BUBAR DUN PUN TAKUT, BERDEBAT PUN TAKUT

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, February 4, 2010

UMNO BN cukup takut bubar DUN Perak, sebaliknya mencabar PR kosongkan kerusi. PR tidak pernah takutkan kerusinya hilang, sebab itu PR cabar bubar DUN Perak. Semua dapat bertanding semula, Zambry dapat bertanding, tiga orang yang melompat tu masih boleh bertanding.

Kalau 28 kerusi PR kosong, pilihanraya kecil diadakan semula, saya yakin Insya Allah PR akan dapat balek semula kerusi dengan majoriti yang lebih baik, walaupun bertukar calon. Tetapi BN tetap menguasai kerajaan haram Perak. Jadi tidak ada kesudahannya kemelut politik Perak.

Yang rakyat pertikai bukan 28 kerusi PR, tetapi status kerajaan BN Perak. Mahkamah Federal pula menunggu sekian lama untuk memutuskan siapa MB Perak yang sah. Jalan terbaik bubar DUN Perak, bagi peluang dan mandat pada rakyat untuk memilih semula kerajaan baru di Perak.

Ahli-ahli akdemik, penganilis politik, pakar perundangan, bahkan tokoh-tokoh politik dalam UMNO sendiri setuju bahawa kemelut politik Perak hanya akan berkesudahan melalui pembubaran DUN. Yang terbaru Prof Madya Dr. Ghazali Mahyuddin dari UKM bersetuju bubar DUN Perak adalah jalan terbaik penyelesaian kemelut politik Perak, sebelum ini ramai lagi ahli-ahli akademik dan pakar perundangan negara yang setuju pembubaran DUN Perak, hanya pemimpin UMNO yang sombong, tak sedar diri, dangkal dan bodoh sahaja yang mempertahankan kerajaan haramnya. Apatah lagi Setiausaha Akhbar MB Perak yang tahap kecerdikannya sama macam Zambry bosnya itu.

Takut bubar DUN satu hal, nak berdebat dengan Hj Nizar pun takut. Kalau tak berani berdebat secara terbuka, boleh berdebat secara tertutup pun tak apa. Setiausaha Akhbar Zambry kalau nak tumpang glamour bolehlah berdebat dengan sdr. Safarizal Salleh, Pen. Setiausaha DPP Perak. Dulu Pemuda PAS Perak cabar Pemuda UMNO berdebat, tak juga disahutnya, sekarang saya cabar Zambry berdebat dengan Hj Nizar. Tajuk debat Setahun pencapaian PR/BN perintak Perak. Supaya rakyat boleh menghakimi debat tersebut, adakan secara terbuka, sehari selepas debat, mengadap Tuanku, mohon bubar DUN. Berdasarkan hujah masing-masing, rakyat akan membuat penilaian samada memilih PR atau BN yang akan memerintah Perak.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!