BERITA TERKINI

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, February 5, 2009

Najib Tun Abd. Razak sudah menghadap Tuanku di istana, keputusannya tidak diketahui samada Tuanku perkenan kerajaan baru atau tidak. Kini, Tuanku telah menitah memanggil MB Perak menghadap. YAB MB yang pagi tadi bersama Pak Lah di Kerian di majlis perasmian Model Ladang Padi Sime Darby Plantation Bahagian Gedong, Ladang Tali Ayer, Bagan Serai terus bergegas meninggalkan majlis menuju ke istana. Menurut Amran Harun, Pegawai Khas MB, orang ramai termasuk tetamu-tetamu kenamaan, pegawai-pegawai kerajaan dan Pak Lah sendiri terkejut dengan kehadiran MB Perak dalam majlis tersebut. Mereka menyangka dalam keadaan situasi politik dan kerajaan yang tidak menentu, sudah tentu Dato' Seri MB Perak tidak tergamak menghadiri program tersebut, namun MB kita seorang yang berjiwa besar, beliau tetap menjalankan tugas sebagai Menteri Besar kerana kerajaan Pakatan Rakyat masih berkuasa dan beliau masih Menteri Besar yang sah, tidak ada sebab beliau tidak hadir dalam program yang sudah dijadualkan. Riak mukanya pula tidak menampakkan keresahan, beliau tetap ceria dan masih boleh bergurau tanpa ada sebarang tanda kerisauan dan kegelisahan.

Mari semua berdoa, semuga Tuanku perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat memberti mandat memilih kerajan baru di Perak.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!