Laporan dalam beberapa blog dan website mengenai kematian T. Nathan (bapa mangsa jambatan gantung runtuh, N. Dina Deve)adalah tidak tepat. T. Nathan tidak meninggal dunia sebagaimana yang dilaporkan. Beliau hanya pengsan dan tidak lalu makan dan minum akibat kesedihan amat sangat.

Petang semalam Pesuruhjaya PAS Perak Ust Abu Bakar Husein, Timbalan Pesuruhjaya PAS Ust Mustapa Shaari dengan beberapa pimpinan PAS Kampar telah melawat keluarga mangsa di Mambang Diawan. Mereka mengesahkan yang T. Nathan tidak meninggal dunia sebagaimana yang dilaporkan. T. Nathan dilaporkan sihat, boleh bercakap dan melahirkan rasa kesal di atas kejadian tersebut, dan mahu pihak terbabit bertanggungjawab di atas insiden yang berlaku.

Pimpinan PAS juga turut melawat keluarga mangsa lain yang turut terkorban kerana insiden tersebut. Dalam lawatan tersebut, Ust. Abu Bakar Husein atas nama PAS Perak telah menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa-mangsa tersebut, dan memberi sedikit tazkirah supaya bersabar di atas qadha dan qadar Allah swt.



About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!