RAMADHAN KARIM - BULAN YANG DIRINDUI

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, August 21, 2009

Selamat datang Ramadhan Karim, bulan yang sangat dirindui untuk bertemu dengannya, dan sangat tidak disukai untuk berpisah dengannya. Namun, hanya mereka yang menghayati serta menjiwai Ramadhan sahaja yang benar-benar sangat merinduinya, apabila bertemu dengan Ramadhan, mereka akan melepaskan kerinduan dengan setiap detik tidak akan dilepaskan begitu sahaja, semuanya diisi dengan amalan yang boleh meningkatkan sifat taqwa ke atas dirinya.

Sebahagian besar umat Islam selain berpuasa di siang hari, malamnya hanya di isi dengan solat sunat Tarawikh dan bertadarrus al Quran. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk setiap saat sepanjang Ramadhan diisi dengan apa sahaja amalan yang boleh meningkatkan sifat taqwa. Itu sebabnya, natijah puasa di hujungnya akhirnya tidak ke mana, akhlaknya tetap begitu, solatnya tidak lebih baik dari sebelumnya, tutur katanya, pakaiannya, tingkahlakunya, kegiatannya atau apa sahaja dalam kehidupannya tidak ada perubahan, sama sahaja sebelum menjalani ibadah puasa.

Semuga Ramadhan yang sedang kita dakapi ini tidak di lepaskan begitu sahaja berlalu, mulailah seawal Ramadhan untuk mencari rahmatNya, di pertengahannya mencari keampunanNya, nescaya di akhir Ramadhan nanti objektif yang dapat di capai nanti meningkatnya ketaqwaan kepada Allah swt.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!