KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E MACAM HILANG KOTAK MANCIS

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, December 22, 2009

PAS merakamkan rasa kesal dan bimbang terhadap tahap keselamatan negara kita atas kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tentang kehilangan enjin tersebut, sedangkkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007. Apakah tahap keselamatan negara kita begitu lemah. Enjin kapal terbang bukan boleh diletak di dalam kotak mancis, macam mana enjin sebesar itu boleh dicuri dengan begitu mudah. Ia pula dibawa ke luar negara, bukan dijual kepada peniaga besi buruk Kampung Chu Badak Sentul.

PAS yakin jenayah ini mesti melibatkan orang yang berkuasa dan perlu disiasat dengan segera dan teliti. Kita tidak mahu yang ditahan hanya ikan bilis, sedangkan ikan jerung masih bermaharajalela. Jenayah ini amat memalukan negara kita di mata dunia, terutama di kalangan pelabur asing. Peristiwa ini adalah jawapan kenapa indeks rasuah negara meningkat dari setahun ke setahun, contohnya pada tahun 2008 Malaysia menduduki nombor 47 manakala tahun 2009 meningkat pada nombor 56. Sebab itu PAS dan Pakatan Rakyat serius dalam menentang rasuah di negara ini kerana kita tahu bahananya kepada rakyat dan negara. Keselamatan negara akan tergugat apabila gejala rasuah tidak dihapuskan dan ia merupakan ibu segala kejahatan dalam sesebuah negara.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!