USTAZ SALLEH MAN BAKAL TERAJUI MAIPP

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, August 24, 2009

BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos - Ustaz Salleh Man akan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi menggantikan penyandang sekarang, sekiranya calon PAS itu menang dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan tazkirah sempena majlis berbuka puasa di Surau Said Jalan Kampung Paya, Bukit Mertajam petang semalam.

Anwar berkata, Pakatan Rakayat syorkan Salleh YDP Majlis Agama Pulau Pinang dan beliau sendiri telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai perkara tersebut.

"Saya meminta pandangan (Ketua Menteri) YB Lim Guan Eng, untuk menyampaikan hasrat kita, termasuk PKR dan PAS itu. Kita doakan Ustaz Mohd Salleh Man menang.

"Dan sekiranya ini berlaku, kita akan kemukakan nama beliau untuk dipertimbangkan melalui ketua menteri, seterusnya kepada Tuan Yang Terutama (Yang Dipertua Negeri) dan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya melantik Ustaz Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri," katanya.

Kini jawatan itu disandang oleh Shabudin Yahya iaitu ADUN Permatang Berangan dan tempoh perkhidmatannya akan tamat dua bulan lagi.

"Selalunya mengikut kes biasa, perubahan itu berlaku awal, tetapi kita terimalah keadaan sekarang. Kita tunggu sampai tempohnya habis 31 Disember, sebelum peralihan kuasa ini berlaku," katanya.

Menurut Anwar, Mohd Salleh Man dilihat mampu memantapkan institusi masjid, kegiatan agama Islam di masjid dan pengajian agama Islam di Pulau Pinang, memandangkan kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan peruntukan kewangan yang lebih untuk tujuan tersebut, berbanding kerajaan BN sebelum ini.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!