PAS TIDAK SERANG PERIBADI CALON

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, August 19, 2009

PERMATANG PASIR, 19 Ogos - PAS sama sekali tidak akan menyerang peribadi calon, sebaliknya akan mengeluarkan hujah berdasarkan kelemahan dasar yang dibawa Barisan Nasional (BN), jelas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Respon Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presisen Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Pakatan akan melancarkan serangan peribadi terhadap Rohaizat berhubung isu Majlis Peguam membatalkan lesennya.

Tegasnya lagi, "PAS tidak akan menggunakan pendekatan keras, malah jauh sekali menggunakan isu peribadi, sebelum ini pun kesemua ahli dan kepimpinan parti sudah dilatih untuk menggunakan pendekatan yang tidak mencetuskan huru-hara".


Lantas, dakwaan Zahid itu ditolak tegas oleh Harun Taib bahawa PAS tidak takut melawan BN, malah kenyataan Mahfuz yang memintanya menarik diri dari bertanding perlu dipandang serius oleh BN.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, semua pemimpin Pas yang akan berceramah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sudah diberi taklimat berhubung perkara yang boleh dijadikan isu untuk dijadikan modal berkempen.

Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan semalam menyatakan bahawa Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang dan atas ianya kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi seperti yang didakwa Rohaizat sebelum ini.>

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!