Lebih 1000 hadir Majlis Hi - Tea Ikatan Anak Perak di Perantauan

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, March 1, 2009

Majlis Hi-Tea anjuran Ikatan Anak Perak di Perantauan dihadiri lebih 1000 orang anak-anak Perak di Perantauan. Majlis tersebut diadakan di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS). YAB Dato' Seri Hj Nizar yang dijadualkan hadir diwakili oleh Setiausaha Politiknya. Beliau tidak hadir berikutan kematian ibu mertuanya. Turut hadir ialah Datuk Paduka Hj Husam Musa, Naib Presiden PAS dan Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak. Kedua-duanya turut memberi ucapan. Dialog turut diadakan bagi menjelaskan isu-isu terkini di Perak. Ternyata isu krisis politik di Perak yang menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang dengan cara tidak bermoral mendapat simpati sebahagian besar anak-anak Perak di perantauan. Mereka memberi jaminan akan sentiasa memberi sokongan moral kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sah dari sudut Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!