BEKAS VOKALIS ROCK TURUT KEMPEN BANTU PAS

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, August 24, 2009


KEPALA BUKIT, 24 Ogos - Bekas vokalis kumpulan rock Melisa yang popular pada awal era 90-an dulu, Ustaz Mohd Rodhi Abdul Hamid turun membantu kempen PAS pada pilihan raya keci Dun Permatang Pasir.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Kehadiran beliau dalam program ceramah kempen di Pasti Kepala Bukit malam tadi berjaya menarik perhatian ramai khususnya golongan muda menerusi ceramah yang diselang selikan dendangan-dendangan lagu kerohanian.

Mohd Rodhi yang berasal dari Alor Setar dikatakan telah aktif menjalankan peranan sebagai pendakwah bebas sejak hampir dua tahun selepas meninggalkan karier seninya.

Beliau yang tampil dengan mengenakan songkok dan berpakaian jubah punjabi putih diberitakan telah menerbitkan album pertamanya iaitu 'Cinta Untuk Nabiku'.

"Saya menyeru umat Islam agar meninggalkan cinta-cinta noda dan kembalilah menyintai Nabi dan Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.

"Tidak lupa sempena bulan yang mulia ini beliau mengingatkan agar umat Islam meningkatkan amalan-amalan sunat, kerana pahala yang dijanjikan Allah amatlah besar," katanya kepada kira-kira 100 yang hadir.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!