18 ekor lembu akan dikurbankan pada hari raya haji yang kedua ini di perkarangan rumah Tuan Hj Asmuni Awi di Meru Heigt. Program sembelihan kurban tersebut dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak. Sembelihan lembu kurban akan bermula dari pukul 8.00 pagi.
Penyembelihan akan diketuai oleh Ust Abu Bakar Husein selaku Pesuruhjaya PAS negeri, YB Dato' Seri Ir Hj Nizar juga akan turut menyembelih lembu kurban diikuti dengan beberapa pimpinan PAS dan PKR yang lain.
Daging-daging kurban akan diagihkan kepada fakir miskin di sekitar bandar raya ipoh dan juga di kawasan-kawasan yang berhampiran.
Ini adalah julung kali diadakan oleh ketiga-tiga parti. Walaupun sembelihan lembu kurban merupakan ibadah umat Islam sebagai simbol pengurbanan dalam perjuangan dan juga mengingati peristiwa besar yang berlaku ke atas dua orang nabi kekasih Allah swt iaitu Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s, namun ibadah kurban umat Islam tidak menghalang penganut lain untuk turut meraikan bersama, ibadah kurban juga telah berjaya menyatukan Pakatan Rakyat.
Mereka turut menerima konsep pengorbanan dalam ibadah ini. Oleh kerana mereka tidak Muslim, mereka tidak diizinkan oleh syarak untuk menyertai ibadah kurban walaupun ada di kalangan mereka mahu menyertainya. Walau bagaimanapun, mereka bersedia untuk turut serta bagi meraikan ibadah umat Islam dengan menghadirinya nanti.
Jamuan Khas turut disediakan bagi meraikan mereka. Terbukti kini, Islam yang diperjuangkan PAS selama ini akhirnya diterima oleh orang bukan Islam sebagai simbol penyatuan rakyat berbilang bangsa dan agama. Di bawah Pakatan Rakyat orang-orang bukan Islam tidak lagi janggal dan kekok menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh umat Islam, semuga ianya akan menjadi satu dakwah untuk membuka minda mereka menerima Islam.
PAKATAN RAKYAT PERAK ANJUR SEMBELIHAN QURBAN 2009
Dicatat oleh
MisbahulMunir
Wednesday, November 25, 2009