AMANAH DAN TUGAS BARU

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, July 6, 2009

Saya mendapat tugas baru yang lagi mencabar sebagai setiausaha BPP Perak. PJ Perak yang baru al Fahil Ustaz Abu Bakar Husein memberi kepercayaan untuk saya menjalankan tugas sebagai Setiausaha BPP Perak bagi menggantikan Tn Hj Abd. Rahim Mat Arip yang kembali kepada tugas asalnya sebelum ini iaitu Bendahari PAS Perak, iaitu jawatan lama beliau sebelum dilantik sebagai Setiausaha BPP Perak.

Saya telahpun menjalankankan tugas rasmi tersebut sejak beberapa hari yang lalu, majlis serah tugas telahpun disempurnakan baru-baru ini sempena Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perak yang pertama, serah tugas jawatan Bendahari dan Ketua Penerangan juga turut diadakan dalam majlis yang ringkas itu.

Sebagai Setiausaha BPP yang baru, saya akan lebih menumpukan dengan kerja-kerja pengurusan serta pentadbiran parti supaya lebih perkasa, perhubungan pentadbiran dengan seluruh PAS kawasan dan cawangan juga akan menjadi fokus utama supaya PAS di semua peringkat akan bertambah kuat dan perkasa.

Jawatan pula bukanlah satu kebanggaan, tetapi satu amanah yang cukup berat untuk dipikul, namun amanah yang berat itu akan menjadi ringan, apabila tugas itu dijalankan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, bersedia menerima teguran, dilaksanakan dengan semangat jamaie, mengutamakan taqwa, dirancang dengan sistematik dan sebagainya.

Serah tugas Tn. Hj Rahim kepada Setiausaha BPP yang baru

Serah tugas Dr. Khairuddin kepada Bendahari baru PAS Perak


Serah tugas Ketua Penerangan lama kepada YB Idham Lim sebagai Ketua Penerangan yang baru






About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!