Dalam kesebukan dan tekanan yang menimpa YAB Dato' Seri Hj Nizar berhadapan dengan kemelut politik PAS Perak, beliau masih mempunyai kelapangan untuk menziarahi keluarga mangsa pembunuhan kejam tempoh hari di Taman Pinji, Ipoh Timur.

Malam tadi sebaik sampai di Ipoh dari Putrajaya, beliau bersama isterinya terus menziarahi keluarga mangsa di Kg. Sri Kinta, Ipoh. Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan memberi perangsang supaya bersabar menghadapi ujian Allah swt. Beliau juga sempat memimpin bacaan tahlil dan doa ke atas mangsa-mangsa yang terkorban akibat perbuatan kejam mereka yang tidak berhati perut dalam kejadian rompak dan bunuh petang Selasa baru-baru ini.

Sepanjang hari ini, beliau ke DUN Pasir Panjang untuk bertemu dengan rakyat di DUN tersebut setelah agak lama juga tidak ada kesempatan untuk melihat kawasan. Petang ini beliau tidak ke Putrajaya kerana menghadiri program-program yang telah diatur oleh Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang sehinggalah malam ini.

Pagi esok pula beliau akan bersama mengiringi calon PR di Pusat Penamaan Calon IKBN, Berapit. Dan seterusnya akan berkempen di Penanti.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!