GANESAN DIKECAM OLEH ADUN PR, USUL UCAP TAKZIAH DISAMPAIKAN OLEH YB HJ NIZAR

Dicatat oleh MisbahulMunir Wednesday, October 28, 2009

Dua usul diluluskan oleh sidang yang dipengerusikan oleh YB Sivakumar. Usul pertama mengecam Ganesan sebagai speaker yang tidak sah. Dalam usul tersebut, Ganesan didesak mengosongkan kerusi haramnya dan diserahkan kepada Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Usul tersebut disokong dan diluluskan oleh semua adun PR. Ganesan yang duduk dikerusi haramnya sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya untuk menjawab hujah dari adun PR.

YB Hj Nizar pula membawa usul ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden yang berlaku di Kuala Dipang, beliau mendesak supaya program seumpama itu dihentikan serta merta bagi mengelakkan tragedi yang lebih buruk lagi. Usul juga diterima sebulat suara.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!