SEHARI BERSAMA CALON BAGAN PINANG

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, October 8, 2009



Sepanjang pagi semalam saya sempat mengiringi calon Bagan Pinang berkempen di pasar tani menemui para peniaga dan pengunjung. Kemudian kami turut menemui para peniaga dideretan kedai-kedai di Pekan Teluk Kemang, menemui pengundi Cina dan India dari rumah ke rumah sepanjang batu 6 hingga ke batu 8.

Alhamdulillah dari riak muka semua pengundi yang ditemui oleh calon bersama ahli rombongan, tidak ada tanda-tanda yang mereka menolak sdr. Zulkefly Mohammad Omar sebagai calon yang bakal dipilih sebagai wakil rakyat baru mereka.

Pada mereka sdr. Zulkefly adalah yang selayaknya sebagai wakil rakyat Bagan Pinang, seorang anak muda yang berpendidikan tinggi dan profesional, peka dan sensitif dengan masalah rakyat, ke hadapan dalam memperjuangkan hak serta kebajikan rakyat dan banyak berkorban untuk rakyat.

Beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai seorang pegawai di Syarikat Telekom Malaysia walaupun gaji dan elaunnya mencecah 7 hingga 8 ribu sebulan semata-mata menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat dengan menyertai pilihanraya sejak beberapa penggal lalu. Beliau biasa bergelumang dengan kehidupan rakyat, merasai pahit peritnya penderitaan rakyat, tampil ke hadapan dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira fahaman agama ideologi dan bangsa.

Orang yang mempunyai sikap seumpama inilah yang wajar dipilih oleh rakyat dalam PRK Bagan Pinang. Beliau sangat mudah didekati dan mesra walaupun baru beberapa minit dikenali. Prinsip perjuangan kental, bertegas dalam perkara-perkara yang melibatkan prinsip dan bertola ansur dalam perkara-perkara yang boleh bertolak ansur.

Suaranya di Dewan Undangan Negeri nanti sudah tentu akan menjadi lidah rakyat dalam melaungkan dan memperjuangkan nasib rakyat bersama dengan rakan-rakan YB Pakatan.

Sebelah malamnya saya sempat berceramah bersama dengan rakan-rakan pimpinan dan YB dari Pakatan Rakyat di batu 7, Jalan Teluk Kemang. Sambutan rakyat dalam program-program seumpama itu menyakinkan yang PAS Insya Allah akan dalam PRK Bagan Pinang.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!