Bukit Gantang: Sokongan terbaik orang Cina untuk PAS

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, April 14, 2009













Bersyukur kepada Tuhan Yang Esa kerana tidak berlaku lagi sentimen agama di kalangan pengundi Cina dan India di Bukit Gantang!

Benarlah kata-kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, "manusia itu semuanya dari keturunan Adam". Maknanya, perbezaan warna kulit, identiti kaum dan bahasa serta budaya adalah kerana faktor persekitaran. Maka trend sokongan orang Cina dan India kepada PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang yang lalu ada jawapannya. Sepertimana sokongan orang India dan Cina kepada PAS di parlimen Kota Raja dalam pilihan raya umum 2008 lalu juga ada persamaannya.

Berdasarkan analisis keputusan pilihan raya kecil di parlimen Bukit Gantang (pengiraan secara purata di daerah mengundi teras Melayu, Cina dan India) mendapati paling ketara peratus sokongan orang Cina adalah lebih baik (65.24%) dengan lonjakan sebanyak 8.39%, berbanding pilihan raya umum lalu. Sementara India 55.78% (lonjakan 2.71%) dan Melayu 45.61% (merosot 3.91%).

Bila dilihat kepada sokongan mengikut pecahan DUN, ternyata kedudukan DUN Trong adalah didapati sokongan pengundi India yang terbaik dengan lonjakan 1.67%. Sementara di DUN Kuala Sepetang dan DUN Changkat Jering pula menunjukkan sokongan pengundi Cina adalah berlaku lonjakan tertinggi masing-masingnya 13.89% dan 15.62%. Ia berbeza dengan DUN Trong, pengundi Cina yang menyokong PAS adalah merosot sebanyak 4.34% sama dengan Melayu (4.31%). Mungkin dan boleh jadi berlakunya trend sokongan pengundi sedemikian adalah kerana latar belakang celik isu-isu sosio-politik yang rendah kepada PAS berlaku di DUN Trong. Sebaliknya, pengundi Cina dan India adalah lebih terang suluhannya terhadap isu-isu sosio-politik semasa.

Justeru itu, Ir. Mohd Nizar yang menang itu mempunyai tugas berat bagi mencorakkan aliran sikap pengundi di DUN Trong yang masih tegar menyokong BN.

Walau apapun, komen pengunjung blog ini (yang mengaku sebagai seorang Cina) terhadap p0sting 11 April ada kebenaran dan alasannya boleh diterima: realitinya orang Cina melihat dari sudut pandangannya bahawa PAS adalah lebih baik berbanding BN!!

Dari Blog GreenCresent

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!