MB PERAK AKAN BERTEMU PELANGGAN DI SETIAP DAERAH SELURUH PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, November 22, 2008

IPOH : Setiap Selasa rakyat akan berdatangan ke Pejabat MB di Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bertemu dengan YAB MB Perak bagi mengadu hal. Tradisi ini bermula sejak Tajol Rosli menjadi MB Perak, dan ia berterusan sehingga sekarang. Tetapi tidak semua rakyat ada peluang bertemu dengan MB kalau mereka tidak mengatur temu janji terlebih dahulu. Rakyat tentu kecewa, datang jauh mahu bertemu dengan MB, tetapi hajat mereka tidak kesampaian. Menyedari hari bertemu pelanggan setiap Selasa di Pejabat MB, masih tidak berkesan dan tidak praktikal, MB Perak telah bersedia untuk turun ke setiap daerah untuk bertemu dengan pelanggan di pejabat daerah masing-masing. Jadual akan diatur bagi membolehkan YAB MB bersama pegawai-pegawainya bertemu pelanggan bagi menyelami dan membantu menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Semuga dengan cara ini, kerajaan dan MB akan sentiasa dekat di hati rakyat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!