YAB DATO' SERI HJ NIZAR MULAKAN TUGAS SEMULA DI PEJABATNYA

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, May 12, 2009

Pagi ini lebih kurang 7.45 pagi YAB Dato' Seri Hj Nizar kembali bertugas di Pejabat Menteri Besar. Beliau diiringi oleh EXCO-EXCO Pakatan Rakyat, Setiausaha Politik dan pegawai-pegawai khasnya. Kedatangan Dato' Seri disambut oleh En. Asri, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia di pintu pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Pintu pagar masih dikawal dengan ketat oleh pihak polis dan FRU.

Sesampainya Dato' Seri di pejabatnya, beliau disambut oleh En. Shamsuzaman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan juga beberapa pegawai yang lain. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri tidak ada di pejabatnya ketika Hj Nizar memasuki pejabat MB.

Kembalinya semula YAB Dato' Seri dan seluruh exco dialu-alukan oleh sebahagian besar pegawai dan kakitangan kerajaan negeri. Mereka turut melambai-lambai tangan dari koridor pejabat menyambut ketibaan kami.

Antara tugas pertama YAB Dato' Seri Hj Nizar sebaik masuk pejabat ialah menyampaikan surat pengantungan kerja Dato' Abdul Rahman Hashim sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dato' Ahmad Kamal bin Md Shahid sebagai Penasihat Undang-undang. Penggantungan ini berkuatkuasa serta merta sehingga diberitahu kelak. Beliau turut melantik Pegawai Kewangan Negeri Dato' Jamaluddin Al Amini untuk menjalankan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!