AMANAT TOK GURU DALAM KONVENSYEN PAS PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, October 31, 2009




Menurut Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan amanat dalam majlis pentup Konvensyen PR bahawa manusia dijadikan oleh Allah swt. tidak sama bentuk, wajah, suara dan sebagainya adalah bertujuan untuk mencari titik pertemuan.

Titik pertemuan itu ialah takwa. Semua manusia yang berlainan itu akan jadi sama di sisi Allah swt apabila ia bertakwa kepadanya. Manusia tidak menjadi mulia hanya kerana ia Arab, Melayu, Cina, India dan sebagainya. Manusia menjadi mulia di sisi Allah hanya kerana takwanya kepada Allah swt.

Begitu juga kewujudan pelbagai fahaman politik dan sebagainya adalah untuk mencari titik pertemuan. Pakatan Rakyat yang ditubuhkan merupakan titik pertemuan yang berjaya menyatukan pembangkang bagi menentang kezaliman UMNO BN yang mewarisi kejahatan zaman berzaman. Kebersamaan dalam menentang kezaliman BN, rasuah, salah guna kuasa, pembaziran wang rakyat, ISA dan pelbagai akta zalim menjadikan PAS boleh bersama dengan PKR dan DAP.

Ucapannya adalah singkat tetapi padat dengan amanat yang cukup berharga kepada para perwakilan. Menurut Tok Guru UMNO lagi BN adalah kelompok yang bodoh, primitif dan jakun kerana tolak Islam. Orang yang bodoh tidak layak memimpin negara, kalau UMNO tidak bodoh, sudah tentu UMNO BN tidak rampas kuasa di Perak, sepatutnya ia guna ketajaman hujah dan kekuatan partinya untuk mengambil kuasa dengan cara demokrasi sebagaimana Pakatan Rakyat lakukan dalam pilihanraya.

Ucapan Tok Guru yang singkat itu telah memukau peserta-peserta dari kalangan Cina dan India yang jarang sekali dapat peluang mendengar ucapan tersebut.

Beliau turut membidas adanya pemimpin UMNO dan para ulamanya yang menyelar orang bukan Islam membaca al Quran, menurutnya apabila Rasulullah saw menghantar utusan dakwahnya ke negara-negara bukan Islam, antara isi utama surat Rasulullah saw adalah petikan-petikan ayat al Quran untuk dibaca oleh pemimpin-pemimpin negara tersebut. Rasulullah saw tidak pernah melarang orang bukan Islam dari membacanya.

Beliau juga sempat bercerita bagaimana orang Melayu keturunan Syed (Arab) telah datang berkunjung ke rumahnya dan membantah kenyataannya yang kononnya menghina masyarakat berketurunan Syed, beliau menjawab bahawa Rasulullah saw. adalah Syed, ia membawa Islam untuk seluruh manusia, golongan pertama yang menentangnya juga adalah Syed dari kelompok Abu Jahal dan Abu Lahab, mereka sama-sama Arab, tetapi menentang Rasulullah yang juga Arab, jadi tidak hairanlah kalau ada orang Melayu yang berketurunan Syed turut juga menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!