Mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi di kediaman MB menolak keputusan SPR yang tidak mengadakan Pilihanraya Kecil Behrang dan Changkat Jering ekoran notis perletakan jawatan kedua ADUN tersebut yang dikemukakan oleh Speaker kepada SPR. SPR menolak notis yang dikemukakan oleh Speaker Dewan Negeri Perak kerana ada keraguan terhadap surat-surat perletakan jawatan tersebut.
Sehubungan itu juga, Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mencabar keputusan tersebut di mahkamah dalam masa terdekat. YB Sivakumar, Speaker Dewan Negeri Perak dengan tegas menyatakan berasaskan Artikel XXXV Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkuasa mutlak dalam menentukan dan mengesahkan notis perletakan jawatan kedua-dua ADUN tersebut tetap dengan keputusan bahawa ADUN tersebut telah meletakan jawatan dan kedua kerusi tersebut kosong. Menurutnya SPR mesti mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari sebagaimana yang termaktub dalam Artikel XXXVI (5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan. Kemungkinan DUN negeri Perak akan dibubarkan juga turut dibincangkan sebagai langkah terakhir dalam menghadapi kemelut politik ini. Biar rakyat yang menentukan secara adil bagi menghadapi situasi dan kemelut tidak menentu ini.
Demikian kenyataan akhbar YAB MB Perak di kediaman rasminya jam 11.00 malam tadi setelah berbincang dengan semua ADUN dan pimpinan tertinggi parti.