Dalam PRK Bukit Gantang baru-baru ini UMNO BN menggunakan seluruh jentera kerajaan berlawan dengan PAS yang dibantu oleh parti-parti Pakatan Rakyat yang lain. Semua jentera kerajaan negeri dan kerajaan pusat diperkudakan oleh UMNO BN. Berbagai program seperti Forum Perdana Ehwal Islam dengan menampilkan tokoh-tokoh popular dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan bagi tujuan memancing undi.
Dewan orang ramai dan balai raya pula digunakan sebagai bilik gerakan BN di kampung-kampung. Program-program kempen juga turut diadakan di permis-permis kerajaan. Sekolah-sekolah rendah dan menengah juga turut digunakan oleh UMNO BN atas nama pemimpin bersama rakyat dan bermacam-macam lagi. Pendek kata semua harta rakyat dan harta kerajaan dianggap harta UMNO yang mereka bebas menggunakannya untuk memancing undi. Tidak cukup sekadar itu, projek mee segera datang ke kampung dengan mencurah-curah. Projek yang sepatutnya siap 5 - 6 tahun tapi selesai sepanjang tempoh pilihanraya.
RTM dan media cetak arus perdana saban waktu menjadi alat propaganda UMNO BN, laporannya berat sebelah, Harakah dan Suara Keadilan pula diharamkan penerbitannya sepanjang pilihanraya. Dan PAS pula tidak pernah menaruh harapan RTM dan media cetak arus perdana memberi liputan yang adil kepada PAS. Justeru itu, PAS menggunakan jentera dan penerbitannya sendiri untuk menjawab segala tohmahan jahat UMNO BN.
Sementara itu, PAS bersama dengan rakan-rakan parti PR masih menggunakan pendekatan tradisi, ceramah diadakan di markaz-markaz PAS, rumah-rumah ahli, kempen rumah ke rumah dan sebaran risalah namun program tersebut tetap mendapat sambutan ramai.
Isu-isu yang cuba dimainkan oleh UMNO BN semuanya dapat dijawab oleh jentera parti melalui ceramah-ceramah, kempen rumah ke rumah, sebaran risalah, billborad, web site, bloggers dan sebagainya. Isu Hj Nizar derhaka dapat ditangkis dengan pendedahan bahawa UMNOlah yang mempelopori penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu dari dulu, kini dan mungkin selama-lamanya.
Dua tiga hari sebelum mengundi, Billboard besar menyenaraikan nama-nama pemimpin UMNO yang derhaka kepada Raja-raja Melayu dan risalah-risalah berupa keratan akhbar mengenai petikan-petikan ucapan pemimpin UMNO yang menghina Raja-raja Melayu dipasang dan disebarkan kepada rakyat, jentera UMNO terkedu dan tidak mampu menjawab balik.
Isu Hj Nizar gadai tanah Melayu kepada orang Cina juga dapat ditangkis oleh jentera PR. Risalah-risalah diterbitkan bagaimana kerajaan BN telah menggadai 13 ribu tanah rezab orang Melayu di Pengkalan Baru dan Beruas kepada syarikat milik orang Cina, 1500 ekar tanah perumahan diserahkan kepada MCA, 770 ekar tanah di Kilang Simen Perak Hanjoong Bhd dijual kepada YTL (juga milik orang Cina), 22 ribu ekar tanah di Lumut diserahkan kepada Syarikat Kuala Lumpur Kepong (KLK) Bhd dan banyak lagi. Semua pendedahan ini tidak mampu dijawab oleh UMNO BN.
UMNO BN terkedu dengan pendedahan yang lengkap dengan fakta dan data ini. UMNO hanya memainkan santimen Melayu dalam kempen-kempen mereka. Hj Nizar dituduh boneka DAP, ikut telunjuk DAP, kuda tunggangan DAP, Hj Nizar umpama lembu yang dicucuk hidung dan macam-macam lagi. Kartun-kartun menghina Hj Nizar disebarkan kepada rakyat.
Alhamdulillah, setelah 9 hari PR bertarung dengan BN, rakyat Bukit Gantang telah menggunakan segala kebijaksanaannya untuk memilih calon Hj Nizar sebagai Ahli Parlimen baru Bukit Gantang. Setelah semua pusat pengundian ditutup, UMNO BN begitu sombong, angkuh dan terlalu yakin akan menang besar, Allah maha kaya, jam 7.30 ptg, bilik gerakan PAS sudah dapat maklumat tidak rasmi yang Hj Nizar sudah mendahului lebih 3000 dari lebih 90 peti undi yang sudah dikira.