DATUK MUSTAPHA ALI S/USAHA AGUNG PAS YANG BARU

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, June 11, 2009

Datuk Mustapha Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS Pusat yang baru, Ust Idris Pula dilantik Ketua Penerangan PAS Pusat, Manakala YB Dr. Hatta kekal sebagai Bendahari dan YB. Datuk Abd Halim Abd. Rahman dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat yang baru.

YB Datuk Husam Musa, Mat Sabu, Asmuni Awi, YB. Dr. Mariah Mahmud, Anuar Tahir, YB. Wan Ubaidah dan YB Mohd Taufiq Abd. Ghani masing-masing dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Perak pula mempunyai Pesuruhjayanya yang baru iaitu Ust. Abu Bakar Husein, beliau sebelum ini adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Harun Taib pula dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu. Negeri-negeri lain dikekalkan Pesuruhjaya yang lama.

Semuga PAS semakin kuat dengan terlantiknya mereka yang terbukti mempunyai keupayaan, kemampuan, kebolehan dan pengalaman masing-masing. Di harap agenda perjuangan PAS semakin terserlah bagi PAS menguasai persada politik tanah air.

Harapan rakyat terlalu tinggi kepada pimpinan baru agar merealisasikan tema ucapan dasar Presiden. Segala kekusutan yang menimbulkan berbagai tanggapan negatif hendaklah segera dipulihkan. Rakyat masih mempunyai keyakinan terhadap PAS, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PAS.

Pimpinan hendaklah segera turun padang, Ketua Penerangan hendaklah dengan segera melantik jentera penerangan untuk mengatur strategi bagi turun ke akar umbi. Pimpinan hendaklah buang segala ego masing-masing, tak payah tunggu kawasan-kawasan jemput, pimpinan sendiri mesti mengatur jadual turun menemui seluruh rakyat di merata tempat.

Pimpinanlah yang mesti bersusah payah menemui rakyat, bukan rakyat yang bersuah payah menemui pimpinan. Panggilan telepon hendaklah sentiasa dijawab, kalau tidak ada kesempatan, lantik seorang pembantu bagi menjawab panggilan dan mengatur jadual pimpinan turun padang.

Pimpinan jangan turun padang hanya untuk berceramah, tetapi menemui rakyat bagi mengambil tahu permasalahan mereka, menangani dan membantu menyelesaikan isu-isu yang menyelubungi mereka.

Pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS di peringkat kawasan dan cawangan hendaklah kerap diadakan. Bimbing dan pimpinlah kawasan dan cawangan, kawasan dan cawangan akan berbesar hati dengan kunjungan-kunjungan yang kerap diadakan.

Apa salahnya sekali sekala pimpipan bermalam untuk berqiyamullail bersama pimpinan kawasan dan cawangan di markaz-markaz kawasan, pagi esoknya pula bersarapan bersama rakyat.

Tinggalkan tabiat menginap di hotel-hotel, rakyat akan lebih hormat kepada pimpinan sekiranya pimpinan sanggup merendahkan diri untuk menginap di markaz-markaz atau rumah-rumah pimpinan Kawasan dan cawangan.

Saya fikir kalau program ini berjalan secara berterusan, Insya Allah pemimpin PAS akan sentiasa dekat di hati rakyat, dan rakyat akan sentiasa dekat di hati pemimpin.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!