Debat dalam Facebook antara PAS dan UMNO

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, September 4, 2012

Ini punca debatnya.

  • Yusof Burhanuddin mana ustaz misbah dtg?ustaz nak rebah je yg dtg
  • Misbah Munir Munir Kali ini shj tak sempat dtg, sebab bertembung dgn program lain yg lebih awal di atur. Wakil saya ada datang sampaikan sumbangan.
  • Yusof Burhanuddin Kawasan kubu kuat ustaz x dtg..ketua pemuda umno caw yg dtg raikan...itu tanda pas akan kalah lg ni
  • Misbah Munir Munir Tak dtg sekali bukan bermakna tak dtg selamanya, selama mika tak ada, teman dan ustaz PAS kerap sgt dtg sg betul. Saudara mara mika termasuk org tua mika dah sokong PAS, mika sorang je.
  • Yusof Burhanuddin Pru dah dekat..kena la turun lebih kerap..ana bukan calon pun...dulu tanya ustaz tak dpt jawab
  • Misbah Munir Munir Pendekata setiap hari saya balek bg datoh, paling tidak selang sehari. Apa soalan yg saya tak boleh jawab. Bila anta tanya yg saya tak boleh jawab.
  • Shukri Yusof Diam pun satu jawapan..
  • Yusof Burhanuddin Ustaz misbah gagal berikan jawapan yg tepat pd saya..soalan ditanya semasa mjlis kenduri umah ust haron hujung tahun lepas..soalan saya apa hukum jd ahli umno,klu haram apa nas dan dalilnya?soalan seterusnya juga saya tanya apa soalan yg awal awal ditanya allah di hari kiamat...?didalam kubur allah tak soal apa parti kamu..so ustaz gagal berikan jawapan dan tergesa gesa meninggalkan majlis..
  • Misbah Munir Munir Bukan tak boleh jawab, klu saya jawab akan ada perdebatan, itu majlis khenduri, masa terhad, dtg kuliah saya di surau sg betul bila saya mengajar kat situ, saya akan jawab dgn ilmiah berdasarkan nas syarak. Jawapan nak tahu jd ahli umno haram @ tidak bukan boleh bg jawapan mcm soalan objektif, mesti ada huraian yg panjang. Soalnya umno tu sendiri parti Islam ke parti apa? Jd dlm hujjah saya nanti, saya akan buktikan yg umno bkn parti yg berdasarkan Islam, lps tu baru saya tegaskan hukum menyertai dan sokong umno. Tapi anta elok bahas je dgn anak2 ust harun dan hj juni je, klu nak tahu jawapannya. Mereka semua anak murid saya dulu.
  • Yusof Burhanuddin Ustaz masih berpusing pusing dari memberikan jawapan yg tepat..dlm islam yg hak itu jelas dan batil itu tetap batil dan tiada hukum di tengah tengah..islam tetapkan 5 hukum iaitu wajib,haram,sunat,makruh dan harus...so berikan je jawapan yg tepat..klu ada nas lg baik..saya tanya dulu dlm perlembagaan umno tak de pulak tertera kalimat@clause yg paparkan sesuatu yg bercanggah dgn islam so saya mohon dijelaskan apa hukum jd ahli umno berdasarkan undang/perlembagaan umno itu bukan tentang kepimpinan dan sikap ahli umno..ustaz gagal bezakan ahli dgn prinsip parti itu sendiri
  • Azrul Mohamad Juni brdasarkn hukum tauhid,1 ayat al quran dinafikn akn melucutkn aqidah cthnye UMNO menafikn hukum hudud yg nyata dlm al quran.abg an pn prnh bc khutbah jumaat kt masjid sg betul bln lps.adakah abg an sekadar baca saje @ menghayati isi kandungan khutbah 2
  • Misbah Munir Munir Nak tahu Islam tidak Islam satu2 pertubuhan kena lihat dasar partinya, sumber hukumnya, matlamat partinya, kepimpinannya, akhlak ahlinya, perjuangannya, programnya dan sebagainya. Saya bukan penghukum kpd seseorang, saya hanya sebagai pendakwah yg mengajak kpd kebenaran, dan tinggalkan kebatilan. Dalam kuliah saya boleh terang panjang lebar dan bersoal jawab bg memberi penjelasan tentang hakikat kebenaran. Terpulang kpd pendengar untuk menilai kebenaran, saya tak paksa org kena ikut cakap saya, dalam kuliah sekalipun saya tak pernah jatuh hukum berkaitan isu2 politik, saya hanya memberi penerangan dgn fakta data dan dalil. Terpulang kpd pendengar, alhamdulillah ramai org sg betul yg boleh menilai dgn bijak dan skrg sudah bersama PAS.
  • Yusof Burhanuddin Umno adalah parti umat islam terbesar didunia pd waktu ni.klu dilihat jasanya,dah beratus bahkan beribu jasanya pd umat islam di malaysia sejak 55 tahun lps. Ustaz hnya melihat umno dari aspek negatif krn ustaz ditakdirkan berparti yg mmg bertentangan. Tp pandangan org luar dan ulama dari negara arab ,mereka anggap umno dah bina sebuah negara islam yg maju dan direspect oleh oic dan dijadikan contoh. Inilah hasil perjuangan umno yg berjaya mentadbir negara dgn satu sistem yg teratur dan cekap.saya tidak menafikan wujudnya kebatilan namun kebatilan itu tidak mendominasi kebenaran.dlm mana mana pentadbiran negara mmg wujudnya kemungkaran..dizaman nabi pun wujudnya pelaku zina dan direjam.oleh itu,amat wajarlah pas bersatu dgn umno dan memberikan nasihat spt yg ustaz nasha paparkan kpd umum yg beliau sentiasa berkomunikasi dgn dato najib bg menasihat ke jalan yg benar bertepatan dgn surah al asr ayat 4 dan 5
    ..berpesan pesanlah kamu dlm kebenaran dan kesabaran
    .
  • Misbah Munir Munir Lihatlah hakikat kebenaran yg sebenar, fahamilah hakikat Islam dgn nilai ilmu yg sebenar, hayatilah ajaran quran, sejauhmana umno, pemimpinnya dan ahlinya memahami dan menghayati ajaran Islam yg sebenar. Kita bukan menilai islam hanya kerana banyaknya institusi agama yg ditubuhkan, di negara yg tidak mendakwa negaranya Islam @ negara bukan islam pun ada institusi agama yg ditubuhkan. Soalnya apa dasar, prinsip, matlamat dan sumber hukum yg menjadi pegangan umno. Itu sebabnya ulama yg ada dlm umno bersama ulama2 lain dulu bersama tubuhkan PAS sebab mereka tidak nampak yg umno berjuang unt Islam. Sila baca sejarah umno dan sejarah PAS, sila bandingkan perlembagaan kedua2 parti. Nilailah dgn fikiran dan hati yg waras. Umno perintah sejak merdeka, syariat Islam yg syumul tidak pernah didaulatkan, kezaliman, salah guna kuasa, rasuah, kronisme, anak luar nikah, jenayah dan beribu lagi. Marilah bersama PAS unt tumbangkan Umno, lihatlah dikiri kananmu, ahli keluarga dan sanak saudaramu di sg betul, semua sudah bersama PAS, jgn tunggu Umno dah tinggal batu nisan baru nak masuk PAS, malulah kat lotfi, idris, hadi, azrul, hj juni, ust harun, adek beradek sendiri dan ayah sendiri yg sudah bersama PAS. Tanyalah mereka, apa sebab PAS jd pilihan tidak Umno, insya allah bulan depan ada ceramah di Sg Betul, datanglah unt dengar penjelasan PAS terhadap apa isu-isu negara termasuk nak jawab kekeliruan yg anta timbulkan.
  • Yusof Burhanuddin Adakah dgn menangnya pas maka rasuah dan jenayah akan hilang di muka bumi malaysia?apa jaminan ustaz klu pas memerintah isu anak luar nikah akan stop?apakah jenayah dan semua kebatilan yg ustaz sebutkan td akan lenyap tika mana pas tadbir negara?saya lihat isu ini dgn akal dan iman bhw kita hidup ini bukan jadikan kuasa sebagai matlamat perjuangan..pas selalu berhujah dgn kuasa ditangan maka segalanya akan berubah.konsep yg pas bawa ni amat bercanggah dgn prinsip dakwah yg diajar oleh nabi melalui hadis dan al quran..allah swt menjadikan manusia untuk beribadat dan cara untuk mengajak manusia kpd islam bukan dgn kuasa semata mata..ianya mesti didasari oleh dakwah bil hal dan bil hkmah..cara pas berdakwah hnya fokus kpd kuasa politik dan mirip kpd perjuangan mencari habuan keduniaan dimana puak yg anti islam spt kristian dijadikan sahabat.sila rujuk sejarah tentera mongol menakluk bagdad dizaman khalifah al makmun..penasihat khalifah berbaiah dgn tentera mongol diketuai zulagu khan dan menawarkan persahabatan diluar kota bagdad..apabila tentera moghul masuk bagdad mereka disambut dgn bunga mangar tp zulagu belot dan dia bunuh 30 ribu tentera islam dan diaraknya mayat khalifah al makmun dlm gulungan tikar sekitar kota..itu akibatnya berbaiah dgn musuh islam...fikirkanlah
  • Misbah Munir Munir Kuasa adalah alat unt mencapai matlamat, kuasa bukan matlamat PAS, PAS perlu dpt kuasa supaya kuasa itu menjadi alat unt menegakkan keadilan Islam. Beza dgn umno yg menjadikan kuasa sebagai matlamat sehingga sanggup melakukan apa shj tak kira halal dan haram. Bacalah fiqh siasah secara mendalam. Dakwah adalah antara usaha PAS, Pas boleh berkerjasama dgn siapa shj unt tumbangkan kezaliman BN, dasar PAS tetap sama. PAS boleh berbeza pendapat dgn rakan2 lain dari sudut strategi shj, prinsip dan dasar tidak berubah. Dgn pendekatan terbaru ini, PAS semakin diterima oleh bukan Islam termasuk org sg betul. Dulu hanya keluarga hj din dan ust harun yg terima PAS, skrg hj Yusuf bapa anta pun dah terima PAS. Tinggalkan umno, mari bersama PAS. Mulai bulan sept kuliah saya di surau sg betul akan disambung semula dlm bab hukum jenayah Islam. Hadirlah, boleh kita bermuzakarah.
  • Yusof Burhanuddin Ustaz mungkin terkeliru antara matlamat dan prinsip..matlamat tidak menghalalkan cara dan demi kuasa pas sanggup buat apa shj dan sanggup berbaik dgn siapa shj hnya nak kuasa.inilah membuktikan pengaruh fahaman liberalisai telah menguasai sebahagian besar pimpinan pas..ayuh ustaz buat mind transformasi dlm pas agar pas lebih diterima kiranya berbaik dgn umno dan bergabung tenaga bg memartabatkan islam sbb umno kini dah byk berubah.
    Semua yg pas/pr perjuangkan ,umno dah laksanakan spt pemansuhan isa,tender terbuka,membantu rakyat miskin,membenteras rasuah,menaiktaraf kedudukan mahkamah syariah..jom g perbaiki ummah atas nama islam
  • Misbah Munir Munir PAS yakin dgn janji Allah, barangsiapa yg bertaqwa akan ada jln keluarnya, salah satu ciri org yg bertaqwa adalah sabar dlm perjuangan, PAS bersabar dlm usaha mencapai kemenangan, berbagai usaha PAS telah buat, dgn kepelbagaian pendekatan dakwah, strategi dan sebagainya. PAS tidak mudah terpengaruh dgn habuan dunia, kita boleh masuk umno klu nak habuan dunia. Itu sebab rakan2 kita dulu bila dah masuk umno akan kata, apa kamu dapat dlm PAS, lalu dia pun tunjukla apa yg dia dpt. Saya cukup sanjung ahli dan penyokong PAS di sg betul yg istiqamah dgn perjuangan, tidak mengharap habuan dunia yg dijanjikan oleh umno. Org umno boleh kaya raya dgn habuan yg dia dpt, org PAS rela miskin asalkan tidak tergadai perjuangan. Saya hormat hj juni yg istiqamah dlm PAS, juga ust harun, pak andak omar di sg burung, ripin, anwar dan ramai lagi yg sering hadir dgr kuliah dan ceramah saya dan PAS. Mereka tak dpt apa-apa habuan dari PAS, tapi bangga dapat berjuang dgn PAS. Mereka tahu klu sokong umno dptlah banyak benda, tapi tetap pilih PAS.
  • Yusof Burhanuddin Org umno kaya dan dpt habuan?salah persepsi tu ustaz, ana dah 8 tahun berjuang dlm umno tp masih hidup ala kadar..mmpu beli forte je..ana berjuang atas dasar ikhlas nak bantu org miskin dan membela org teraniaya akibat silaptadbir urus oleh pegawai di sektor awam khususnya masalah kehilangan hasil kelapa matag selama 15 tahun..apa ana dpt berjuang mcm tu?ana hnya makan gaji dan duit gaji tu ana guna balik kmpung tiap minggu lihat masalah yg berlaku dan fikir langkah penyelesaian terbaik ..dlm umno kita boleh bermuzakarah dan berpakat dgn kepimpinan untuk bntu mana yg sesuai dilaksanakan..tidak betul dakwaan ustaz kata org pas beerjuang tak dpt habuan dunia..org pas bagan datoh je yg tak dpt habuan..org pas selangor ,kedah dan kelantan kini hidup mewah dgn hasil balak,projek merata tempat..belum lg didengari org umno dikelantan dpt konsesi balak dianugerah oleh tn guru nik aziz @org umno kedah dpt projek dianugerah oleh ustaz azizan..so tak perlulah ustaz bercakap soal ahli pas miskin dan berjuang tak dpt habuan dunia...org pas juga dpt byk konsesi balak di kelantan sejak 20 tahun dulu.ana ada bukti kukuh tentang pemberian konsesi tu..bermuhasabah lah sblm kita dihisab nnti
  • Misbah Munir Munir Tahniah dan syabas pd anta krn perjuangan yg ikhlas unt rakyat yg miskin. Tetapi lihatlah pula pemimpin umno dan kroni2 yg kaya raya, anak beranak mahathir, anak beranak najib, keborosan isteri pm, suku sakat menteri dan lain2. Seluruh rakyat tahu kemewahan mereka disebalik penderitaan dan sengsaranya rakyat bawahan. Di kedah, balak ditender bagi tujuan meningkatkan hasil negeri, alhamdulillah dari 8 juta setahun sebelum ini meningkat puluhan juta setiap tahun dan terakhir meningkat sehingga 84 juta setahun. Bila tender siapa pun boleh mohon, siapa yg menang tender kerana harga tinggi dialah yg dpt tak kira PAS, UMNO, Melayu @ Cina. Di Kelantan, MB jd pengerusi balak bersama beberapa exco yg lain. Siapapun boleh mohon balak klu ada syarikat dan lesen balak, pemilihan berdasarkan kelayakan dan keupayaan dan tawaran harga kpd kerajaan negeri. Semuanya telus dan terurus. PAS dan PR pun ada senarai orang 2 umno dan kroni2nya yg kaya raya, kita dah dedah banyak kali dlm media. Klu betul ada org PAS yg kaya raya krn dapat projek melalui amalan rasuah kronisme dedahlan dalam akhbar sebagaimana Rafizi dedah.
  • Yusof Burhanuddin Pendedahan akan dibuat bila perlu tp dasar umno tidak suka mengaibkan org lain kecuali mereka yg boleh mengancam kedaulatan negara dan merosakkan perpaduan
  • Misbah Munir Munir Selama ini yg umno fitnah mcm2 pd pimpinan PR tu tidakkah mengaibkan namanya.
  • Yusof Burhanuddin Rasanya rafizi tu dah champion membuka aib pemimpin umno dan semua penceramah pas akan buka aib pemimpin umno disetiap sesi ceramah adakah itu dasar islam?
  • Sogek Sg Ulor burhan yg bercerita tenang kebenaran di dlm umno ni dia bukan ada kuasa nk ubah prinsip org umno atau mengubah dasar menjadi perjuangan islam di dlm umno kat malaysia ni...kat bgn datoh pun dia tak blh nk besuara lebih pd umno...kalo bersuara lbh2 dato zahid pasti melenting..suruh dia ubah yg di kg dulu br blh cite psl global....umno cwng sg betul pun tak berubah2 asyik dgn kroni umnonye saje yg dpt bantuan...tu pun yg terapat kalo ahli biasa serupa mcm sampah di buatnye....
  • Misbah Munir Munir Apa yg PAS dan rakan2 PR dedah adalah penyelewengan, kemungkaran dan salah guna kuasa umno bn yg wajib didedahkan kpd rakyat. Yg UMNO dedahkan adalah fitnah yg direka cipta unt aibkan maruah dan harga diri org lain. Skandal sex yg direka cipta tanpa bukti syarak yg sah, para saksinya adalah org2 yg pasik yg banyak buat dosa besar dan mengekali melakukan dosa kecil, itulah modal politik murahan UMNO BN. Sekiranya memang ada penyelewengan, kemungkaran dan salah guna kuasa pemimpin PAS dan PR silakan dedah kepada rakyat. Sekiranya benar seret adukan ke bpr dan seret ke mahkamah. Kita pun tak mahu pemimpin yang seumpama itu.
  • Sogek Sg Ulor cekdet kata umno setan dia org diam jer....tak bising pun ulama muda umno....selalunye diam tanda setuju....
  • Yusof Burhanuddin Doakan agar umno itu akan dibersihkan dari ahli/pemimpin yg tidak menepati kehendak syariat .siapa pun yg tadbir kampung/negeri pasti wujud amalan kronisme kecuali klu kg sg betul tu ditadbir oleh sogek..krn sogek mmg seorang pemimpin yg tak pilih kroni..cuma yg peliknya kenapa smpi skrg pas masih belum menang dun rungkup dan masih kalah di peti undi sg betul sejak 55 tahun lepas
  • Lutfi Ahmad Mungkin setan kat kg sg betul ade lg kot an.hehe
  • Yusof Burhanuddin sbb pas tadbir negeri bukan ikut cara Islam tp ikut cara emosi yg suka salahkan orang lain...islam ditadbir secara hikmah dan penuh dgn adab sopa bukan keluarkan kalimah yg bersifat ganas seperti mengata orang setan, mengkafirkan orang sesuka hati...
  • Misbah Munir Munir Itulah standart semua org umno cakap pd PAS, dari pemimpin yg katanya terpelajar, pemimpin peringkat bahagian sampailah peringkat kampung. Sama je. Yg ada digre hujjah mcm org kampung yg tak belajar tinggi. Tapi ada kalanya org yg terpelajar berhujjah dpt dikalahkan oleh org kampung biasa. Baru ini ada org UMNO (ajk bahagian) beritahu seorang bekas ketua kampung PR dulu, sebelumnya umno kuat (macam2 kata pd PAS dulu), org umno tu kata PR tak ada pengalaman memerintah, klu perintah hancur negara nanti, selamba shj org itu menjawab, "kamu ada anak2, anak2 kamu dah kahwin dan berkeluarga kan, mereka semua tu ada ke pengalaman kahwin sebelum ni, ada kamu ajar cara2 nak dpt anak, menyusukan anak2, membesarkan anak, menyelesaikan masalah klu laki bini krisis, mengurus ekonomi rumahtangga, dan macam2 lagi, ada ke kamu ajar dia satu persatu, mana mereka dpt pengalaman, akhirnya rumahtangga mereka elok tenteram, klu ada masalahpun mereka boleh fikir dan selesai sendiri, yg tak selesai bercerailah jadinya. Itu dlm rumahtangga, rumahtangga adalah contoh sebuah negara yg kecil. Begitulah nak memerintah. Tak ada siapa yg ada pengalaman selagi tak diberi peluang. Begitulah PR, memerintah ini parti yg kuasai kerajaan yg tentukan polisi, pelaksana pihak lain. Apa yg PAS dan PR buat adalah berdasarkan polisi yg adil, berkebajikan, amanah, telus dan pd org yg beriman ditambah dgn taqwa kpd allah swt. Rekod PAS perintah kelantan sudah 20 tahun adalah sgt baik, bukan PAS yg menilai tetapi laporan audit negara, bahkan banyak jabatan kerajaan di kelantan dpt anugerah cemerlang. Begitu jg selangor, kedah, penang dan Perak sekejap dulu. Sehingga skrg tak ada yg didakwa dimahkamah kerana rasuah, org yg buta hati shj tak terima hakikat ini. Minggu depan PAS akan buat jamuan raya di Rungkup, kita jemput YB Salehuddin unt menyampaikan ceramah, datang la dengar penjelasan. Lepas tu klu nak tanya soalan pun boleh. Saya yakin, klu org umno dtg dgr ceramah setiap kali ada ceramah, terbuka hatinya unt terima PAS, buktinya PAS semakin diterima, sebab kita gunakan pendekatan berhikmahlah akhir sebahagian keluarga anta sudah mula terima PAS. Datanglah dgr ceramah Presiden PAS, Mat Sabu dan lain2 klu ada peluang, tak berani terang2 nyorok2 bawah pokok pisang pun tak apa, jgn dengar sebelah pihak je. Datang dgn hati terbuka dan fikiran waras, anta org cerdik, bijak, belajar tinggi, tak kan tak boleh terima hakikat. Anak2 muda sg betul dulu belajar tasawwur islam je dgn saya di sm seri muara, saya tak sebut pun PAS UMNO dlm kelas, tak ajak pun dia org masuk PAS, tapi dia org faham akhirnya sokong PAS. samalah dulu saya buka kitab hadis 40 sejak disurau lama sg betul, surau kayu, waktu tu anta belasan tahun lagi kut, saya tak perasan anta ada hadir tidak kuliah saya, anak2 hj harun dan hj juni ana perasan dia org hadir, sebab saya kenal, saya pun tak cerita politik PAS UMNO. Dan mereka faham serta istiqamah dgn PAS, alhamdulillah. Yg tak hadir tu yg bermasalah sikit, saya pun tak salahkan mereka, saya tak putus asa dan kecewa, malahan saya doakan agar mereka dpt hidayah.
  • Misbah Munir Munir Ada satu peristiwa menarik di sg betul yg tak berlaku ditempat lain sepanjang pengalaman berceramah merata tempat. Saya berceramah di rumah hj juni tahun2 90an dulu, ini ceramah PAS (atas pentas ceramah barulah saya bercerita politik PAS UMNO) di surau masjid saya buka kitab, ajar tentang Islam. Saya ingat lagi, esoknya Ketua Kampung dan ramai JKKK dtg ke sekolah seri muara nak jumpa saya, saya temui mereka di kantin, saya tanya apa halnya. Mereka pun bercerita hal ceramah saya mlm tadi, saya pun tanya apa yg tak betul ceramah saya, saya pun tunggu penjelasan. Saya lega, mereka kata ceramah ust tak ada yg salah, tp ust ada sebut lebih kurang mcm ni lah yg dia org sebut, ust ada kata " saya datang ke sini nak betulkan sikit beberapa tanggapan yg tak betul tentang PAS dan perjuangannya di Kg Sg Betul yg nama kampungnya betul tapi ada orang kampung yg tak betul pemikiran, akhlak dan aqeedah" itu je yg mereka tak puas hati. Mereka kata, kami tak puas hati ust kata tak betul pd kami, klu kami tak betulpun, kami ada ust harun yg boleh betulkan kami, kami tak rela org luar betukan kami, saya pun jawab elok2, klu sebab itu saya minta maaf, pada hal ust harun yg jd guru mereka tu pun ada hadir sama dlm ceramah, dia pun selalu hadir dlm kuliah saya di surau. Pada mulanya agak panas juga, tapi saya tenang dan beritahu mereka elok maksud ucapan saya bukan nak menghina, klu tuan2 tak puas hati dan klu benar satu kampung marah pada saya krn ucapan itu, tuan2 anjur satu majlis dikampung, panggil semua org kampung, saya akan hadir dan mohon maaf @ hari jumaat bagi peluang saya berucap dimasjid, saya akan mohon maaf. Mereka kata akan buat, Tapi tak juga buat majlis tersebut, PAS buat ceramah di kg sg nipah baroh, dlm majlis tersebut saya ceritalah isu tersebut dan mohon maaf secara terbuka. Akhirnya isu itu senyap begitu shj, saya tetap terus mengajar sehinggalah saya berpindah ke Pahang, tak lah kuliah sekerap dulu, sekali sekali tp berterusan. Ceramah politik semasa tetap diteruskan, hubungan dgn org kg semakin baik, saya diberitahu ada beberapa jkkk dulu yg marah kat saya skrg alhamdulillah sudah hadir ceramah PAS dan sokong PAS, dgn ketua kg sg betul pun klu jumpa berbual mesra. Anta je yg belum berubah, tak apa teruskan dlm umno, klu anta yakin dgn perjuangan umno, anta tetap saudara ana walaupun berlainan parti, klu jumpa tegur sapalah ya, tp janganlah tanya soalan2 politik di majlis khenduri, kurang sesuai, masa pendek, kdg2 khenduri ada dua tiga tempat, boleh dtg jumpa saya, bincang mcm anta ziarah rumah ust shairozi dulu, tengah malam pun tak apa, org tak nampak. Saya masih ada rumah di Kg walaupun tinggal di Ipoh. Demi perjuangan tiap hari ulang alek saya dari ipoh ke bg datoh.
  • Lutfi Ahmad Good idea.borhan pi la kg ust.pakai topeng pun tak pa.tp klu takut org kenal kereta,pakai basikal hj din, dan kul 2 pagi.hehe
  • Yusof Burhanuddin Panjang ceritanya..lenguh jari saya scrol down ipad ni.saya tak nafikan kebenaran yg pas buat sbb sblm masuk umno dulu saya mmg ahli pas..semasa dikusza saya sempat berusrah dgn dr haron taib dan g tamrin dgn tuan guru hj hadi..saya peernah dipulau krn pakai songkok ..saya lihat pas skrg ni dah jauh tersasar dari jalan yg benar terutaama melibatkan prinsip beragama.saya makin keliru apabila pas ubah dasar perjuangan dgn mengabaikan hudud dan berbaiah dgn dap sedangkan dlm perlembagaan pas jelas menetapkan negara islam adalah matlamat..dua isu besar yg pas tersasar ialah ketepikan hudud dan melantik serta berbaik dgn musuh islam untuk dptkan kuasa..dua isu inilah jadi punca pas makin celaru serta org jadi keliru..dlm quran dah jelaskan dgn sejelas jelasnya larangan allah secara qat'ie bhw org beriman tdk boleh lantik@berbaiah dgn kuffar sebagai pemimpin..pas cuba berhujjah dgn kaedah takhalluf siasi bg menghalalkan cara dan manhajnya..inilah pengaruh liberalisasi yg merosakkan perjuangan ke arah negaara islam.25 tahun dulu, amanat hj hadi kata' kita menentang umno krn umno berbaik dgn mca dan mic...skrg allah pulangkan ballik amanat tu untuk dinilai oleh rakyat yg mahu berfikir ttg islam secara ilmiah krn islam itu agama yg adil kpd umatnya..saya pernah bercakap dgn sahabat saya dikusza, klu kunci syurga itu dipegang oleh org pas, sure ramai ahli umno masuk neraka
  • Lutfi Ahmad Ape no ahli pas u an..tak sah nk cari tempat nk tenggek lah utk menguatkan hujah..
  • Misbah Munir Munir Ana tak fikir, klu dari awal comited dgn PAS, tak ponteng program tarbiyah PAS, rapat hubungan dgn para naqib PAS dan sahabat, memahami fiqh siyasi dan waqie dgn mendalam, rajin baca2 buku gerakan, memahami fiqh sirah dgn mendalam akan lari dari perjuangan. Ramai rakan2 ana dulu diawalnya ikut jg tarbiyah PAS, tp disiplin dlm jamaah tak ada, ponteng tarbiyah, amalan khususiyah dgn allah kurang, keluar kampus terus tinggal jamaah akhirnya masuk umno. Yg saya hairan, pimpinan PAS yg disebut td satu dunia gerakan Islam kenal fiqrah, ilmu dan akhlahknya, disiplin dan penguasaan ilmunya begitu tinggi, setiap masa ada hasilnya karya yg berkualiti ilmu yg tinggi diterbitkan. Tasawwur Islamnya jelas, kupasan tafsirnya mendalam, pemahaman ilmu hadisnya dan fiqh sirahnya tinggi, tiba-tiba lebih percaya mahathir, najib, zahid, rais yatim, khairy bila mereka jg cakap Islam.
  • Misbah Munir Munir Tapi klu setakat anta lari dari perjuangan tak hairan, ada lagi yg lebih hebat, pun akhirnya lari dari PAS. Tapi PAS tetap utuh, kukuh dan semakin berpengaruh. PAS tak rugi adanya org mcm ni yg lari, itu semua tapisan dari Allah. Walau bagaimanapun masih belum terlambat klu nak kembali pd PAS, tak payah pegang jawatanpun tak apa, sokong senyap2 pun boleh. Saya doakan anta dpt petunjuk yg benar. Anta sudah ada basiq yg cukup baik dari segi latarbelakang asas islam, tinggal lagi agak ketinggalan sikit dari sudut fiqh siyasi, fiqh waqie, fiqh awlawiyat, tak apa, klu ada masa kita boleh muzakarah di rumah hj juni @ rumah orang tua anta pun boleh. Ajak ahli keluarga yg lain bersama. Semua yg anta persoal akan saya jawab, dlm fb ini terhad kupasan, tak boleh bersoal jawab secara terus, tapi kalau berjumpa senang, kita muzakarah bkn tentukan siapa pemenangnya, tapi kebenaran.
  • Yusof Burhanuddin Pas kena tubuhkan jkuasa mengkaji punca ramai yg lari dari pas..tp mereka lari bukan krn benci pd pas tp krn pas tidak boleh menerima teguran dan byk tindakan hnya didominasi oleh segelintir org yg ada kuasa pemutus.konsep syura tidak dipraktikkan secara ijmaie..suara ahli tidak diberatkan. Ada puluhan soalan yg ustaz kena jawab klu kita adakan muzakarah tp syaratnya kena jawab secara ilmiah berdasarkan nas yg sahih bukan secara takhalluf siasi..boleh juga jadikan kitab al fiqh ala mazahibil arbaah sebagai rujukan atau tapsir ibnu katsir atau al muhazzab
  • Misbah Munir Munir Yg lari dari PAS tak seramai sehingga PAS boleh terbubar, buktinya tidak ada satu cawangan PAS pun yg bubar krn sorang dua ahlinya lari. Realitinya lagi ramai ahli umno yg hijrah ke PAS banding ahli PAS ke UMNO. Tahaluf siyasi juga ada nas yg sarih dan sahih. PAS punya kepmpinan ulama yg wibawa, tn guru nik aziz, tn guru hj abd hadi awang, datuk dr harun din, dr mahfuz mohamed, ust azezan razak, ust hashim jasin, ust nik zawawi, bekas2 profesor dlm bidang dan keilmuan masing, ahli-ahli majlis syura ulama semuanya mempunyai kepakaran dlm bidang masing2, pas juga ada team ulama muda pelapes yg pakar dlm bidang masing-masing, hujah mereka bersandarkan pandangan ulama dan kitab klasik yg muktabar dan ulama masa kini. spt dr Yusuf qardhawi dan lain2. Bahkan pimpinan ulama PAS sering menghadiri muzakarah dan ijtima ulama gerakan Islam antarabangsa dan diberi penghormatan bentang kertas kerja. Pimpinan PAS terbuka kalau ditegur dgn cara yg betul ikut disiplin parti, bahkan setiap kali muktamar dan mesyuarat agung, pimpinan sentiasa ditegur lantang oleh para perwakilan, saya sendiri pernah bersuara lantang bila mewakili pemuda PAS dulu dan PAS Perak bila bahaskan ucapan dasar, saya pernah tegur ulama PAS jgn syok sendiri, ulama jgn duduk dlm masjid dan surau, kena turun padang jumpa masyarakat. Saya tidak pula diambil tindakan disiplin sekalipun bersuara lantang. Sebenarnya org luar PAS tak tahu apa2 tentang realiti dalaman PAS, mereka hanya tahu melalui lidah rasmi umno dan media arus perdana. Ginilah Burhan, anta buatlah kerja anta untuk perbetulkan umno dari dalam, perjuangkan nasib rakyat di bg datoh ikut cara umno tu, segala penyelwengan, salah guna kuasa, rasuah, dan macam2 lagi, anta perbetulkan ikut cara anta dalam umno. Saya dan PAS ikut cara yg kami yakin unt betulkan masyarakat dan negara, kami berjuang nak tumbangkan UMno bn ikut lunas islam dan undan2 negara, anta pertahankanlah umno bn dgn cara yg betul ikut lunas2 undang2. Esok kalau kami menang, anta tetap tidak dilupakan jgn takut. Klu BN UMno menang, kami tetap lawan lagi sampai samada kami gugur sebagai pejuang @ umno tumbang.
  • Misbah Munir Munir Saya kenal segelintir ahli PAS yg lari dari perjuangan. Masalahnya bukan kerana PAS tak boleh terima teguran oleh mereka, mereka sendiri tak pernah bersuara dlm mesyuarat klu ada peluang, bila sudah tidak  terpilih sebagai pemimpin dan semakin ditolak oleh ahli, baru bersuara melalui akhbar. Ada yg keluar parti krn tak terpilih jd calon, ada juga krn dlm PAS tak dpt apa-apa kepentingan lalu tinggalkan PAS unt kejar kepentingan. Ada juga krn merajuk, ada juga krn tak tahan diuji, ditekan dan mcm2 lagi. Sesiapapun boleh masuk PAS, klu nak keluarpun tak ada siapa yg halang. PAS tetap utuh dan kukuh. PAS semakin berpengalaman matang berdepan dgn situasi ini. Ingatlan semua ada ajalnya termasuk parti politik, banyak parti politik sudah menemui ajal, kini umno sedang menunggu giiran. Mudah-mudahan klu temui ajal, ada batu nisannya.
  • Sogek Sg Ulor memang kita kalah peti di sg betul pasal berlawan dgn cina bgn tetapi rekod kita pru 2004 pengundi melayu kita menang sikit,pru 2008 pengundi cina mula berubah walaupun kalah pengundi melayu semankin meningkat kemenangannyer...ini bermakna di sg betul sudah ramai menolak umno kerana korap dlm segala hal.....yg menghairankan org yg tahu tentang agama islam secara mendalam di sg betul seperti burhan tak mau melihat kemengan perjuangan islam malah mau menentangnyerr...semoga ALLAH memberi hidayah pdnyer....amin....
  • Yusof Burhanuddin Kita kena rasional dlm melihat kemenangan islam dari perspektif yg lebih luas.jgn letakkan hanya pas shj yg nak tegakkan islam.byk jemaah lain yg berjuang untuk islam bukan cara politik pun islam boleh diperjuangkan spt tablig,abim,islah,jati dan irc.elok kita bermuzakarah agar kita lebih faham bhw islam itu bukan milik pas dan pas itu tidak semestinya islam.jgn menghukum org yg tidak undi atau sokong pas itu tak dpt hidayah..amat jauh sekali cara pas menarik org kpd islam klu gunakan kaedah mcm sogek jelaskan td bhw saya tak dpt hidayah...
  • Misbah Munir Munir Kemenangan dlm Islam bukan bererti menang pilihanraya semata2, tak dpt undi banyak tetapi berjaya mempertahankan aqedah perjuangan, tidak terpesona dgn rasuah, sabar menghadapi cabaran serta tetap istiqamah dlm perjuangan jg sudah dianggap menang dlm perjuangan. PAS tidak mendakwa Islam milik PAS, PAS hanya sebuah parti @ jamaah yg ditubuhkan unt perjuangkan Islam, PAS mempunyai ciri2 sebuah jamaah Islam, dasarnya, matlamatnya, usaha2nya, kepimpinannya, programnya dan akhlak pendokong2nya. PAS bersedia kerjasama dgn kelompok islam yg lain unt tujuan yg sama. Bahkan PAS bersedia bekerjasama dgn bukan Islam unt tujuan tumbangkan kezaliman.
  • Yusof Burhanuddin Jemaah lain rasanys lebih islamik dlm perjuangkan sunnah rasulullah saw spt tablig dan islah..mereka tidak mendorong ahlinya bersekongkol dgn musuh islam melalui provokasi yg ganas dgn menyertai demontrasi ganas yg sememangnya tiada nas dlm islam yg mengharuskannya..lihat apa jd dgn syria?terjebak dgn provokasi ganas yg dicetuskan oleh musuh islam atas nama keadilan,apaa kesudahannya skrg?pas pun kini dah terjebak ke arah itu dan implikasinya amat parah kpd umat islam..fikirkanlah
  • Misbah Munir Munir Ana kasihan pd anta sebenarnya, semakin banyak tulis, lagi terserlah kesalahfahaman anta ciri jamaah Islam yg syumul, kata pernah ikut usrah ust Harun Taib, tok guru Presiden PAS, tapi begitu cetek pulak fahaman.  ust Harun Taib, ust hadi Awang, tok guru Nik Aziz dan lain2 pemimpin PAS itu manusia yg tak sunyi dari kelemahan dan kesilapan, mereka bukan maksom, kita PAS pun akui tidak mendewa2kan dia, tidak anggap mereka ini makhluk suci, tapi masih lebih baik ilmu dan akhlaknya berbanding dgn pemimpin UmNO. Tabligh umno puji gerakannya sebab gerakan tabligh tidak akan ganggu kuasa politik umno, dia apa kesah siapa yg perintah, saya pernah bahas dgn tabligh yg sering keluar sampai 40 hari dan tak pernah undi, membiarkan negara hancur dgn rasuah, kemungkaran, jawapannya sedih saya. Tentang demontrasi yg anta kata tidak ikut sunnah nabi, tlglah baca buku terbaru dr Yusuf Qardhawi bertajuk Kebangkitan rakyat, dia ada jawab persoalan yg berkaitan dgn hukum demontrasi. Bacalah ya buku tu wahai saudaraku.
  • Yusof Burhanuddin Ustaz dan pas mmg anti pd tablig sbb tablig favor kpd umno.klu tablig favor kpd pas sure tablig akan dipuji melambung.dulu masa anwar jd tpm,pas maki anwar mcm anwarlah sejahat jahat manusia tp bila anwar jd chief pr,hilanglah semua kefasikannya sekalipun moralnya dipertikaikan.klu zaman khulafa arrasyidin,khulafa amat takut dipilih..krn mrk takut dgn hisab dan azab..krn yg halal akan dihisab dan yg haram akan diazab..akhlak khalifah amat dipelihara..imej amat penting tp skrg pas dilihat mengenepikan soal moral dlm menentukan teraju kepimpinan..sbg contoh pas tidak kisah elizibeth wong berbogel,ronie leu kendalikan rumah urut sblm beliau dipilih jd dun,kes salahtadbir wang kerajaan selangor beli tanah talam terlebih byr sampai rm40 juta ..ada ke pas ambil kisah ttg moral?pas hnya peka dgn rasuah pihak umno tp jd terkunci mulut dan terketar lutut bila berdepan dgn azmin dan ustaz lim guan eng..dlm urusan pandangan ust yusof qardawi dlm bab demontrasi@demontrasi,ana cdgkan pas ambil pandangan dari ulama seluruh dunia dan pilihla ulama yg berkecuali baru kita boleh dptkan input yg lebih bersifat adil dan menyeluruh
  • Misbah Munir Munir PAS tidak setuju dgn tabligh bkn bermakna PAS benci pdnya. PAS tidak pernah keji Tabligh, PAS pertikai pemikiran tabligh yg menolak adanya politik dlm Islam dan tidak mengundi dlm PRU. Anwar TPM dulu kita lawan dia bukan sebab batang tubuh Anwar, tapi kerana UMNO, dari dulu PAS lawan UMNO, siapapun UMNO PAS lawan, krn umno musuh politik tradisi PAS, dlm masa yg sama umno jg mad'u kpd PAS. Skrg anwar tidak lagi umno, dia menjadi mangsa kerakusan politik jahat orang UMNO yg gila kuasa, UMNO lakukan fitnah yg sgt jahat dan jijik pd Anwar, dan kini Anwar lawan umno dan bn balek kerana amalan rasuah, salah guna kuasa, tanya hati kecilmu dan hati kecil Zahid, benarkah anwar berakhlak yg sedemikian. Ana pernah ke rumah zahid di kajang dulu, 3 jam dirumah dia, tanya pendirian dia tntang Anwar, Zahid tetap percaya yg anwar bersih dari amalan liwat dan zina, tapi..... dia bg mcm alasan unt tidak bersama anwar. Bukan yusuf qardhawi shj yg berpendirian demikian tentang hukum demontrasi, ramai lg para ulama di selurih dunia yg sependirian dgn qardhawi. Saya kemukakan qardhawi sebab dia ketua ulama seluruh dunia yg sgt dihormati dan disegani. Di syria keganasan berpunca dari kerajaan, polis dan askar yg menghalang hak rakyat, sama mcm negara kita, demontrasi aman jd tidak aman angkara polis dan provokasi jahat umno bn.
  • Misbah Munir Munir T kasih Borhan krn terus kemukakan persoalan2 yg sering bermain dlm otak pemikiran orang umno dan sebahagian rakyat yg keliru. Saya akan terus menjawab dan tidak memaksa org lain terima jawapan saya. Ana semakin faham dan tahu, inilah yg selalu bermain dlm kotak pemikiran umno dan seluruh penyokongnya. Alhamdulillah, saya ada peluang menjawab tanpa datang berceramah. Kemukakan lagi apa2 yg keliru. Teruskan debat ini, saya tidak jemu Borhan, saya percaya ramai rakan fb yg membaca dan berkongsi sama.
  • Yusof Burhanuddin Rasanya inilah peluang terbaik ustaz berikan penjelasan kpd org yg bukan satu fikrah dgn pas barulah pas dpt melihat dgn lebih meluas bhw apa yg nabi kata itu benar benar dpt dihayati oleh kepimpinan pas iaitu "ikhtilafu ummati rahmat"dan addinnun nasihah".saya berpendapat sudah smpi masanya ustaz bukak minda kepimpinan pas agar melihat islam itu dgn lebih luas.ptg td saya dah usulkan dlm mesyuarat agung pemuda umno bagan datoh agar satu jkuasa khas ditubuhkan bg mengkaji kewajaran perlaksanaan hudud di malaysia dan alhamdulillah semua perwakilan pemuda sebulat suara terima usul tersebut..nnti saya emailkan pd ustaz usul tersebut untuk rujukan..bg saya email ustaz
  • Misbah Munir Munir T kasih, insya allah pimpinan PAS sentiasa melihat Islam dlm konteks yg luas, sebab itu pendekatan PAS dlm dakwah dgn berbagai kaedah kpd seluruh lapisan masyarakat dan agama sudah mula diterima. Dulu org Cina begitu takut dgn PAS kerana mainan media yg sering memberi gambaran seolah2 PAS golongan pelampau, fanatik dan ganas. PAS tukar pendekatan yg lebih mesra, global, universal dan realistik. PAS masuk kg Cina, masuk rumah Cina ziarah keluarga Cina yg ditimpa musibah dan kematian. Kunjungi mereka diperayaan tahun barunya, Cina yg miskin dibantu, selitkan kefahaman kpd mereka tentang keindahan dan keadilan Islam, tunjukkan toleransi, tidak timbulkan sentimen perkauman, Alhamdulillah dgn pendekatan ini PAS diterima oleh mereka. Cuma ada golongan yg dengki dgn perkembangan ini lalu tuduh PAS lari dari perjuangan, perjuangan PAS sudah tersasar dan sesat. Begitulah dengkinya manusia terhadap perkembangan parti PAS yg sehari sehari bertambah baik. Dulu PAS dituduh sempit fikiran, ekstrim, pelampau, PAS perjuangkan negara Islam dikatakan dikatakan tidak sesuai, PAS perjuangkan hukum hudud dikatakan hudud yg PAS buat itu hudud PAS, dan macam2 lagi. Ketika itu Cina dan India sikit sangat yg sokong PAS. PAS semakin banyak pengalaman, kita tubuh Pusat Penyelidikan PAS yg dianggotai oleh ahli2 yg pakar dalam bidang masing2. Hasil kajian yg luas oleh mereka, PAS guna strategi yg boleh dekatkan PAS dgn Cina dan India, PAS tubuh Kelab Penyokong PAS @ kini DHPP yg tujuannya tarik bukan Islam bersama PAS, PAS guna pendekatan negara berkebajikan yg konsep kebajikan lebih diterima oleh semua kaum dan agama. Alhamdulillah PAS diterima oleh mereka, sokongan Cina semakin meningkat, ini gusarkan umno bn, lalu diporak perandakannya PAS agar berpecah dgn mereka, sentimen perkauman dibangkitkan agar Melayu terus benci dan tolak Cina. UMNO ni klu boleh PAS ni tidak berkawan dgn Cina supaya Cina boleh terus berkawan dan sokong BN. Kerana bila cina berkawan dgn PAS, UMNO BN hilang sokongan Cina.
  • Yusof Burhanuddin Pas sanggup ketepikan hudud dan negara islam hnya nak dptkan sokingan cina?inilah namanya iman ikut suasana spt kata pepatah melayu setiap kali bah pasir pantai akan berubah.pas boleh begitu mudah jual prinsip hnya nak undi dan ini telah diperjelaskan oleh ALLAH swt dlm firmannya bermaksud"jgnlah kamu menjual ayat ayat ku dgn harga yg sedikit".pas mudah ubah manhaj sbb nak berkuasa sdgkan klu dapat kuasa pun belum tentu dan tiada jaminan kes rasuah dpt dikurangkan,amalan kronisme dpt dicegah,salahguna kuasa tak berlaku lagi sbb dizaman berlakunya fitnah ini,hnya mereka yg benar benar serius berpegang kpd al quran dan sunnah je terselamat dari kesesatan.jgn lah kita salahkan umno dan parti lain klu ramai ahli pas sendiri yg marah pd pas krn ubah prinsip dan manhaj perjuangan.saya turut kecewa dgn tindakan pas berbaik dgn cina sbb pas g umah cina dan ziarah org cina bukan g berdakwah explain ttg islam dan masuk islam tp pas berdakwah suh sokong pas sdgkan islam itu bukan milik pas pun.kesannya org cina hnya sokong pas tp tiada yg berminat nak ucap kalimah syahadah.inilah namanya jual agama untuk parti.sahabat nabi dulu berdakwah secara agresif supaya manusia sembah allah bukan sokong khalifah.inilah kesilapan pas yg amat serius.pas salahguna agama untuk perkuatkan parti bukan perkuatkan islam..manhaj pas ini amat berbahaya sbb cina juga akan diberi peluang untuk jd pemimpin atas nama pas dan mengekalkan kekafiran mereka.hasilnya nnti pas akan melanggar perintah allah secara halus dgn memutarbelitkan tafsiran ayat "wahai org org beriman,jgn lah kamu melantik org kafir menjadi pemimpin dgn mengenepikan kaum mukminin".ayat ini cukup jelas maksudnya tp pas guna pelbagai takhalluf siasi untuk menghalalkan cara.Hanya nak kuasa segala hukum ditolak tepi dan pas terus menerus kelirukan rakyat dgn menuduh umno tiupkan perkauman sdgkan pas juga tiupkan api kebencian org cina kpd umno.pas boleh hasut org cina bencikan org melayu umno..inilah namanya pas berpolitik guna apa shj untuk kuasa.moga allah kembalikan pas ke jalan yg lurus
  • Misbah Munir Munir UMNO yg tuduh PAS ketepikan hudud, walhal umnolah dari dulu hingga skrg tolak hudud, bahkan seluruh quran ditolaknya, syariat tutup aurat pun tak diamalkan. PAS konsisten nak laksanakan hudud, bila kononnya PAS ketepikan hudud krn Cina, umno berlagak konon juara hudud, bila wakil rakyat umno johor sokong hudud, pemimpin umno tak solidpun sokong, tok guru nik aziz yg mula sokong, umno baru nak kaji, dlm pd itu yg tolak pun lagi ramai, MCA kecam wakil rakyat umno dan tuduh gila pulak, umno senyap tak kata apa pd mca. DAP hanya karpal yg agak melenting tak sokong hudud, tp tak lah sampai kata gila. DAP tentang hudud tak hairan, dia bukan Islam, ini pemimpin umno mengaku Islam lawan hudud. PAS lulus enakmen hudud di kelantan dan terengganu, mahathir hantar surat halang laksana. Klu anta tak faham fiqh siasah dan takhaluf Islam belajarlah dgn anak2 hj harun, hj juni @ rushdan (ketua pemuda pas cawangan sg betul) dia rajin hadir kuliah ana di sg betul. Padanlah dgn anta ketua pemuda umno cawangan dgn ketua pemuda pas cawangan @ belajar juga dgn adek beradek anta yg sokong PAS. Dlm umno ni, ulamanya ada, tapi ulamanya ikut pemimpin yg jahil dan tidak warak. Itulah umno dulu kini dan selamanya.
    Sabtu pukul 10:07 · · 1
  • Misbah Munir Munir ‎17 september dari pagi hingga ptg PAS akan anjur seminar hudud bertujuan memberi kefahaman hudud yg sebenar dan bincang bagaimana membolehkan hukum hudud dpt dilaksankan dlm konteks negara demokrasi. Kita jemput semua pemimpin parti2 politik termasuk bukan Islam , klu anta berminat saya jemput khas, sebab saya urusetia program tersebut. Tempat di kuala lumpur. Ajak mana2 ahli umno yg minat. Ini bukti PAS konsisten nak laksana hudud.
    Sabtu pukul 10:19 · · 1
  • Lutfi Ahmad Bertuah klu dia nk pegi.dia bukan nk cari kebenaran dan kefahaman,nk cari ilmu rosakan kefaman islam adalah...aku cabar ko pi an seminar tu klu ko betul2 pejuang umno
    Sabtu pukul 10:26 · · 2
  • Misbah Munir Munir Seminar tersebut terbuka unt orang islam dan bukan Islam, parti-parti politik, ngo islam dan bukan Islam. Tempat akan diberitahu kelak.
  • Lokman Hakim dlm PAS bertolak2 xnk ad jwtn dlm parti...sbb takut dgn amanah yg dipikul...tp dlm UMNO berebut2 nk jwtn wlupn stkt ketua pemuda cwngn...
  • Yusof Burhanuddin Yg tak tutup aurat tu hnya seorang shj..takkan seorg shj yg tak tutup aurat maka pas menuduh umno sesat dan kafir dan begitu juga pas,klu ahli atau pemmpinnya tikam nombor ekor takkan nak tolak pas secara total..boleh ustaz bgtau sumber @nas serta hadis mana yg ustaz@pas guna bagi perlaksanaan takhalluf siasi?istilah ni sebenarnya tak wujud pun dlm sistem pemerintahan khulafa arrasyidin tp direkacipta oleh pas bg menghalalkan cara.klu ana dtg kuliah ustaz takut ustaz masih berpusing pusing cerita smpi habis waktu dan jawapan masih gagal diberikan..ustaz jgn ingat org umno ni jahil dan jgn anggap org pas je yg arif ttg ilmu agama..hnya org yg kurang cerdik shj terima teori pas secara bulat bulat mcm burung terkukur
  • Lokman Hakim org UMNO bijak agama...tp xnk amalkn...ahli PAS wlupn jahil agama tp depa mncari agama...org UMNO klu tlg org ade kire2...bkn tlg saje...komisyen msti ad...klu xde komisyen buat ap truk2 nk blk kg tiap2 mnggu...tlg surau pn mntk komisyen...
  • Lutfi Ahmad Pergh,...jangan mcm tu lokman oii..
  • Yusof Burhanuddin Org pas sikap dia mmg mcm tu..klu dah kalah berhujjah,dia guna taktik kotor dan memfitnah peribadi org..
  • Lokman Hakim jgn brckp isu2 yg beso2...ckp isu kg jew dh ckup..abg an p ubh dlu pengurusan masjid sg betul..dr segi imamnye cmne???isu imam ni dh lame org pertikaikn...dgn md daud pn abg an dh takut cmne nk usulkn bab hudud...
  • Yusof Burhanuddin Ustaz misbah,boleh ustaz buat surat jemputan kpd ustaz fathul bari dan pemuda umno bagan datoh?saya akan hadir insyaallah seminar tu krn saya amat berminat untuk melihat hudud berjaya dilaksanakan
  • Shukri Yusof Sokong2..cite bab sg. Betol cukup le.. Isu masjid sg.btol
    1. Isu imam
    2. Mesyuarat xpernah buat dan lantikan AJK xtau cm mane
    3. Kewangan xpernah bentang kpd qariaah
    Ambil perhatian
    Sabtu pukul 18:04 · · 1
  • Lokman Hakim spatutnye yg 2 abg an kn ambk prhatian dlu...klu abg an usulkn hudud kt bhgian pn xtentu lg dlayan..len la klu abg an ketua pemuda UMNO Malaysia..ni stkt ketua pemuda UMNO cwngan jew...baek usulkn suk md daud buat msyuarat agung masjid...
  • Yusof Burhanuddin Alhamdulillah pemuda umno bahagian bagan datoh yg bersidang yg bersidang ptg semalam sebulat suara bersetuju dgn usul agama yg mendesak agar kerajaan menubuhkan jkuasa khas perlaksanaan hudud di malaysia.seramai 241 org perwakilan dari 61 buah kampung seluruh parlimen bagan datoh hadir memberi
    sokongan
  • Misbah Munir Munir Saya bimbang pd ayat Allah swt di dalam al quran yg bermaksud "barangsiapa yang berpaling dari mengingatiku, nescaya kehidupannya didunia akan menjad sempit, dan kami akan himpunkan mereka di akhirat dalam keadaan buta....... Taaha 124. Tak kanlah anta nampak Rosmah sorang yg tak pakai tudung....masyalah. Al Quran sepatutnya memberi petunjuk dan furqan, tak boleh nak bezakah yg pakai tudung dgn yg tak pakai tudung. Sharizat ? Noni bini Khairi ? isteri dan anak menantu Mahathir? Isteri Hishamuddin ? anak menantu najib? siap pakai pakaian yg separas dada ke atas tak berbaju dlm majlis pertunangannya. Katakanlah semua wanita UMNO tutup aurat belaka (mustahil buat masa kini), Rosmah sekalipun dia sorang, dia itu isteri kpd Presiden parti Islam terbesar didunia, yg sudah mula berjinak dgn para ulama arab, istilah2 arab pun mula banyak dihafalnya dan disebut dlm ceramah. Ucapannya tentang Islam dalam majlis2 agama mengalahkan para ulama dlm UMNO, tetapi isteri dan anak-anak........ Janganlah kerana taksub dengan parti dan pemimpin umno sampai buta mata hati anta. Kita bandingkanlah antara pemimpin dengan pemimpin dulu, senaraikan pemimpin PAS yg muslimat dan para isteri yg tidak tutup aurat, bandingkanlah keilmuannya. Mat Sabu seklipun bukan ust, saya yakin beliau boleh berhujjah dengan nas quran dgn baik dengan Muhyiddin, salehuddin dengan zahid, Husam Musa dgn Hishamuddin, Mahfuz dengan Safie Afdhal. Di peringkat cawangan bandingkanlah Hj Juni dgn Daun Dan, anak-anak Hj Juni dgn anak-anak Daud Dan, Hj Harun dan anak-anak yg ramai itu dgn mana-mana org kuat cawangan sg betul, anta pulak dgn Rushdan. Ok, tak nafi mungkin ada segelintir ahli PAS yg masih berjudi, solat pun tidak dijaga. Tetapi ia masih tidak menjejaskan identiti PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS tetap bertanggungjawab mentarbiyah mereka, sebab itu PAS ada usrah, tamrin dan kelas-kelas pengajian. Dalam UMNO, bukan sahaja membiarkan ahlilnya terus menerus melakukan maksiat malahan para pemimpin turut melakukan maksiat dan umno sering pula menganjurkan program maksiat. Nama-nama besar pemimpin umno terlbat dgn syarikat judi terbesar di negara ini. Borhan, jadikanlah ayat di atas pedoman. Kalau adek beradek anta dan ayah anta baca tulisan anta ni, malu dia nanti klu jumpa ana.
  • Yusof Burhanuddin Pelik la tgk pemmpin pas tidak menyokong usaha pemuda umno nak laksanakan hudud
  • Misbah Munir Munir Tahniah dan syabas atas usul Hudud, harap usul ini sampai ke perhimpunan agung umno peringkat nasional. Bukannya PAS yg kena sokong usul pemuda UMNO cawangan, tetapi UMNO Bahagian, Pemuda UMNO negeri, dan semua perwakilan UMNO dalam perhimpunan agung UMNO nanti diperingkat nasional wajib sokong usul itu. Tuan Guru nik Aziz orang pertama sokong cadangan hudud oleh wakil rakyat umno di Johor, Najib tak buat kenyataan pun sokong atau tolak. Tapi awal2 dulu Najib tolak hudud bila ditekan oleh MCA. Buatlah usul sama kecam MCA pertikai hudud, atau atas nama pemuda cawangan buat juga sokongan supaya kerajaan Pusat tidak menghalang kelantan laksana hudud.
    Sabtu pukul 23:25 · · 1
  • Misbah Munir Munir Mengenai tahaluf siyasi bacalah artikel dlm blog ini http://ahmadfadhli.wordpress.com/2008/06/19/tahaluf-siyasi-dalam-konteks-perjuangan-pas-di-malaysia-pasca-pru-12-serta-pandangan-golongan-ulama-haraki-mengenainya-draf-awal/ atau alam blog ini http://kias.edu.my/tahalufsiasi08.htm atau dalam blog saya misabah.blogspot. Juga dengar di sini http://www.youtube.com/watch?v=I-e65ZKT_50 (yg bercakap ni Ust Nasaruddin Isa-bekas Timbalan Preside, saya kemukakan yg ini sebab nanti anta kata ust Nasaruddin juga tak setuju gabung dgn DAP berdasarkan kenyataan baru-baru ini. Juga dengan yg ini juga http://www.youtube.com/watch?v=TBny1LfEo54&feature=relmfu. Cukuplah yg ini dulu.
    ahmadfadhli.wordpress.com
    Saya perturunkan di sini kandungan kertas kerja yang bertajuk TAHALUF SIYASI DAL...Lihat Selengkapnya
  • Yusof Burhanuddin Ana amat terkejut dan simpati sebuah parti yg besar dan berasaskan jemaah islam hanya berpandukan kertas kerja yg ditulis oleh ketua penerangan pas kawasan?hnya berpandukan org yg tidak mempunyai kredibiliti yg setaraf dgn ulama dijadikan pakar rujuk bg membolehkan pas mengubah dasar dan prinsip perjuangan?masyaallah inilah namanya fitnah akhir zaman yg dibawakan oleh kumpulan yg gunakan agama untuk dptkan kuasa politik..sedih dan kecewa dgn tindakan ini yg boleh disifatkan merendahkan larangan allah .pas menjadikan sahifah madinah sebagai alasan mengharuskan berbaiah dgn kuffar?dlm konteks dizaman nabi,islam memerintah bukan diperintah,islam lebih tinggi dari segala urusan negara.kaum yahudi respect pd nabi dan berikan ketaatan tp zaman pas,islam ditekan oleh dap,ditentang secara terang terangan..islam dihina ..dap dominan dlm pakatan maka hukum berbaiah jadi haram dan merosakkan akidah.zaman nabi perjanjian dgn yahudi dibuat bg menjaga madinah dari diserang oleh puak kuffar quraisy di mekah tp pas berbaiah dgn dap sbb nak menentang umno yg juga org islam dan beriman kpd allah..so pas patut sedar isu ini boleh menyebabkan pas menjadikan umat islam keliru dan terjebak dgn kesesatan yg amat serius..demi politik pas sanggup ketepikan nas yg sahih dan menolak pandangan ulama muktabar yg mengharamkan berbaik baik dgn musuh islam
  • Misbah Munir Munir Ya, beliau adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan, sepatutnya Ketua Pemuda Cawangan PAS yg buat kertas kerja unt yg selayaknya dgn anta. Jgn berlagak sombong, bongkak pada hal jahil murakab. Hebatnya PAS, Ketua Penerangan kawasan mampu sediakan kertas kerja yg begitu baik, anta ketua pemuda cawangan, lepasan Kuza, tetapi berketuakan Pemuda UMNO Bahagian, ketua Pemuda negeri dan Ketua Pemuda Pusat yg tidak ada didikan agama. Klu anta rasa hebat, jawab kertas kerja tersebut, dan keluarkan dlm blog atau mana2 website. Ketua Penerangan yg anta pandang hina adalah Pensyarah dan Ketua Jabatan di Kolej Islam Antarabangsa, beliau juga setiausaha akhbar YAB MB Kelantan. Kalau anta jawatannya label ust Fathul Baari baru ana kemukakan kertas kerja yg disediakan oleh yg setaraf, anta ni cukup dgn lotfi @ idris @ Rushdan je bagi penerangan tentang tahaluf siyasi. Tapi saya hormati anta, sebab anta nak tahu tahaluf siyasi, rupanya anta tidak menghargai, lepas ni biar sugek sungai ular jawab hujjah anta je.
  • Misbah Munir Munir Memang islam yg mesti memerintah negara bukan diperintah, itulah perjuangan PAS yg mahu Islam menguasai negara. sekarang ini UMNOlah yg perintah Islam selama ini, umnolah yg gubal undang2 sehingga Islam tidak berdaulat. Bacalah buku Dr Sidek Fadhil terbaru, Islam dan umat melayu. Lagi banyak anta menulis, lagi terserlah kejahilan dan kedangkalan. Saya sgt simpati dgn anta, itulah sebabnya anta kena keluar dari tempurung UMNO, lagi lama dlm UMNO lagi jahil rupanya. Kalau pun tak mahu bersama PAS, join dgn Tabligh lagi baik, tablighkan jamaah Islam yg terbaik pd anta.
  • Yusof Burhanuddin Insyaallah ana sahut cabaran ustaz dlm menolak konsep takhalluf siasi yg bersifat bidaah yg nabi tak buat dan tak wuud dlm sistem pemerintahan khulafa arrasyidin..ana hormat ustaz krn ustaz ada sedikit ilmu berbanding dgn anak anak didik ustaz di sg betul krn mrk itu ibarat ahli pas yg hnya terima bulat bulat apa shj ustaz cakap tanpa buat rujukan..ana pun rasa tak sesuai nak berhujah dgn mereka krn mereka tak pandai baca kitab arab
  • Misbah Munir Munir Apa pun yg PAS buat ada hujjah syarak yg kuat, bukan sebarang keputusan, PAS ada majlis Syura yg dianggotai oleh para ulama yg muktabar. Apa yg berkaitan dgn dasar dan polisi diputuskan oleh Majlis Syura. UMNO ? Cuba anta keluarkan hujjah dari sudut syarak @ kemukakan kertas kerja yg disediakan oleh mana2 Ketua Penerangan Bahagian, Negeri atau Pusat @ mana-mana Ulama Besar UMNO @ mufti pun boleh tentang keharusan bersama MCA, MIC, PPP. UMNO yg tunduk dgn MCA. PAS, sekalipun karpal sigh @ mana2 pimpinan DAP menyentuh Islam spt hudud, segera ada pimpinan PAS yg jawab. UMNO.? Apa umno jawab bila MCA hina hudud, hina Islam, hina cikgu Mala yg tidak bersalam dgn lelaki yg bukan muhrim.
    Minggu pukul 10:21 · · 1
  • Yusof Burhanuddin Insyaallah ana bersama ulama umno dan para ilmuan islam akan buat kertas kerja menolak takkhalluf siasi yg direkacipta oleh pas krn majlis syura pas hnya berfikir untuk dptkan kuasa semata mata tanpa mengkaji kesan dari aspek akidah dan perlanggaran hukum syarak yg dibuat atas nama politik..ramai yg tersasar dan keliru apabila pas berbaiah dgn dap untuk lawan umno sdgkan dulu pas jgk yg haramkan berbaik dgn kuffar akan jd kafir
  • Lokman Hakim Ustaz misbah xperlu brhujah sgt dgn borhan ni...bkn die xtau kebenaran PAS...cm buat2 xtau jew....die masuk politik pn bkn nk ap pn..nk projek jew...klu PR memerintah nnt scara automatik die join PR..klu time 2 join lg UMNO mmg xdpt ap2 dh...baek join PAS
  • Misbah Munir Munir Tahalluf Siyasi yg PAS gunakan telah lama dipraktikkan, hanya bila tahalluf siyasi dgn DAP dan PKR ini berjaya memikat pengundi2 Cina kpd PAS, UMNO BN pula hilang sokongan Cina, barulah UMNO terkial2 nak cari hujjah haramkan tahalluf siyasi. Sebenarnya UMNO lebih senang PAS bersendirian tanpa bertahalluf dgn bukan Islam, supaya Cina kekal sokong UMNO BN, dan BN terus kekal perintah negara, dapat rompak khazanah negara. PAS kekal mcm dulu menang hanya satu dua kerusi. Itulah amalan politik hasad dengki UMNO BN. Ahli PAS dan sebahagian rakyat di Sg Betul dan bg datoh sekalipun tak mengaji tinggi, lebih bijak berpolitik berbanding pemimpin UMNO yg berkepentingan. Tahniah PAS sg betul, tahniah keluarga hj juni, hj harun perintis awal PAS sg Betul dan juga keluarga dan anak2 Hj Yusuf serta seluruh ahli PAS dan penyokong PAS Sg Betul.
    Minggu pukul 11:13 · · 1
  • Yusof Burhanuddin Oleh krn pas gunakan agama untuk kuasa dan gunakan konsep yg tidak wujud dlm islam maka pas ditentang oleh ilmuan islam..yg nyata pas amat tersepit dan amat perlukan undi cina untuk menang..nak harapkan undi melayu sukar bg pas nak menang..maka pas cipta satu kaedah supaya pas ni dilihat fleksibel dan semuanya halal asalkan dpt undi..sanggup g masuk rumah cina untuk dpt undi sdgkan islam ttp diketepikan..patutnya pas g umah cina suh masuk islam ...so skrg cina tetap dgn kekafiran mereka smpi bila bila selagi pas guna kaedah takkhalluf yg tidak islamik..
  • Misbah Munir Munir Kalau saya jd anta malu dgn pemuda2 sg betul dan anak2 hj juni dan hj harun. Klu beginilah cara anta berhujjah, lebih baik anak2 muda sg betul saja yg melayani anta. Alhamdulillah sekalipun, Cina tak masuk Islam, sekurang2nya Islam sampai kpd mereka, kita baru gunakan pendekatan ini, itupun org Cina sudah mula faham Islam, UMNO berkawan dgn MCA sejak merdeka, MCA lagi lantang lawan hudud dan Islam, malah dihinanya Islam. UMNO dan anta yg tidak ada hujjah berdepan dgn hujjah PAS, pak andak Omar sg burung (org lama PAS) lebih baik pemikiran dari anta.
  • Yusof Burhanuddin Itulah yg berlaku dlm pas..sesiapa shj yg jd pak turut dlm pas ,mrk akan disanjung sbg ahli yg taat sekalipun mrk tak pernah belajar agama atau langsung tak tahu apa takrif addin dan apa maksud islam dari aspek bahasa dan syarak..pas hnya menggunakan ahlinya yg kurang cerdik ttg agama untuk perkuatkan pas..asalkan mrk itu rajin ke surau dan masjid sudah cukup untuk jadi ahli yg setia sdgkan dlm islam,allah memuliakan seseorang itu dgn ilmu dan amalnya..pas amat gembira klu ahlinya hnya ada ilmu cukup makan dan faham sikit sikit tth fardhu ain tp pas cukup bimbang dgn ahli fuqaha mcm harussani ,ustaz kazim,fathul bari dan ust kamal saidin dan skrg ust burhanuddin..bila ana bongkar bhw takhalluf siasi pas tidak islamik maka ustaz mudah melenting sbb isu ni amat merisaukan pas..pak andak omar tu mmg dari dulu ahli pas dan saya hormat org tua tetapi saya kecewa dgn sikap ulama pas yg rekacipta perkara bidaah untuk dptkan kuasa
  • Abdul Hakim Abdul Majid bukan semua orang tahan duji.. tak semestinya tidur sebantal dgn ulama' hatta dgn nabi sekalipun, seseorang itu akan bersama dalam urusan perjuangan..
  • Yusof Burhanuddin Ust misbah pun tidak kuat diuji dgn soalan yg menyebabkan jemaah pas terpanggil untuk membantu...mari kita bermuzakarah bertajuk- takhalluf siasi :antara hak dan batil dlm prinsip islam dan perlaksanaannya dlm konteks islam di malaysia..
  • Lokman Hakim jmpe cina suh masuk islam adalah pndekatan kuno...kite nk dakwah bkn terus terjah...harimau pn takut...sama jgk bgimana islam mnyuruh kite mngajar anak2 solat...pd peringkat awal hanya menyuruh & mngajar anak solat iaitu pd umur 7 thn...apabila 10 thn brula Islam mewajibkn rotan jika xsolat..tp rotan mngikut syarak.....knp Islam xsuruh kite terus rotan anak2 yg xsolat ketika umur 7 tahun????sepatutnye dgn akhlak yg ditunjukkan oleh pimpinan PAS pn blh mempengaruhi mereka utk masuk islam...hidayah bkn milik PAS tp milik ALLAH s.w.t...
  • Yusof Burhanuddin Klu nak berhujjhah biar ana nas bukan ikut akal.jgn guna kiasan ikut logik krn konsep dakwah dlm islam tidak boleh disamakan mendidik anak anak yg telah sedia islam sejak dilahirkan berbanding dgn puak kuffar .Nabi saw amat tegas dlm berdakwah kpd non muslim..kita refer surat yg nabi saw hantar kpd raja rom dan parsi..bunyi ayat dia...saya muhammad rasulullah..saya menyeru kamu islam maka islamlah nescaya kamu selamat..ini sebahagian intipati surat dakwah nabi kpd raja rom..nabi tak berkias dlm berdakwah..begitu juga nabi dakwah kpd puak musyrikin mekah..nabi tak terpedaya dgn kuasa yg ditawarkan oleh quraisy..so klu pas tidak diterima dakwahnya oleh puak cina maka elok juga pas berhijrah ke luar negara dan buka caw di luar negara
  • Misbah Munir Munir Hujjah yg dangkal lagi mengelirukan. Rasulullah menggunakan banyak kaedah dlm berdakwah, hikmah, pengajaran yg baik dan mujadalah. Adakalanya bil hal. Tanpa nabi ajak, sekadar menunjukkan akhlah yg tinggi, keadilan, toleran dan sebagainya, tidak dlm masa pendek sekalipun, terbuka hati mereka masuk Islam. Kita berdakwah bukan sekali ini sahaja, tetapi selama2nya. Paling kurang peringkat awal kita terangkan konsep kebajikan dan keadilan dlm Islam supaya mereka terima dulu Islam sebagai addin, sekalipun mereka tidak Islam. UMNO berkawan dgn MCA puluhan tahun sejak merdeka, tak pernah sekalipun dalam apa sahaja majlis, umno terangkan Islam yg sebenar. Berbeza dgn PAS, setiap majlis bersama bukan Islam, kita mula ucapan muqaddimah dgn memetik ayat2 quran, kita terjemahkan dan kita huraikan bagi mereka faham. Akhirnya org Cina faham spt org lelaki Islam tidak boleh berjabat tangan dgn perempuan bukan muhrim, Alhamdulillah skrg mereka faham, org Cina DAP terutamanya tidak akan menghulur tangan unt bersalaman antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim bila berjumpa dgn PAS. UMNO terus-terusan bersalaman dgn yg bukan muhrim.
  • Misbah Munir Munir Seminar2 anjuran PR yg diadakan, bila wakil PAS berucap pasti akan memberi penerangan tentang Islam. DAP terbuka hati unt mendengar, dan mereka sering bertanya apa sahaja kemusykilan tentang Islam, PAS menjawab dengan penuh hikmah tanpa berselindung. Apa yg sering mereka tanya, mengapa orang bukan Islam dipanggil Kafir, Mengapa tidak boleh bersalaman lelaki perempuan, klu Islam memerintah adakah mereka juga diberi hak yg adil sebagaimana org Islam, mengapa org berzina hukumnya sgt berat sedangkan perbuatan itu suka sama suka, mengapa mencuri potong tangan, tidakkan ia merugikan krn lps ini mereka tidak lg boleh bekerja, dan macam2 lagi soalan2 yg agak berat ditanya. PAS jawab dgn sejujurnya dgn memberi contoh2 yg praktikal. Mereka faham jawapan yg diberi, mereka hormat pendirian PAS dlm isu hudud, arak dan judi.
  • Misbah Munir Munir Lihat apa pula sikap MCA dlm isu2 yg sensitif. MCA yg sebenar membantah laungan azan yg kuat  suatu ketika dulu, akhbar lapor DAP, bila disiasat MCA rupanya. MCA selar wakil rakyat Johor yg sokong hudud, dituduhnya org itu gila, MCA memberi amaran pd UMNO jgn laksana hudud, MCA ugut akan keluar BN klu hudud dilaksana, MCA berikrar akan tentang negara islam dan hudud yg diperjuangkan oleh PAS, MCA hina cikgu Mala yg tidak bersalaman dgn lelaki Cina di Tenang. Elizabeth hanya diambil gambarnya secara curi ketika tidur, sedangkan chua soo lek pengamal sex bebas dan dia mengaku, diangkat sebagai presiden MCA yg direstui oleh umno, dialah yg paling lantang lawan Islam dan hudud.
  • Misbah Munir Munir DAP menghormati pendirian PAS terhadap hudud dan PAS juga menghormati pendirian DAP. PAS tidak pernah tunduk dgn DAP, bahkan di Perak dulu, DAP sering rujuk PAS bila ada sesuatu yg difikir agak sensitif. Di Penang, Lim Guan Eng boleh sama meraikan org Islam berbuka demi menjalin hubungan di masjid, surau dan markaz, malahan memberi peruntukan unt more buka puasa, para tahfiz quran diberi saguhati, sek aga rakyat diberi bantuan kewangan, guru agama dinaikkan elaun, peruntukkan Jab Agama Islam ditingkatkan lebih 100 peratus setiap tahun, kontarktor bumiputera banyak dpt projek kerajaan, Gerakan dulu macammana ?
  • Misbah Munir Munir Pak andak Omar dan ramai lg ahli PAS yg anta perlekeh itu jauh lebih baik pengetahuan dan amalan Islamnya berbanding ahli UMNO Sg Betul dan seluruh negara. Mereka mungkin tidak menguasai ilmu yg tinggi banding dgn anta, tetapi mereka lebih yakin dan percaya serta istiqamah unt menyokong PAS dari UMNO. Paling kurang cuba tanya mengapa sokong PAS dan lawan UMNO, saya pasti jawapannya bukan kerana ada kepentingan dunia, tetapi krn mereka tahu hanya PAS yg perjuangkan Islam. Tanya pula ahli UMNO biasa dikampung, mengapa sokong UMNO, mereka akan jawab sokong umno dapat itu dapat ini, sokong PAS dapat apa. Tanya mereka apa dasar umno, saya percaya tak ada ahli umno boleh jawab dgn betul walaupun tinggal di sg betul. Jgn terkejut klu ada yg jawab, saja je sokong umno, undi tetap bulan.
  • Misbah Munir Munir Adakah UMNO bila jumpa Cina juga terus ajak masuk Islam, sejak berkawan dgn MCA adakah org MCA faham Islam, sebutkan siapa pemimpin MCA yg boleh menerangkan konsep Islam yg dia fahami sebagaimana yg UMNO ajar. Dalam DAP, ramai yg boleh mengupas dgn baik konsep ehsan, keadilan, kebajikan, amanah dan wibawa. Malahan mereka gunakan petikan2 ayat quran dan hadis terjemahan serta memetik nama2 ulama unt menyokong hujjah mereka. Mereka boleh tentang rasuah dan kemungkaran. Org PAS sentiasa berdoa, supaya suatu hari nanti org Cina DAP dan India serta seluruhnya akan dpt hidayah. Berkawan dan memahamkan Islam kpd mereka adalah permulaan yg cukup baik. Kita berkawan sebab nak tumbangkan BN yg zalim, PAS lawannya UMNO, DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan. Begitu juga PKR, yg melayu lwn UMNO yg bukan Melayu lawan MCA, MIC dan Gerakan.
    22 jam yang lalu · · 1
  • Yusof Burhanuddin Salam 1malaysia dan 1akidah,pnjng berjela ustaz berpusing pusing guna isi yg sama berulang ulang..ustaz dgn jelas berjuang bukan untuk
    martabatkan syiar islam tp semata mata nak tumbangkan
    Bn/ umno dan apa yg ustaz jelas itu semuanya berkisar ttg persepsi bukan perkara pokok .ana timbulkan persoalan ttg takkhalluf siasi ciptaan pas masih belum di jelaskan keharusannya dan ini membuktikan pas hnya berjuang untuk survival politik bukan untuk maslahah ummah.pas bercakap soal memberikan penjelasan ttg islam kpd non muslim tp apakah ianya dilakukan secara agresif spt mana pas amat kuat berkempen memburukkan umno.saya yakin dlm tempoh 4 tahun pas tidor sebantal dgn dap,mungkin satu sesi seminar je yg sempat dibuat sbb fokus utama pas bukan nak kembangkan islam tp fokus kpd nak tumbangkan umno.cara perjuangan sebegini sebenarnya merosakkan imej islam yg dibina atas dasar ukhwah .nabi berjuang untuk memgajak manusia menyembah allah menggunakan
  • Yusof Burhanuddin Nabi berjuang untuk mengajak msnusia menyembah allah menggunakan kaedah paling berhikmah selama 23 tahun..dlm tempoh tersebut,belum pernah terjadi nabi berpakat dgn puak kafir di madinah untuk attack org islam lain di mana mana daerah dlm jazirah arab begitu juga dlm sejarah kegemilangan islam di zaman khulafa arrashidin,takde satu pun khalifah berpakat dgn musuh islam untuk serang umat islam..kaedah yg pas buat ni menyebabkan umat islam makin keliru atas kecelaruan idea pas
  • Misbah Munir Munir Anta buta sejarah rupanya. Puluhan tahun UMNO bersama sekutu kafirnya serang habis2an PAS sewaktu PAS bersendirian sejak PRU yg pertama lagi. UMNO dan sekutunya bg gambaran yg buruk pd PAS dan ulama2nya sehingga org Cina begitu takut pd PAS. Antaranya klu PAS perintah, habis kena potong, kuil dan tokong kena roboh, arak tak boleh minum, judi tak boleh, semua dipaksa masuk Islam, org India akan dihantar balek India, Cina hantar balek negara asalnya, sebab PAS nak tegak negara Islam, Malaysia mesti semua org Islam, org kafir tak boleh tinggal, dan macam2 lagi gambaran buruk. Jadi selama ini siapa yg bersekongkol dgn org kafir lawan Islam. Cina India sudah cerdik, mereka akhirnya dpt maklumat yg sebenar tentang Islam dan perjuangan PAS. UMNO parti perkauman Melayu, MCA dan MIC pun begitu, mereka lihat PAS lebih dominan, tidak amal perkauman sempit. Mereka tahu UMNO BN pengamal rasuah tegar, salah guna kuasa, kroni mereka kaya raya, rakyat hidup menderita, nak lawan umno bn mesti bersatu. Akhirnya cina India bersatu atas nama PR lawan BN. PAS bertanding lawan UMNO, mana ada calon DAP lawan UMNO, DAP lawan MCA, Gerakan dan MIC. Begitu juga PKR. Tapi calon MIC dan MCA ada yg lawan calon Melayu dari PAS, ada yg PAS menang dan ada yg mereka menang, jadi siapa yg guna org kafir lawan calon Melayu Islam dari PAS. Ulu Bernam dulu calon PKR melayu menang lawan MIC, dlm pilihanraya kecil calon Melayu PKR ditentang oleh India MIC, kalah calon Melayu, kerusi parlimen melayu hilang satu, siapa sebenar bagi orang kafir bertambah kerusi. PAS lawan UMNO BN sejak sebelum bergabung lagi dgn DAP, UMNO menang sebab cina india sokong dia, skrg PAS bersatu dgn DAP dan PKR baru Cina India sokong PAS dan PR. UMNO gelabah, gila meroyan, gila talak, melalak pulak mengatakan haram PAS gabung DAP lawan UMNO. Inilah pemikiran org yg sempit fikiran politiknya. Kajilah agihan kerusi BN dlm PRU 2008, senaraikan kerusi majoriti Melayu yg DAP bertanding lawan UMNO, tidak ada satu pun, DAP lawan MCA @ MIC. Tapi BN, Lumut, Gerik, kuantan, Bandar Tun Razak, Kota Raja, Tg Malim, beberapa kerusi lg di Johor, pengundi majoriti Melayu, tapi BN bagi calon bukan Melayu lawan calon Islam dari PAS dan PKR. Kita lawan uMNO Bn atas dasar bersatu lawan korup, lawan salah guna kuasa, lawan penyelewengan, lawan kronisme, lawan kemungkaran dan beribu lagi amalan kezaliman UMNO. Apa nas yg UMNO guna pulak bersatu dengan sekutu kuffar lawan PAS ?. Cukuplah Borhan, anta ni terpelajar, tapi jgnlah keterpelajaran kamu tergadai sehingga sanggup memperbodoh diri. Malu kaum kerabat di sg betul baca artikel kamu, jgn permalukan saudara sekeluarga kamu lah dgn tulisan mcm ini. Tinggalkan UMNO, mari bersama PAS.
  • Misbah Munir Munir Ana layan sahaja anta ni sebab ana fikir anta memang nak tahu tentang PAS dan perjuangan @ boleh jadi supaya jawapan ini dpt membuka minda umno yg lain. Anta pun tahu perjuangan PAS ni betul, nak beritahu rakan2 UMNO bimbang UMNO tahu kecenderungan anta, jadi anta buatlah provokasi supaya ana jawab. Kalau itu niatnya, terima kasih dan anta dpt pahala. Teruskan provokasi kamu. Yg sebenarnya UMNO tak layak cakap perkara2 yg menjadi polisi dan dasar PAS, PAS parti siyasah dan dakwah, boleh guna apa shj strategi dakwah dan politik asalkan mengikut sunnah dan sirah, yg penting usaha dakwah berterusan dan politik juga berjalan. Mengapa UMNO tak layak bicara demikian, krn UMNO sendiri bukan parti dakwah, UMNO tidak ada dasar dan polisi yg jelas mengikut Islam, tengoklah Perlembagaannya, UMNO tidak ada institusi ulama yang berkuasa menentukan polisi dan dasar parti, menjadi rujukan utama dan kata putusnya diikuti, UMNO bersatu dgn MCA, MIC dan parti lain bukan ada asas Islamnya, apa kaedah yg UMNO guna, bersatu krn mengikut syarat British unt nak merdeka shj. Jadi lebih baik anta buat kerja anta unt betulkan UMNO sg Betul dulu sebelum mencampuri urusan PAS yg semakin berpengaruh skrg.
  • Lutfi Ahmad Terbaik ustaz.takbir..ulasan ustaz turut membantu kami utk berhujjah dgn pulhan ribu borhannn diluar sana..usrah online ust.sgt bagus.
  • Misbah Munir Munir Sudah banyak PAS anjur dialog dgn bukan Islam termasuk DAP. Apa yg kita buat, bukan keluar dlm media umno. Itu sebab anta dan UMNO tak tahu. Dalam harakah sentiasa keluar berita dialog PAS dgn bukan Islam bagi memberi kefahaman Islam. Tahalluf Siyasi yg PAS gunakan kamu anggap rekaan PAS, sekarang beritahu org Sg Betul dulu, apa yg bukan rekaan umno berdasarkan nas syarak, sirah, amalan para sahabat, para ulama, gerakan Islam yg UMNO gunakan unt bersama MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain2 lawan PAS sejak dulu sampai skrg. Soalan ini dah banyak saya tanya, satu pun tak jawab, asyik mengatakan tahalluf siyasi rekaan PAS shj. Ahli PAS lebih yakin dgn ulama2 PAS yg wibawa berbanding daripada hujjah anta dan UMNO lain yg ikut nafsu melulu. Sumber kita Al quran, sunnah, ijmak ulama dan sertas kias dlm menentukan apa shj polisi parti. PAS yakin kerjasama dgn DAP dan lain2 bukan Islam atas dasar tahalluf siyasi, persefahaman politik yg pernah berlaku dalam sirah Rasulullah saw. Boleh bergabung dgn siapa shj sekalipun golongan kafir atas satu keperluan iaitu menumbangkan kuasa jahat UMNO BN yg menjadi punca utama malapetaka besar negara. Selagi kuasa besar jahat ini tidak dapat ditumbangkan selagi itulah bermaharaja kemungkaran besar yg lain. Tidak ada satu parti pembangkang pun boleh tumbangkan BN klu masing2 bertanding sendiri, UMNO BN akan kekal menang, itu yg UMNO mahu, PAS tinggalkan DAP dan PR, dan bertandinglah akan datang masing parti2, akan berlaku 3 - 4 penjuru, UMNO ketawa besar, dan UMNO menang lagi. Khazanah Negara dirompak lagi, pemimpin umno bn kumpul harta lagi, Rosmah shooping sakan kat luar negeri, umno dan org sg betul dan rungkup duduk lah kat rumah di rezab jalan dan parit lagi. Cakap lah apapun Borhan, ini pendirian PAS yg disepakati, ulama PAS solat hajat mohon pd ilahi, supaya usaha ini direstui. Mereka saban malam tidak tidur, bermunajat pd ilahi. UMNO saban malam tidak tidur menghitung hari bila nak berkubur nanti.
  • Yusof Burhanuddin Biar buta sejarah jgn buta hati..biar mati adat jgn mati sunnah dan rekacipta idea baru yg mirip kpd bidaah krn setiap yg bidaah dlm agama itu adalah sesat yg berakhir dgn neraka(wal iyazubillah).siapa nak jawab dpn allah nnti yg pas menghalalkan apa yg allah haramkan?matlamat tidak menghalalkan cara dan ana bimbang cara pas bersekongkol dgn bukan islam ini akan berakhir dgn tragedi hitam kpd gerakan islam.puluh ribu lg ahli pas yg masih keliru dgn manhaj era liberalisai yg digunakan pas hanya untuk kalahkan umno..kesian tgk keadaan iman org org pas yg anti melayu islam umno dan letakkan kasih sayang mereka kpd puak kuffar.apabila taqwa menguasai diri maka yg hak itu tetap dipertahankan sekalipun dipenjara dan dibunuh.pejuang pas kena sembur dgn air sabun pun dah tuduh umno zalim...klu terjadi mcm zaman umaiyah,pemberontak dari puak abasiyah ramai yg dibunuh tp umno tak sezalim itu nak bunuh org org pas atau pr..pejuang pas ni manja tak leh diuji dgn yg berat berat sbb nnti umno dilabel zalim..ana cabar ustaz laksanakan shj hudud dikelantan klu jujur dan ikhlas dlm menegakkan islam..jgn takut dgn ugutan dari tun m ke,dsmn ke...pas makin tersasar jauh skrg ni dan perlu ditarbiyah kembali dgn berpaksikan jalan sufi
  • Misbah Munir Munir Buta sejarah berpunca buta hati, bila hati buta, semua jadi buta dan mati termasuk akal. Ini berpunca dari berpaling dari mengingati allah, fikiran jadi sempit, hati jadi mati. Tidak menerima hakikat yg sebenar. Kumpulkan semua pemimpin umno yg hidup @ yg dah mati, bandingkan dgn pimpinan PAS. Ilmunya, akhlaknya, keperibadiannya, amalan fardhu dan sunnahnya, jgn pergi jauh. Ketua2 UMNO cawangan di Bg Datoh banding dgn ketua cawangan2 PAS, ahli2 UMNO bg Datoh dgn ahli PAS, siapa yg hidupkan majlis2 ilmu di masjid dan surau, siapa yg hidupkan solat jamaah. Ulama2 PAS hidup dgn majlis ilmu setiap malam dan minggu, kuliah mereka dihadiri ribuan rakyat. Pemimpin UMNO hujung minggu di mana mereka, padang golf, karaoke, kelab dangdut, shooping @ di mana.
  • Yusof Burhanuddin Ana sokong umno dah 8 tahun tp ana tetap g masjid jadi imam,baca khutbah jumaat,jd imam surau pas, beri tazkirah,beri ceramah israk mikraj di sekolah agama rakyat,beri ceramah agama,anjur kursus motivasi,wakil syarikat tilawah al quran,ketuai doa tahlil dirumah ketua pemuda pas cawangan sg betul..alhamdulillah tetap istiqamah solat jemaah di masjid dan surau ke mana shj ana pergi..dulu solat tak pakai kopiah putih skrg dah pki kopiah putih cuma takde lambang umno mcm kopiah pas...adakah apa yg ana buat ni disifatkan sebagai berpaling dari jalan allah?ana yakin perjuangan umno boleh membawa umat islam ke jalan yg lebih baik dn tidak semestinya jln yg lurus itu hnya milik pas..klu hujung minggu rasanya ramai ketua ketua cawangan umno lepak dirumah dan g masjid..cuma orh pas shj yg tak nampak sbb hati mereka telah ditutup oleh allah untuk melihat kebaikan ahli ahli umno...
  • Misbah Munir Munir Alhamdulillah, baguslah klu begitu. Alangkah baiknya klu semua pemimpin besar UMNO begitu. Dalam aspek lain bila anta tidak bersama jamaah Islam yg ciri2nya ada pd PAS, adalah telah berpaling dari peringatan allah, sebagaimana maksud firman Allah swt "hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yg menyeru kebaikan, melaksankan amar makruf dan mencegah kemungkaran....." Dan firmannya lg yg bermaksud "Sesungguhnya Allah sayang kpd mereka yg berjuang dlm satu saf yg tersusun....." Makruf yg paling besar hari ini menurut para mufassirin ialah berjuangkan menegakan kekuasaan Islam bg membolehkan syariat Islam ditegakkan, meninggalkan perjuangan tersebut adalah mungkar yg besar. PAS ditubuhkan atas kesedaran para ulama silam yg mahu menyempurnakan rasa taqwa. Salah satu ciri kesempurnaan taqwa adalah bersama golongan Islam melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Ini adalah baru sebahagian pegangan PAS yg diyakini oleh para pendokong PAS awal.  Amat susah unt mereka yg bergelumang dgn UMNO menerima hakikat yg PAS adalah sebuah jamaah Islam, kerana pemikiran menjadi sempit sehingga tidak boleh menerima kebenaran.
  • Misbah Munir Munir Ana tidak minta saudara2 anta, adek beradek anta bantu ana berhujjah. Mereka terpanggil kerana anta adalah sebahagian keluarga, mereka kasihan dan sayang pd anta. Sebenarnya mereka nak bantu supaya anta sedar hakikat kebenaran.
  • Yusof Burhanuddin Rasanya ustaz tersalah fakta bhw mufassirin kata makruf paling besar ialah menyeru kpd kekuasaan islam agar syariat boleh ditegakkan.tafsiran itu tidak tepat sbb perintah allah menyeru manusia kpd makruf dlm ayat ni bukan bermaksud kekuasaan tetapi menyeru manusia mentauhidkan allah dgn melaksanakan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang.tiada satu ayat pun yg menyuruh nabi berjuang dptkan kekuasaan itu sbb nabi menolak kekuasaan ditawarkan kpdnya oleh puak quraisy mekah spt yg termaktub dlm sirah nabawiyah .nabi saw kata kpd puak kuffar"sekiranya diletakkan bulan di kanan ku dan matahari di kiri ku supaya aku
    tinggalkan agama islam..maka aku tidak akan tinggalkan..masalah utama pas ialah mentafsir kebenaran itu hnya dgn menyatakan bhw pas
  • Yusof Burhanuddin Pas shj yg berjuang untuk kebenaran sdgkan byk lagi jemaah lain yg berjuang untuk islam..
  • Misbah Munir Munir PAS lebih menepati dgn ciri sebuah jamaah Islam yg syumul berbanding yg lain. Jamaah lain menafikan adanya politik dlm Islam, namun PAS tetap hormati mana-mana kelomok Islam yg ada di negara ini.  PAS perjuangkan Islam dan rakyat secara menyeluruh. PAS perlu dpt kuasa sebagai alat mencapai matlamat yg lebih besar. Rasulullah saw tidak menerima tawaran kuasa oleh golongan kuffar sebab bersyarat tinggalkan perjuangan, itu sebab Rasulullah saw berhijrah unt dpatkan kuasa negara. Rasulullah dpt kuasa shj sebagai Presiden negara Islam madinah, barulah Jihad dgn kekuatan dilancarkan, hudud dilaksanakan, keadilan ditegakkan, hubungan dakwah antarabangsa dijalankan, piagam madinah dimeterikan dan sebagainya. Sebab itu PAS tolak tawaran kuasa yg diberi UMNO BN unt sama memerintah dgn tinggalkan PR. Sebaliknya PAS akan ambil alih kuasa zalim umno bn bersama dgn rakan2 PR. Kita gunakan saluran demokrasi unt tujuan tersebut, demokrasi melalui pilihanraya, dlm PRU PAS perlu dpt undi dari semua pihak unt menang, PAS gunakan pendekatan yg bijaksana unt dekati Cina dan India, akhirnya PAS menemui jln terbaik. Cina India sokong PaS dan tolak UMNO BN. Umno hilang tali hayatnya, dah tak ada modal politik, keluarkan fatwa dan tuduhan karut konon PAS lari perjuangan asal, haram PAS berbaik dgn DAP lawan umno bn, dan mcm2 lg.
  • Yusof Burhanuddin Pas ni suka syok sendiri..dakwa bhw pas lebih islamik sdgkan tunjang perjuangan pas berasaskan demokrasi yg tidak ikut syariat dan sistem politik dlm islam.pas masuk politik krn nak kuasa dan jalan yg digunakan untuk dpt kuasa itu termasuklah rempuh semua batas syariat.nabi larang jgn mengumpat dan memfitnah maka pas jadikan fitnah sbg modal ceramah..tak sempurna sesi ceramah pas klu takde kutuk mengutuk,maki hamun,fitnah,buka aib org lain,merapu dan membakar semangat bencikan sesama muslim..prinsip islam dilupakan bila pas berkempen nak jatuhkan bn,akhlak dan adab islam dipijak pijak oleh penyokong pas smpi pas meniupkan semangat klu mati berperang dgn umno maka ianya mati syahid..inilah penyelewengan pas dlm mendaulatkan islam..kerana itulah allah masih tangguhkan pas untuk berkuasa..pas telah abaikan sunnah dgn mendokong dasar demokrasi tajaan barat sbb itulah manhajnya pun sama mcm barat..org barat suka sgt klu pas memberontak sbb mereka mudah nak naikkan pemimpin tajaan mereka yg kini jadi penasihat gerakan kristian asia..barat nak malaysia ni jd mcm syria atau libya..ana rasa ustaz tersilap bila ustaz dakwa nabi berhijrh ke madinah hnya nak dptkan kuasa yg lebih besar..masyaallah ini satu dakwaan dan hujjah yg amat dangkal dan memalukan dan mengaibkan..tak patut ustaz tuduh nabi saw berhijrah untuk dptkan kuasa..nabi berhijrah krn perintah allah swt ..nabi berhijrah untuk sebarkan dakwah islam dan mengajak manusia mentauhidkan allah..nabi berhijrah krn nak selamatkan akidah umat dia yg diancam oleh kuffar quraisy..nabi berhijrah krn org org madinah telah berbaiah dgn nabi sblm nabi berhijrah..nabi juga telah mendapat pertunjuk semasa peristiwa israk yg jibrail tunjukkan kpd baginda sewaktu buraq melintasi bumi madinah bhw dibumi itulah nabi akan membina sebuah ummah yg gemilang dan terbilang.nabi tidak memberi fokus kpd kewujudan negara islam semasa baginda berjaya menakluk kota mekah dalam peristiwa al fathu..nabi mengajak manusia beriman kpd allah sekalipun abi sufyan pernah menjadi musuh islam no 1 sebelum nabi hijrah..dgn penuh hikmah nabi berkata sesiapa yg nak aman dan selamat masuklah rumah abi sufyan sehingga sufyan sendiri peluk islam...inilah dakwah nabi yg pas patut ikuti..nabi berdakwah siang malam tanpa mengira kuasa dan takhta dan para sahabat juga mcm nabi berdakwah full time..kesan dakwah skrg ni 1.8billion manusia masuk islam.tp pas dah wujud 50 tahun rasanya belum smpi 5 org kafir masuk islam atas dakwah pas..ustaz fikirlah dan ikutilah jalan dakwah spt tablig atau perkim masuk rumah org asli dakwahkan mereka masuk islam bukan masuk pas..
  • Misbah Munir Munir Saya nasihatkan anta baca buku Fiqh Daulah oleh Qaradhawi, umat dan negara dalam syariat Islam oleh Dr. Abd Karim Zaidan, As Siasah as Syariiah oleh Ibn Taimiyah, Al Khilafah Wal Mulk oleh Maududi, Sistem Politik Islam oleh Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Fariz, Pemerintahan dalam Islam oleh Dr Abdul Kadir Audah, buku terbaru Qaradhawi Kebangkitan Rakyat, baca juga tafsir Qurtubi ayat berkaitan dengan amar makruf nahi mungkar. Banyak lagi buku-buku dan kitab-kitab lain. Cukuplah yg itu dulu sebagai asas.
  • Misbah Munir Munir Dalam kerja dakwah, Allah tak tanya berapa orang sudah masuk Islam hasil kerja dakwah, Allah akan tanya sudah berdakwah atau belum. PAS menjalankan dakwah kepada semua orang muslim dan non muslim, hidayah kerja Allah. Boleh jadi hasil kerja dakwah PAS akan dapat dilihat nanti kejayaannya oleh generasi akan datang. Upaya kita menyampaikan dan berdoa semuga mereka dapat hidayah. Nabi Ibrahim berdoa supaya bumi Mekah yang kering kontang subur dan ummat yg mendiami akan dilimpahi rahmat dan kekayaan. Adakah selepas itu, Mekah terus subur dan umatnya kaya dengan hasil bumi. Siti Hajar dan anaknya Ismail menderita panjang dulu barulah bumi arab subur, dan ribuan tahun kemudian, baru tanah Arab kaya dengan minyak. 
    Orang yang tidak duduk dalam PAS sahaja yg tidak tahu kerja dakwah yang kita buat, UMNO nampak PAS berpolitik sahaja, Alhamdulillah para artis telah menyertai PAS dan mengamalkan cara hidup Islam, kalau dulu tidak solat jamaah sekarang bersama PAS solat Jamaah dan sentiasa mendalami ilmu, dulu tidak tutup aurat sekarang bertudung labuh, dulu berpeluk dengan wanita/lelaki bukan muhrim tak kira dalam filem luar filem, sekarang menjadi warak. berapa kerat orang pulak artis yang masuk UMNO pakai tudung, rajin mendengar kuliah, solat jamaah setiap waktu. Mereka masuk UMNO tetapi kekal dengan gaya hidup artis. Bekas pegawai kerajaan ramai masuk PAS, juga berubah gaya hidup mereka, tidak sombong, rajin kuliah, solat jamaah , dan turut berperanan mengajak orang lain berubah. Abu Talib juga sentiasa diajak masuk Islam oleh Rasulullah saw, tetapi hidayah kerja Allah, sampai ke mati dia tetap kafir.
  • Yusof Burhanuddin satu persoalan timbul, kenapa Pas begitu taksub dgn yusof qardawi?mcm dah takde ulama lain yg boleh dijadikan panduan..ini disebabkan yusof qardawi shj yg pro pas dan setuju apa shj yg pas buat sekalipun berbaik dgn kuffar...pas tidak memberikan info yg tepat tentang latarbelakang umno kpd qardawi sbb itulah yusof qardawi terima bulat bulat apa shj yg pas bentangkan pd dia..mcmana pemimpin pas tarbiyah ahlinya supaya jadi ahli yg samikna waatakna
  • Misbah Munir Munir PAS bukan syok sendiri, tetapi kita ada asas untuk mendakwa sebagai jamaah islam yg syumul berdasarkan ciri-cirinya, PAS akui tidak sempurna sebagainya sempurnanya gerakan nabi dan para sahabat, di sana sini ada kelemahan, namun masih ada banyak kelebihan berbanding yang lain. UMNO bukan sebuah jamaah Islam, ia hanya sebuah parti politik orang Melayu yag anggotanya sekarang sudah ramai yang kafir terutama di Sabah. Tak ada ciri-ciripun sebagai sebuah jamaah. Ana boleh dedahkan bagaimana kehidupan sebahagian besar pemimpin umno, isteri, anak dan ahli keluarganya yang tidak mengamalkan cara hidup Islam. Tetaoi itu bukan cara saya berhujjah dengan anta, cukuplah sekadar menyebut secara umum, anta pun tahu sebenarnya.
  • Misbah Munir Munir Apa yang anta nukil itu hanya pandangan anta semata-mata, terpulang untuk orang lain menilainya. Pandangan saya adalah berdasarkan nukilan-nukilan para ulama dan ilmuan. Sebahagiannya buku-buku dan para ulama yg disebutkan tadi. Makruf hendkalah dilihat dalam konteks yg luas, merangkumi aqeedah dan syariat. Ulama sepert qaradhawi, maududi dan juga Ibn taimiyah menukilkan dalam satu rumusan bahawa makruf yang paling besar ialah perjuangan menegakkan pemerintahan Islam, pemerintah ada kuasa mencegah, melarang dan meghukum. Dr. Yusuf Al Qardhawi dalam Fiqh ad Daulah berpendapat untuk merubah kemungkaran yang dilakukan oleh pihak pemerintah, maka pihak yang bertindak merubah kemungkaran hendaklah mempunyai kekuatan yang boleh merubah kemungkaran itu. Beliau menyatakan melalui tiga cara :

    1. Melalui kekuatan. Ianya banyak digunakan bagi menegakkan pemerintahan, melaksanakan polisi dan menghapuskan kemungkaran.

    2. Melalui Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kedua–duanya memiliki kuasa perundangan, menggubal dan memansuhkan undang-undang selaras dengan keputusan suara majoriti yang diamalkan dalam sistem demokrasi sekarang. Golongan yang memiliki suara majoriti di bawah sistem demokrasi tulin, berkeupayaan mengubah setiap kemungkaran yang berlaku melalui perantaran perundangan yang padu.

    3. Melalui Kekuatan kuasa rakyat. Kekuatan ini menyamai kesepakatan apabila ianya bangkit dan bergerak, tidak ada seseorang yang mampu menghadapinya atau menghalang perjalanannya. Kuasa itu tak ubah seperti gelombang yang tidak dapat dihadang oleh mana-mana kekuatan senjata sekalipun.

    Al Qardhawi juga berpendapat dalam usaha mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan pemerintah khususnya kemungkaran tidak melaksanakan hukum-hukum Allah, rakyat tidak boleh hanya seronok menunding jari kepada pemerintah dan membiarkan melakukan beberapa kemungkaran lain. Ini kerana dengan menunding jari begitu sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tersebut.

    Sebaliknya mereka perlu bertanya diri mereka sendiri kenapa kemungkaran itu masih berlaku. Jawabnya kerana kerajaan yang menaja kemungkaran masih wujud. Kenapa kerajaan yang menaja kemungkaran masih wujud, kerana ia masih mendapat sokongan dari rakyat jelata dalam setiap kali pilihanraya diadakan. Jadi adalah satu kesilapan yang besar apabila rakyat menyalahkan pemimpin kerana tidak melaksanakan hukum-hukum Allah dan tidak menyuruh yang maaruf dan mencegah yang mungkar. Mereka sebenarnya bertanggungjawab mewujudkan kerajaan yang menaja berbagai kemungkaran melalui sokongan dan suara yang mereka berikan dalam pilihanraya.

    Sehubungan itu rakyat mesti berani merubah kemungkaran dan mestilah bersedia mengubah sikap dari menyokong pemimpin yang menaja kemungkaran kepada menyokong pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh mendaulatkan Islam di buminya sendiri dan menentang kemungkaran habis habisan.

    Mengubah kemungkaran bukan secara juz'ie, tetapi hendaklah menyeluruh secara komprehensif yang merangkumi perubahan cara berfikir, kefahaman, nilai, perhitungan, akhlak, amalan, adat tradisi dan sistem hidup dalam masyarakat.
  • Yusof Burhanuddin perkara asas dlm hidup beragama adalah mentauhidkan allah dlm segala aspek kehidupan samada berpolitik,muamalah,pendidikan,antarabangsa dan semua perkara..hidup bertauhid ini bukan mudah kerana seluruhh jiwa raga perlu fokus kepada allah dan tunduk terhadap semua ketetapanNYA dan disinilah lahirnya jiwa yang bersih dari segala sifat mazmumah..untuk lahirkan jiwa yg mempunyai rasa khauf pd allah perlukan tarbiyah dan tarbiyah itu pula mesti dipandu oleh guru yg murshid yg meletakkan kehidupan akhirat melebihi kehendak dunia..nak berjuang tegakkan islam bukan dgn jalan yg mudah..kena lalui pelbagai ujian yg amat payah dan proses ini dinamakan mujahadah
  • Misbah Munir Munir Ibn Taimiyah pula menukilkan bahawa "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang besar. Tidak akan terdiri agama melainkan dengan kekuasaan pemimpin. Oleh kerana itu Allah mewajibkan untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang dizalimi, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teraju kepimpinan".
  • Misbah Munir Munir Ada banyak faktor mengapa Rasulullah saw berhijrah, perin tah Allah adalah jalan terakhir untuk nabi berhijrah ke Madinah. Kena baca sirah nabi secara menyeluruh, Antara tabiat dakwah adalah mencari tapak untuk meluaskan pengaruh dakwah, tapak yang dimaksudkan ialah satu tempat yang Rasululllah ada kuasa memimpin. Justeru itu Rasulullah saw cuba mengenal pasti beberapa tapak untuk Islam berkembang dan berkuasa .Habsyah adalah sasaran utama untuk nabi berhijrah, tetapi tidak sesuai kerana maharajanya beragama nasrani, sekalipun simpati dengan Islam dan melindungi para sahabat, najashi tidak berani mengisytiharkan keislamannya kerana bimbang pengaruh para pendeta dan paderi serta gereja, Thaif juga menolak islam dan Rasulullah mentah2, tapak terakhir ialah Hadhralmaut @ Yaman, tetapi tidak ada yg sudi menerima Islam. Akhirnya datanglah perintah Allah untuk memilih Madinah sebagai tapak dakwah dan daulah Islam, perintah Allah ini bersamaan pula dengan perjanjian taat setia orang madinah yg sanggup melindungi Nabi dari sebarang ancaman musuh dan berjanji setia mengamalkan perintah Allah. Barulah Nabi berhijrah. Jadi asas utama nabi berhijrah adalah untuik mencari tapak, satu tempat yang nabi punya pengikut yg setia, boleh gubal perlembagaan, boleh jalankan kuasa politik Islam. Setelah berlalu masa yang panjang memilih tapak barulah Allah swt perintahkan memilih Madinah untuk berhijrah, mengapa tdak dari awal Allah peintahkan, supaya nabi tidak bersusah payah ke Thaif, ada sahabat yg sudah ke Habsyah dan mencuba ke Yaman pula. Ini menunjukkan tabiat atau sunnah dalam perjuangan mestilah melalui liku-liku yang panjang, itu juga sebagai tarbiyah jihadiyah kepada Rasulullah dan para sahabatnya.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!