TENTERA DIPERALAT BN

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, August 19, 2009

PERMATANG PASIR, 19 Ogos - Pengarah pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar berjaya mengesan kewujudan klinik-klinik tentera yang memberikan khidmat perubatan percuma kepada penduduk di pusat jentera pilihanraya UMNO. Sehubungan itu, Tentera Diraja Malaysia diharapkan menghormati kedudukan tentera sebagai element neutral dan tidak membantu kempen pilihan raya mana-mana parti politik yang bertanding.

"Membuat klinik untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat sesuatu perkara yang dialu-alukan, tetapi benda yang pelik kenapa waktu pilihan raya baru nak buat klinik untnk berikan perkhidmatan kepada rakyat".

"Dan kenapa pula angkatan tentera boleh buat di bawah khemah UMNO? Jadi ianya sudah tentu bahawa ini tidak boleh terpisah daripada pertalian kepentingan politik UMNO dan BN yang peralatkan pihak angkatan tentera," katanya dalam sidang media harian PAS di Permatang Pasir.

Menurut beliau lagi, isu ini mempunyai kaitan dengan pengerusi perhubungan UMNO Pulau Pinang iaitu Datuk Zahid Hamidi.

"Ini juga ada kaitan dengan Pengerusi Perhungan UMNO di Pulau Pinang iaitu Datuk Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan. Beliau mungkin percaya kalau keputusan pilihan raya nanti suatu keputusan yang tidak memberi image yang baik kepada beliau, maka sudah pasti ini akan memberikan kesan kepada kedudukan beliau sebagai Naib Presiden UMNO," katanya.

Oleh sebab itu Mahfuz percaya bahawa kekuatan angkatan tentara digunakan untuk kepentingan politik dan pilihan raya dan ini semua satu bentu penyelewengan dan penyalahgunaan jentera agensi atau jabatan kerajaan .

Kes ini merupakan kali kedua terjadi dimana kali pertama beliau telah mendedahkannya di Manek Urai dengan satu kertas kerja yang jelas.

Beliau juga meminta supaya pihak SPR melihat hal-hal seperti ini untuk mengelak daripada penyalahgunaan kuasa jentera kerajaan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!