SAMBUTAN HANGAT CERAMAH ANWAR IBRAHIM DI AYER TAWAR

Dicatat oleh MisbahulMunir Saturday, February 6, 2010

Kes tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan secara memualkan sedikitpun tidak menjejaskan kredebiliti Anwar sebagai pemimpin besar negara. Kehadiran ribuan rakyat di dewan Kutien, Ayer Tawar malam tadi membuktikan rakyat tetap bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan PR negeri Perak. Program ceramah Perdana anjuran PR Perak sempena setahun rampasan kuasa oleh BN terhadap kuasa rakyat mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Siri program setahun rampasan kuasa sejak dilancarkan seminggu yang lalu sentiasa mendapat sambutan hangat rakyat. Tohmahan UMNO BN kononnya rakyat tidak bersama PR adalah meleset. Pengaruh Anwar ternyata semakin menebal walaupun kes perbicaraan yang sedang berjalan sekarang cukup memualkan dan menjijikkan, namun rakyat yakin itu semua konspirasi jahat UMNO BN.

Program tersebut juga mengukuh dan mengeratkan hubungan akrab antara sesama pimpinan PR negeri Perak dan Pusat. UMNO BN menjaja kononnya PR semakin rapuh ekoran isu di Pulau Pinang yang sengaja dicipta dan dimainkan oleh media. Dulu mereka memainkan isu perpecahan PR di Kedah, kemudian Selangor kini Pulau Pinang pula. Semuanya gagal belaka. PR semakin utuh dan kukuh. Rakyat pula semakin hilang keyakinan kepada UMNO BN.

Kehadiran YB Lim Kit Siang yang mewakili DAP Pusat di Dewan Kutien memusnahkan harapan UMNO BN yang mahu melihat PR berpecah dan bergeseran. Kebanyakan semua pimpinan PR negeri Perak hadir dalam program malam tadi.

Pagi esok pimpinan PR akan menjelajah seluruh Perak bertemu rakyat di setiap DUN. Mereka akan singgah di beberapa tempat orang ramai seperti kedai kopi, pasar raya, berjamaah di masjid untuk solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. Kemuncak program ialah ceramah gempur di Parit Buntar dan Teluk Intan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!