Kempen hari ketiga calon semakin rancak, menarik dan memikat pengundi. Hari ini seharian saya mengiringi calon ke beberapa buat tempat di DUN Trong termasuk Pulau Pasir Hitam. Program bermula dengan ramah mesra sambil bersarapan pagi di gerai gulai Ikan Sembilang, Kg. Kepala Bukit, bersalam-salaman dengan orang ramai di pasar, merasmikan kelab penyokong PAS di Sg. Kerang, bersalam-salaman sambil mengedar risalah di kedai-kedai kopi dan runcit di pekan Sg. Kerang, melawat perkampungan nelayan di jeti Sg.Kerang, beramah mesra dengan petugas-petugas PAS di DUN Trong, menziarahi kematian di Kg. Kelubung dengan memimpin bacaan tahlil dan makan tengahari di restoran Sg. Kerang.
Menaiki bot menuju ke Pulau Pasir Hitam
Selepas berehat seketika dan solat Zohor, kami terus ke jeti Sg. Kerang untuk menaiki bot ke Pulau Pas
mah, cuma sayangnya, ketika kami sampai kebanyakan mereka belum pulang dari mencari pendapatan menangkap ikan dilautan.Sentuhan-sentuhannya calon cukup memikat hati para pengundi, para pengundi cukup tertarik dengan Hj Nizar yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Cina. Sebelum kami meninggalkan pulau tersebut, calon diberi peluang menyampaikan sedikit ucapan kepada penduduk, ucapannya diberi tepukan gemuruh oleh penduduk kampung. Mereka memberi jaminan akan mengundi PAS 100 % paMenurut penduduk kampung, pulau Pasir Hitam sudah wujud hampir lebih 50 tahun dulu, pulau tersebut mempunyai lebih kurang 300 pengundi, tetapi yang tinggal menetap di situ lebih kurang 200 pengundi, yang lain-lain berhijrah Taiping, Ipoh dan lain-lain. Mempunyai sebuah sekolah yang boleh menempatkan 100 murid tetapi hanya mempunyai 2 orang murid dan 4 orang guru


