Setelah BN tumpas 0 - 4 dalam semua pilihanraya kecil di Semenanjung kepada PR, barulah timbul kenyataan pemimpin UMNO untuk menyekat perletakan jawatan ADUN tanpa alasan yang kukuh. Persoalannya mengapa sekarang baru timbul isu ini ?. Sedangkan dalam masa yang sama, BN mendesak ADUN Bk Lanjan letak jawatan kerana kononnya isu moral, bertelanjang dalam rumah yang gambarnya tersebar dalam internet, UMNO BN juga pernah mendesak 2 EXCO Perak dari Changkat Jering dan Behrang meletak jawatan atau bercuti setelah didakwa rasuah oleh mahkamah tahun lalu, apa yang mereka tak kata pada 2 EXCO ini dan MB Hj Nizar bila kerajaan PR mempertahankan mereka, tiba-tiba 2 exco yang mereka tuduh rasuah itu pula yang diambil oleh mereka untuk dijadikan kawan bagi menjatuhkan kerajaan PR. Ini amalan politik yang tidak ada moral. Saya rasa (na'uzubillah) kalau ADUN Bk. Lanjan juga melompat menyertai mereka, isu telanjang dalam rumah yang disifatkan tidak ada moral itu akan hilang begitu sahaja, Ely akan dianggap wirawati penyelamat pula oleh mereka, begitu juga Fairuz akan dianggap wira oleh mereka. imej buruk yang digambarkan oleh mereka jadi bersih.
Jadi orang awam boleh buat kesimpulan, mana-mana ADUN dari PR atau penjenayah sekalipun yang ada masalah moral, rasuah mahupun jenayah masuk je BN, imejnya akan jadi bersih dan suci. Contoh 2 EXCO Perak, tuduhannya bukan sahaja rasuah tapi skandal seks. Ada orang beritahu saya dan saya sendiri pernah dengar dari mulut Jamal "nasib baik Osman tu baru kahwin baru, dan isterinya pula kebetulan ajak balik malam tu, kalau tidak dengan dia-dia pun sapu Ah Mooi tu". Saya anggap Jamal bergurau je waktu tu.
Politik Wang dalam pemilihan UMNO dianggap salah dan diambil tindakan disiplin, politik wang dalam pilihanraya pula tidak salah. Inilah UMNO, dulu, kini dan selamanya.
Fairuz mengambil jalan yang paling bijak dan selamat, beliau ingin membersihkan namanya dan nama baik kerajaan PR Pulau Pinang. Tohmahan sehingga ke peringkat soal siasat SPRM memaksa beliau mengambil jalan bijak meletakkan jawatan supaya namanya dapat dibersihkan. Lagipun inilah yang UMNO BN mahu, asal ada sahaja tuduhan rasuah, moral dan sebagainya kepada ADUN PR, mereka minta letak jawatan. Sekarang Fairuz dah letak jawatan, lawan je lah, kalau tak berani lawan, tajalah calon bebas sebanyak mungkin sebagaimana di Bk. Selambau.
Kenyataan ini membuktikan UMNO BN bimbang, gentar dan fobia dengan gelombang kebangkitan rakyat di seluruh Malaysia, Alasan membazir adalah paling tidak berasas, siapa yang membazir wang rakyat?. UMNO BN lah pembazir wang rakyat, setiap kali pilihanraya projek mee segera mencurah-curah (itupun tidak sepatut dianggap membazir, rakyat dapat manfaat walaupun projek hanya timbul bila ada Pilihanraya), semua jabatan dan agensi kerajaan turun dengan pelbagai program, pasukan keselamatan juga diturunkan dengan jumlah anggota yang terlalu ramai, semua melibatkan kos yang tinggi, jadi siapa yang membazirkan duit rakyat?. Siapa pula yang merasuah rakyat dengan wang ringgit?. Semua UMNO BN.
Yang jelas UMNO BN lah yang membazirkan duit rakyat untuk memastikan kemenangan calon mereka, tetapi rakyat Malaysia sudah bijak berpolitik sekarang. UMNO BN sahaja yang masih berfikiran sempit dengan permainan politik wang, ugutan, fitnah dan perkauman yang rakyat sudah bosan dengan amalan politik lapuk ini. UMNO yang masih tak sedar diri.