PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka disambut mesra oleh penduduk tempatan yang sedang
membeli belah. Meraka disapa, ditanya khabar, diberi risalah penerangan
dan diajak buat perubahan pada PRU akan datang. Tn Hj Razman Zakaria,
Timbalan PJ Perak mengetuai kunjungan ini. Turut mengiringinya YDP PAS
Kawasan Bg Datoh dan Ketua Cabang PKR Bg Datoh, sdr Madhi Hasan. Turut
serta Salman Salleh, SU DPP Negeri, Ust Suhaimi, AJK Dewan Ulama Negeri
dan ramai lagi. Berbagai program diatur oleh PAS Kawasan. Program
bermula awal pagi dengan sarapan pagi di kedai Pak Husein @ lebih
glamour Chuck Norris, tazkirah turut disampaikan oleh Ust Suhaimi Wafir.
Kunjungan ke Pasar Sehari Pekan Bg Datoh antara yang paling meriah,
rata-rata rakyat menyambut baik dan mesra. Pimpinan PAS Perak turut
terserempak dengan Raja Gelek, Datuk Md Daud Kilau yg turut berkunjung
ke Pasar Sehari. Beliau menjawab positif ketika menerima risalah dan
diajak membuat perubahan. Selain itu, pimpinan PAS Perak turut
menghadiri majlis khenduri kahwin di beberapa buah kampung. Ziarah
kebajikan turut diadakan bagi menziarahi warga emas dan keuzuran.
Muslimat pula menganjurkan minum petang bersama orang kampung bagi
meraikan jamaah haji yang baru pulang ke tanah air. Pemuda pula bermain
futsal dengan anak-anak muda di kampung. Penempatan masyarakat Cina dan
India di Bagan dan estet turut dikunjungi. Sebelah malam beberapa
pimpinan PAS menyampaikan kuliah maghrib di 7 buah masjid dan surau.
Ceramah kelompok bagi menjelaskan isu-isu semasa juga diadakan di 5 buah
kampung. Alhamdulillah, sambutan dari kalangan masyarakat yang
dikunjungi menyakinkan PAS dan PR akan menang pada PRU akan datang di
DUN Rungkup dan Parlimen Bagan Datoh




















