JAMUAN EIDUL FITRI PAS PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, October 16, 2009

PAS Perak dengan kerjasama PAS Kawasan Batu Gajah dan Gopeng menganjurkan Jamuan Eidul Fitri di Arena Square, Batu Gajah pada 18hb. Oktober 2009 bersamaan 29 Syawal 1430 (Ahad). Program akan bermula mulai jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 3.00 petang.

Saya selaku Setiausaha Perhubungan PAS Perak dan juga Pengarah Majlis Jamuan Eidul Fitri menjemput seluruh rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan di Perak tanpa mengira ideologi politik, agama dan bangsa ke majlis tersebut beramai-ramai. Semua pertubuhan NGO dan para blogger juga dijemput hadir beramai-ramai.

Jamuan Eidul Fitri yang dianjurkan ini semuga menjadi jambatan antara PAS dengan seluruh lapisan masyarakat di Perak. Sebelum ini, jamuan eidul fitri sering diadakan di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri, tetapi kali ini ia diadakan di luar kawasan bandaraya bagi membolehkan rakyat luar bandar yang berhampiran turut menyertai.

Turut akan menghadiri jamuan tersebut ialah seluruh pimpinan Pakatan Rakyat negeri serta kawasan/bahagian seluruh Perak. Maklum balas yang diterima, pegawai-pegawai kerajaan juga akan turut menghadiri majlis tersebut.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!