Ulama muda jumpa Najib, bukan nak masuk Umno

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, June 28, 2010



Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas…”

Sumber: Harakahdaily [27 Jun 2010]

Saya sendiri telah menerima SMS dari ayah kepada seorang pelajar yang berada di Jordan yang berbunyi:

“Empat orang darinya adalah ahli kelab Umno di Jordan. Yang lainya adalah dari Mesir, Madinah dan Indonesia dll…. Mereka tu memang mewah di luar negara.”

Sumber: +60126212886 [26 Jun 2010]

Sementara menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, “saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal.”

Yang dimaksudkan Ustaz Idris itu mungkin Fadlan Mohd Othman yang menurut Malaysiakini sebagai ketua kumpulan ulama muda (lihat http://malaysiakini.com/news/135602) dan dirujuk sebagai pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sementara bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri menjelaskan, "ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.

"Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua," katanya dipetik oleh Harakahdaily (26 Jun 2010) dari blog (www.drmaza.com). Berikutnya Dr. Mohd Asri menukilkan, “apa yang penting saya tidak menyertai mana-mana parti dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini.”

Sekaligus, kenyataan tersebut menyangkal dakwaan mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilapor berkata (lihat http://malaysiakini.com/news/135602) bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Lalu menurut Naib Presiden PAS, Haji Salehuddin Ayub (Sinar Harian, 27 Jun 2010), ketika ditanya mengenai tindakan Asri untuk tidak menyertai UMNO, Salahuddin berkata, tindakan tersebut adalah keputusan yang bijak diambil oleh ulama tersebut.

“Saya rasa beliau (Asri) tahu mengenai situasi sekarang tidak mengizinkan beliau menyertai mana-mana parti politik dan itu adalah keputusan yang bijak,” katanya.

Apapun, hanya Tuhan Yang Maha Adil menilai kebenaran di atas apa yang diperjuangkan oleh hamba-Nya. Bagi kita, hayatilah sunnah Nabi Muhammad SAW yang menganjurkan umatnya berjuang melalui satu jemaah Islam yang berusaha menghidupkan sunnah baginda: Iqamatiddin wa siasatudduniabih dan berlakunya kekuasaan secara amar maaruf nahi mungkar.

Fikirkanlah, manakah parti yang sebenarnya memperjuangkan sunnah Nabi ini, iaitu menegakkan agama dan mentadbir negeri berpandukan agama, dan melaksanakan kebaikan yang disuruh oleh Allah SWT dan mencegah segala bentuk kemungkaran yang larang oleh Allah SWT. Bayangan (klu) itu boleh disaksikan di depan mata, parti mana yang paling banyak melanggar perintah Allah SWT, maka parti itu bukan jemaah yang memperjuangkan Islam. Tolaklah dan masuk atau sokonglah parti yang paling banyak melakukan amal amaruf dan mencegah kemungkaran.

Wan Nik Yusuf
Setpol MB Kelantan

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!