Semalam saya tukar tayar kereta di kedai tayar Silibin. Saya dilayan macam juga orang lain. Tiba-tiba ada seorang Cina menyapa saya, " lu olang Nizar ka ?". Saya jawab, "mana lu tahu". " ini gambar". Dia tunjuk gambar Hj Nizar yang masih melekat di cermin kereta saya. Saya senyum sahaja.
Tiba-tiba meluru seorang Cina lain dari dalam kedai, bawa surat khabar Cina, dia tunjuk-tunjuk surat khabar tu pada kawan-kawannya yang lain, dia mendekati saya, " Haji, ini lu punya muka ka?" Dia tunjuk surat khabar Cina yang ada gambar saya bersama ADUN-ADUN lain sewaktu sidang bawah pokok 3 Mac yang lalu. Sekali lagi saya senyum. Riuh rendah dengan jeritan, "Kita mesti sokong itu Nizar, Pakatan Rakyat, ini kali kasi tumbang sama BN, itu Jelapang ha, kali ini, mampus la dia, semua orang Cina tak kasi undi sama dia la".
Saya saja nak tanya, "itu ADUN Jelapang ada balek ka ini kawasan" Apa mereka jawab, balek pun talak guna, semua orang talak peduli sama dia, kalau dia mahu tukar tayar sama saya, saya pun talak mahu bikin, pekan Jelapang, semua kedai tarak jual balang sama dia dan keluarga dia, dia shooping lain tempat, mahu beli bawang pun pergi itu Tesco, semua kedai tarak teriam dia".
Begitu sekali marahnya pengundi Cina kepada ADUN Hee yang keluar DAP menyokong BN.
Apa Cina tu kata lagi kat dia, saya tanya sepatah je, tetapi nak tunjuk marah punya pasal, macam-macam dia orang kata pada Hee, " Dapat duit juta-juta pun talak guna, semua rakyat talak suka sama dia, mahu makan kedai pun, olang talak peduli................................. panjang lagi yang dia orang kata kat Hee, maki hamun, mencarut pun ada.
Kebetulan tak berapa ramai pelanggan, semua pekerja Cina dan India mengerumi saya. Saya nak ganti satu tayar sahaja, tetapi semua pekerja termasuk yang jaga kaunter pun ikut sama buka tayar, angkat tayar, tukar dan pasang skru.
Saya dapat harga yang istimewa hari tu.