BN dan UMNO sanggup melakukan apa sahaja untuk memancing undi pengundi-pengundi di Kuala Sepetang. Dalam program kempen yang dihadiri oleh Menteri yang jaga Hal Ehwal Agama, jaga Tabung Haji, bercakap agamapun hebat juga, petikan ayat-ayat qurannya lancar, lepasan Sekolah Agama Izuddin, bapanya juga seorang Tok Guru, tidak disangka-sangka hadir majlis makan malam di Kampung Baru Sepetang (sebuah kampung nelayan di Kuala Sepetang) bersama calon BN Ismail Saffian.
Orang ramai terkejut termasuk pengundi-pengundi Cina, apabila majlis tersebut diserikan dengan persembahan konsert oleh tiga gadis genit yang berpakaian seksi berjoget di atas pentas selepas Zahid dan Ismail Saffian selesai berucap merayu undi.
Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.
BN anjur program kempen seumpama itu di tempat-tempat orang bukan Islam, sebab kepada mereka ia bukan satu kesalahan. Persoalannya mengapa Zahid Hamidi yang jaga hal agama hadir dalam majlis tersebut, ia mencemarkan imej Islam dan dia sendiri. Kalau Zahid tidak tahu sekalipun ada majlis tari menari dengan berimejkan seksi, Zahid harus beredar dari tempat itu setelah berucap, untuk mengelakan fitnah. Ini tidak, Zahid tunggu, buat kenyataan akhbar pulak tu.
Orang agama Bagan Datoh pasti malu tengok ahli Parlimennya hadir dalam majlis seumpama itu.