DUN PERAK BUBAR ?

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, January 22, 2010

Saya dapat panggilan telepon dan mesej yang begitu banyak sejak dua tiga hari lepas, semalam adalah panggilan dan mesej yang paling banyak saya terima. Soalan yang ditanya sama, betulkah DUN Perak bubar hari ini ? Saya tanya semula, siapa yang bubarkan? Berita ni dapat dari mana, kami orang Perak tak tahu apa pun, anta dari Johor boleh tahu pulak. Begitulah hebohnya berita DUN Perak bubar.

Berita DUN Perak akan bubar bermula setahun yang lalu, mesej dan maklumat dari berbagai sumber kononnya dari istana, dari Putrajaya, dari UMNO yang boleh dipercayai, dari pejabat SUK, dari hakim, dari polis, dari SPR, dan berbagai lagi. Ada yang mendakwa dapat maklumat dari kawan yang kenal rapat dengan pemandu PMlah, Zambrylah dan macam-macam lagi.

Ada yang terus percaya, minta PAS Perak dan PR terus bersedia menghadapi pilihanraya, yang mengambil kesempatan untuk projek cetak poster pun ada. Ada juga yang mendakwa dapat maklumat dari kedai gambar, kononnya beberapa EXCO dan wakil rakyat BN telah ambil gambar calon di kedai mereka, begitulah rumus yang begitu kuat akan pembubaran DUN Perak. Kesimpulannya sehingga sekarang DUN Perak tak juga bubar, Zambry pula senang hatinya boleh berjalan ke luar negeri bersama PM, sebelum ini ke US dan UK. Pimpinan PAS Perak pula cukup berhati-hati nak tinggalkan Perak, bimbang ketiadaan di Perak kemungkinan DUN Perak akan bubar.

Sekarang yang menjadi berita panas dalam SMS dan blog, kononnya keputusan hakim mahkamah federal dah bocor, 4 hakim memutuskan Hj Nizar MB yang sah, 1 hakim lagi mengatakan Zambry pula hakim yang sah. Rumusan ini tidak pula pasti kebenarannya, tidak ada sumber yang jelas, mahkamah tidak pula bersidang bagi memutuskan siapa MB yang sah di Perak.

Rakyat semakin hairan, susah sangat ke nak buat penghakiman, hakim pula 5 orang, kalau seorang hakim Mahkamah Rayuan boleh buat penghakiman yang cukup pantas bagi menafikan keputusan mahkamah tinggi tempoh hari, tak kan 5 orang hakim federal tidak boleh buat penghakiman.

Inilah padahnya apabila hak dan kepentingan rakyat dinodai oleh UMNO BN melalui rampasan kuasa tempoh hari. Berita-berita seumpama ini sentiasa panas,isu bubar DUN tidak akan senyap begitu sahaja, rakyat di Perak tidak akan merasai ketenteraman, pegawai-pegawai kerajaan akan buat kerja dalam keadaan tidak senang hati, projek-projek kerajaan tidak banyak dapat dilaksanakan, pelabur luar tidak berani menangung risiko melabur di Perak, akibatnya pertumbuhan ekonomi di Perak tidak stabil, rakyat sentiasa resah dan menjelang sidang DUN Perak akan datang pasti akan ada kekecohan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!