MESYUARAT PAS BAGAN DATOH MERIAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, May 10, 2009

Mesyuarat PAS Kawasan Bagan Datoh berlangsung dalam suasana yang ceria, meriah, sekali-kali hangat tetapi penuh ukhuwah. Kehadiran perwakilan dan pemerhati melebihi kehadiran mesyuarat agung yang lepas-lepas.

Dalam ucapan YDP, beliau telah menggariskan 5 strategi ke arah memantapkan kekuatan parti iaitu taqwa, sabar, sistematik, bersungguh-sungguh dan tawakkal. Beliau juga menyeru agar semua tenaga parti bekerja dengan ikhlas dan sepenuh hati untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

Sementara itu, ADUN Changkat Jong dalam ucapan perasmian mengajak ahli-ahli PAS merapati orang-orang bukan Islam supaya dengan cara ini mereka memahami perjuangan PAS. Beliau turut mengulas insiden yang berlaku dalam Sidang DUN 7 Mei yang lalu.

Sedang menyampaikan menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh perwakilan


Menyampaikan cenderamata kepada YB Tn Hj Anuar Sudin, Adun Changkat Jering yang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bg. Datoh

YB Kesavan, Adun Hutan Melintang & YB Anuar Sudin, Adun Changkat Jong antara tetamu yang hadir


Sebahagian perwakilan sedang mengikuti perbahasan

Sebahagian perwakilan Muslimat PAS Bagan Datoh

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!