereka yang belum berkahwin apabila berkata 'pasangan tidak seharusnya berkahwin' sekiranya salah seorang daripada mereka pengidap / positif HIV.

“Adalah baik bagi mereka (bujang yang hendak berkahwin) pada mulanya pergi mendapatkan rawatan istimewa yang terdapat sekarang, dan setelah mendapat pengesahan daripada seorang pakar perubatan,barulah berkahwin," katanya."Jika tidak, adalah tidak adil kepada pasangan yang lagi satu kerana tidak mengetahui tentang pasangannya yang mengidap HIV," kata Nizar.

Kalau anda mempunyai anak, adakah anda suka anak anda berkahwin dengan seseorang lalu tiba-tiba anda mendapat tahu tentang hal tersebut," tambahnya lagi.

Nizar berkata beberapa organisasi bukan kerajaan telah mengkritik kenyataannya sebagai tidak adil kepada pasangan pengidap HIV.Mereka juga turut mempersoalkan cadangan 'quarantine' yang dikemukan oleh Nizar.

Menjawap tentang isu 'quarantine' tersebut, Nizar berkata, beliau maksudkan kepada pesakit HIV yang menjalani rawatan diward khas serta pemakanan dan rawatan khas, sebagaimana yang terdapat dinegara-negara barat saperti Australia."Bukan maksud saya memulaukan mereka," kata Nizar.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!