KERJASAMA PR DENGAN BN WAJAR BERSYARAT

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, February 11, 2010

Syarat yang Pakatan Rakyat tawarkan kepada kerajaan BN Perak adalah wajar dan berpatutan. Ini kerana Zambry yang menghulurkan tangan mengajak PR bekerjasama membangunkan rakyat negeri Perak. PR Perak menyambut tawaran tersebut dengan syarat Zambry dan UMNO BN Perak mesti tunjukkan keikhlasan. Tawaran datang dari UMNO, jadi yang menawarkan mesti buktikan keikhlasan.

PR mahu Zambry ikhlas bekerjasama dengan syarat UMNO BN laksanakan amalan-amalan kebajikan dan keadilan yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan PR selama setahun memerintah negeri Perak. Kalau Zambry mahu tunjuk ikhlas tidak ada sebab untuk tidak memenuhi tuntutan PR.

Tuntutan tersebut tidaklah banyak, tidak pula susah, bukan untuk kepentingan PR, tetapi untuk kepentingan rakyat di Perak. PR hanya mahu hak rakyat dikembalikan dengan membenarkan semua premis kerajaan digunakan oleh semua parti politik menjalankan aktiviti kemasyarakatan, atau membenarkan Adun PR menggunakan premis tersebut bagi tujuan program bertemu rakyat dan sebagainya. Kerajaan Zambry tidak wajar menolak tuntuta ini. Lagipun penyokong PR jauh lebih besar dari penyokong BN, walaupun kerajaan BN berjaya merampas kuasa melalui mahkamah, tetapi sokongan rakyat Perak tetap majoritinya pada PR. PR hanya hilang tiga suara di Dewan Undangan Negeri, tetapi tidak hilang sokongan rakyat. UMNO BN wajib menghormati 54 % suara rakyat yang menyokong PR dalam pilihanraya 2008 yang lalu.

PR juga menuntut supaya ADUN dan Ahli Parlimen PR dilantik sebagai Jawatankuasa Tindakan Daerah. Melalui perlantikan ini, mereka boleh hadir mesyuarat setiap bulan bersama pegawai kerajaan yang lain, pandangan dan juga teguran boleh terus disampaikan melalui mesyuarat. Inilah peluang Adun & Ahli Parlimen PR dan BN serta pegawai kerajaan berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam memajukan pembangunan di peringkat daerah. Ia tidak pula melibatkan peruntukan kewangan. Menjadi Jawatankuasa Tindakan Daerah tidak perlukan elaun, bahkan kehadiran dalam mesyuarat juga tidak perlu tuntutan perjalanan.

Setahun PR memerintah Perak, itulah amalan yang dilakukan. Premis kerajaan dibenarkan digunakan oleh semua parti dan Adun kerajaan dan pembangkang. Kerajaan PR tidak pernah menghalang penggunaan dewan tersebut oleh UMNO BN. Manakala semua Adun dan Ahli Parlimen BN dilantik sebagai Jawatankuasa Tindakan Daerah, cuma sayangnya mereka tidak hadir dalam mesyuarat yang diadakan sebulan sekali itu.

PR telah menunjukkan keikhlasan untuk bekerjasma, Zambry pula hendaklah menunjukkan keikhlasan dengan memenuhi syarat yang tidak susah untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat yang 54% telah memilih PR sebagai kerajaan dalam pilihanraya 2008.

Zambry kena ingat, YB Hj Nizar dan PR masih disayangi oleh rakyat Perak, keputusan Mahkamah Federal yang menyebelahi Zambry sedikit pun tidak menghakis kepercayaan dan sokongan rakyat kepada kepimpinan PR negeri Perak. Justeru itu, hormatilah rakyat Perak, kalau PR Perak boleh akur dan menghormati keputusan Mahkamah Federal, tidak ada sebab Zambry dan UMNO BN tidak boleh menghormati 54 % rakyat yang telah menolak UMNO BN dalam pilihanraya yang lalu.


About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!