KULIAH ZOHOR DI PEJABAT PAS PERAK

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, February 25, 2010

Mulai hari ini setiap Khamis akan diadakan Kuliah Zohor di pejabat PAS Perak. Kuliah akan bermula dari 12.45 - 01.30 petang. Kemudian akan diikuti Solat Zohor berjamaah. Ahli PAS dan penyokong PAS yang berada di sekitar bandaraya Ipoh boleh hadir beramai-ramai.

Kuliah Zohor hari ini akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, selepas ini setiap minggu Zohor hari Khamis, pimpinan PAS akan bergilir-gilir menyampaikan kuliah. Program ini adalah dalam rangka mendekatkan orang ramai di sekitar bandaraya, terutamanya persekitaran pejabat PAS dengan PAS itu sendiri melalui majlis ilmu.

Umumnya rakyat di Ipoh tahu adanya pejabat PAS 3 tingkat itu berada ditengah-tengah bandaraya, tempatnya sangat strategik, berhampiran pula dengan bangunan Perak Darul Ridhuan yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri, pejabat Menteri Besar, Dewan Undangan Negeri dan sebagainya. Pejabat PAS sering dikunjungi orang ramai samada berurusan kerana parti atau berurusan kerana mohon bantuan, membuat aduan, memberi sumbangan derma dan sebagainya.

Kini Pejabat PAS Negeri di Ipoh tidak hanya berfungsi sebagai pejabat pentadbiran semata-mata, tetapi juga sebagai pusat dakwah dan kemasyarakatan. Kegiatan dakwah akan diadakan dengan program Kuliah Zohor, Kuliah Dhuha, Kuliah Maghrib dan bermacam-macam lagi aktiviti. Dengan adanya program ini, semuga PAS sentiasa dekat di hati rakyat.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!