TIDAK ADA PEGAWAI KHAS HJ NIZAR YANG DITAHAN SPRM

Dicatat oleh MisbahulMunir Tuesday, January 26, 2010

Berita yang keluar di TV 3 kononnya seorang Pegawai Khas Hj Nizar ditahan SPRM adalah mengejutkan semua bekas Pegawai Khas Hj Nizar dan pegawai-pegawai khasnya yang masih bertugas di pasir Panjang dan di Parlimen Bukit Gantang.

Sejak petang semalam sehingga hari ini, saya menerima panggilan talipon dan mesej bertanyakan hal tersebut, saya semak semua pegawai-pegawai khasnya dan bekas pegawai-pegawai khasnya. Saya dapati tidak ada seorang pun yang ditahan atau dihubungi oleh pihak SPRM mahupun polis.

Dakwaan yang dibuat oleh berita di TV3 adalah palsu dan berniat jahat. Sekalipun yang ditahan mengaku sebagai pegawai khas Hj Nizar, sepatutnya TV3 terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada YB Dato' Seri Hj Nizar adakah orang tersebut benar-benar pegawai khasnya. Ternyata setelah disemak tidak ada seorang pun pegawai khasnya yang ditahan oleh SPRM. Berita yang keluar di TV3 malam tadi cukup memalukan. Berita ini telah menjejaskan reputasi beliau sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN, juga sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu, YB Dato' Seri sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!