KENYATAAN AKHBAR ISU PUASA SUNAT & MOGOK LAPAR

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, May 27, 2009

PUASA SUNAT & MOGOK LAPAR

Mogok Lapar adalah satu pernyataan protes oleh rakyat terhadap sesuatu ketidak adilan, kezaliman dan penindasan ke atas mereka. Di Barat, Mogok Lapar sanggup dilakukan sehingga kebuluran sehingga tuntutan mereka dipenuhi. Mogok Lapar yang dianjurkan akan diberi perhatian serta publisiti oleh media, dan ia cukup berkesan kepada pihak kerajaan atau majikan yang menindas rakyat. Mogok Lapar diadakan sebagai jalan penyelasaian terakhir setelah berbagai usaha sebelumnya dibuat termasuklah demontrasi dan proses undang-undang.

Mogok Lapar yang kadang-kadang turut dianjurkan di negara ini tidaklah sehingga membawa mudarat, mereka masih boleh minum, dan diawasi oleh pasukan perubatan. Dianjurkan pula dua tiga hari sahaja. Samada tuntutan dipenuhi atau tidak, mogok lapar akan berakhir selepas tempoh yang dianjurkan.
Orang Islam boleh menganjurkan Puasa Sunat dan Solat Hajat sebagai ganti mogok lapar. Puasa Sunat dan Solat Hajat yang dianjurkan adalah dengan niat untuk mohon pertolongan Allah supaya perjuangan diberi kemenangan. Ia juga sebagai satu pernyataan protes melalui pengaduan kepada Allah swt di samping usaha-usaha lain yang telah dibuat sebelum ini.

Jadi tidak ada salahnya mogok lapar dianjurkan, pelaku-pelakunya pula orang-orang bukan Islam sebagai tanda protes terhadap kezaliman yang berlaku. Orang Islam yang terdiri dari ahli PAS dan PKR pula berpuasa sunat dan Solat Hajat sebagai satu proses mohon pertolongan daripada Allah swt supaya perjuangan diberi kemenangan.
Puasa Sunat dan Solat Hajat boleh dilaksanakan setiap masa, cuma sebagai satu pelancaran dan pengisytiharan supaya boleh dikerjakan secara serentak di seluruh Perak.

Allah swt yang menganjurkan kaedah ini sebagaimana firmannya yang bermaksud "Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat". Antara hikmah puasa adalah sabar. Dengan berpuasa, kita boleh bersabar berhadapan dengan kemelut seumpama ini, bersabar melalui puasa merupakan satu jalan mendekatkan diri kepada Allah swt, doa akan mudah dimakbulkan oleh Allah swt, begitu juga solat.

Dengan ini PAS Perak menyokong penganjuran Mogok Lapar oleh DAP dan Pakatan Rakyat, dan PAS turut menganjurkan supaya seluruh ahli PAS berpuasa sunat selama tiga hari berturut-turut mulai hari ini dan Solat Hajat pada sebelah malamnya dengan niat memohon pertolongan Allah swt supaya perjuangan Pakatan Rakyat diberi kemenangan oleh Allah swt.

Misbahul Munir Hj Masduki
Ketua Penerangan PAS Perak

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!