DUA GAMBAR MENARIK DIBIDA DENGAN HARGA RM 600 SETIAP SATU

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, November 1, 2009


Dua keping gambar menarik perhatian para peserta konvensyen. Gambar yang tidak pernah disiarkan dalam media arus perdana. Gambar-gambar itu ialah gambar bagaimana YB Sivakumar yang sedang mempengerusikan sidang dewan pada 7 Mei sedang dipertahankan oleh Adun-adun Pakatan Rakyat yang cuba diseret keluar oleh bentara dewan dan polis dengan ganas dan kasar.

Gambar kedua ialah gambar kenangan adun-adun PR dibawah pokok demokrasi dan tugu demokrasi yang didirikan bagi memperingati peristiwa sidang dewan bawah pokok pada 3 Mac 2009 yang lalu, kini tugu demokrasi tersebut telah dipecahkan oleh UMNO BN.

Kedua-dua gambar tersebut telah berjaya dibida oleh seorang ahli perniagaan Cina dari Bidor dengan harga bidaan RM 600, dan satu lagi dibida oleh Datuk Shanmugam juga dengan harga RM 600. Hasil dari bidaan tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Pakatan Rakyat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!