KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, October 31, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) yang bermula pagi tadi berjaya menghimpunkan seluruh pimpinan PR di semua peringkat. Seramai 600 peserta yang masing-masing parti diwakili 200 orang peserta berhimpun di Syuen Hotel.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan pengarah, persembahan multimedia PR, pembentangan kertas kerja 1 oleh YB. Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddiin yang membentangkan tajuk Pengalaman, Permasalahan dan Harapan PR Negeri Perak, diikuti dengan kerta kedua oleh YAB Lim Guan Eng dengan tajuk Perpaduan Kaum, Pengalaman Pulau Pinang.

YAB Lim Guan Eng telah menarik perhatian seluruh perwakilan apabila ia menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh dalam merealisasikan kebajikan dan keadilan dalam pemerentahan PR di Pulau Pinang. Beliau turut memetik ungkapan-ungkapan menarik Khalifah Umar Abdul Aziz dalam sessi pembentangannya.Sembilan peserta telah mengambil bahagian dalam sessi perbahasan, setiap parti diwakili tiga pembahas yang dipilih oleh parti masing-masing. Perbahasan cukup menarik, para pembahas mengupas permasalahan PR dengan telus dan berterus terang, walaupun masa untuk berbahas terlalu pendek, namun para pembahas dapat mengutarakan pandangan dengan cukup menarik.

Yang paling menarik apabila setiap pembahas memetik ungkapan-unkapan yang dulunya mungkin asing, pembahas Melayu mengungkap istilah-istilah dan ucapan dalam bahasa Cina dan India, manakala pembahas Cina dan India mengungkap istilah-istilah Bahasa Arab dengan begitu fasih. Beberapa petikan ayat Quran juga dibaca oleh YB Ming Kai dengan sebutan yang faseh dan lancar.




About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!