TENTERA MERAH JEPUN BERTEMU PESURUHJAYA PAS PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, November 18, 2009



Mereka pernah digelar Tentera Merah Jepun sewaktu berkhidmat membantu mangsa banjir di Johor beberapa tahun lepas ketika Johor dilanda banjir yang begitu teruk. Unit Amal dari seluruh Malaysia yang baru menukar warna uniform mereka ketika itu bergegas ke Johor dan masuk ke pelusuk tempat membantu mangsa banjir, kedatangan mereka yang serba merah mengejutkan penduduk kampung dan mereka mengelar Tentera Merah Jepun. Kedatangan mereka akhirnya diterima oleh masyarakat dan masyarakat segera mengiktiraf sumbangan mereka.

Malam tadi Tentera Merah Jepun bertemu dengan Pesuruhjaya PAS Perak.

Jabatan Amal Negeri Perak yang ditubuhkan atas misi membantu rakyat atas dasar kebajikan diseru menjadi duta PAS kepada masyarakat. Begitulah yang diharapkan oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Husein, Pesuruhjaya PAS Perak dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Jabatan Amal negeri Perak. Turut hadir dalam pertemuan tersebut Setiausaha Perhubungan dan Bendahari PAS Perak.

Jabatan Amal atau lebih dikenali dengan Unit Amal sudah dikenali ramai dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Dengan beruniform merah, mereka bukan sahaja kelihatan segak bahkan pantas, cekap, mahir dan cepat bertindak apabila berlaku musibah.

Di mana sahaja berlaku musibah sekiranya mendapat maklumat seperti banjir, ribut, lemas dan sebagainya sepantas kilat anggota Unit Amal akan berada di tempat kejadian seawal mungkin sebelum pasukan lain tiba. Begitulah pantasnya mereka bertindak mambantu masyarakat yang ditimpa musibah. Walaupun peralatan mereka serba tidak mencukupi namun semangat kerelewanan mereka mengatasi segala-galanya. Mereka tidak mengharapkan sebarang upah dan imbalan, bekerja dengan dengan ikhlas sesuai dengan moto "BERAMAL KERANA ALLAH".Dalam kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang dan lemas di Batu Berangkai Kampar, Unit Amal adalah antara yang sampai awal memberi khidmat bantuan mencari mangsa lemas. Dan Unit Amallah antara yang menjumpai mayat di Kuala Dipang dan Batu Berangkai.

Begitu juga dalam kejadian banjir yang melanda beberapa buah daerah di seluruh Perak,Unit Amal ada di mana-mana memberi bantuan.

Dalam pertemuan lebih dua jam, Pesuruhjaya PAS negeri bersama pimpinan yang lain bersedia mendengar segala permasalahan dan keluhan yang disuarakan terus dari hati nurani mereka yang ikhlas agar pimpinan PAS di semua peringkat memahami dan mengambil berat kebajikan anggota Unit Amal.

PJ Perak memberi jaminan akan sentiasa peka dan cuba mencari jalan bagi membantu mengukuhkan ekonomi unit tersebut agar perkhidmatan mereka akan lebih efisen.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!