TERIMA KEPUTUSAN DENGAN SABAR DAN TAQWA

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, May 22, 2009

Orang yang beriman akan menerima apa sahaja musibah dengan sabar dan taqwa, tetapi ia bukan bermakna kita tidak boleh berusaha untuk memperjuangkannya. Hj Nizar telah melakukan apa yang terbaik dan wajar dalam memperjuangkan haknya. Proses yang dilaluinya penuh perit, tetapi beliau tabah dan sabar.

Saya percaya keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga hakim tidak mengecewakan, tidak mendukacitakan dan tidak menyebabkan beliau dan seluruh penyokong-penyokongnya hilang semangat.

Ramai lawan kita mengutuk, menghina, mencaci dan bermacam-macam lagi ungkapan dihamburkan kepada kita. Baca sahajalah dalam ruang komen ke atas setiap tulisan dalam blog ini, ungkapan dan kata-kata yang biadab bagai mereka itu tidak beriman kepada Allah swt. Saya baca dan tersenyum sahaja. Saya sengaja tidak mahu buang. terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog yang tolong jawab.

Hj Nizar ada peluang lagi yang terakhir dalam menuntut keadilan, iaitulah Mahkamah Persekutuan. Saya tahu, Hj Nizar tidak mudah kalah dalam perjuangan. Walaupun peluang untuk menang di Mahkamah Persekutuan mungkin peratusnya kecil, tetapi kita tetap mencubanya disertai dengan doa dan tawakkal.

Mahkamah hanyalah proses menuntut keadilan, ia belum tentu boleh menyelasaikan kemelut politik di Perak. Para hakim adalah manusia biasa, apa yang diputuskan boleh jadi menjadi mengikut pertimbangan akalnya semata-mata. Apa sahaja yang diputuskan sudah pasti ada pihak yang puas hati dan sebaliknya.

Justeru itu, penghakiman yang paling adil adalah mahkmah rakyat melalui pilihanraya yang bersih. Rakyat tetap mahukan DUN dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang baru.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!