Zambry telah berbohong dan bercakap dusta kepada rakyat apabila menafikan kerajaan PR yang telah melantik dan menjemput ADUN serta Ahli Parlimen BN dalam Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah.
Sebenarnya kerajaan PR sejak awal pemerintahan telah membuat beberapa perubahan dari sudut amalan pentadbiran supaya ia lebih baik, telus, adil, berkebajikan dan amanah kepada rakyat. Kenyataan akhbar pertama Dato' Seri Hj Nizar telah mengumumkan bahawa semua premis kerajaan negeri dibenarkan digunakan oleh semua parti dan adun PR dan BN. Kerajaan waktu itu tidak menghalang penggunaan premis tersebut kepada adun dan parti-parti politik selain PR. Ini sebagai bukti keterbukaan dab ketelusan kerajaan PR. Selain itu, PR turut mengiktiraf sumbangan fikiran semua ADUN dan Ahli Parlimen BN, mereka dilantik dan dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah.
Dan saya yang turut dilantik sebagai Jawatankuasa Tindakan Daerah sering bertembung dengan ADUN BN dari Sungai Manik yang juga hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Hilir Perak. Ahli Parlimen Pasir Salak dari BN juga hadir sama dalam mesyuarat tersebut.
Daerah-daerah lain ada juga di kalangan mereka yang hadir, tetapi ramai yang tidak hadir. Ini menunjukkan Pakatan Rakyat jauh lebih menghormati hak wakil rakyat di dun dan parlimen masing-masing. Mereka bebas memberi pandangan dan teguran dalam mesyuarat tersebut.
Semua pegawai daerah mengakui sebelum ini Kerajaan BN tidak pernah melantik dan menjemput adun pembangkang menganggotai Jawatankuasa ini. Menurut mereka, apa yang dibuat oleh PR jauh lebih baik dan adil bagi memastikan mereka turut berperanan dalam membangunkan daerah masing-masing.
Semalam Zambry telah membohongi rakyat dengan menafikan perlantikan ADUN dan Ahli Parlimen BN sebagai Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah. Zambry sebagai MB mahkamah sememangnya tidak layak menjadi MB kepada rakyat, kerana sebagai pemimoin berbohong adalah satu pendustaan yang sangat berat sehingga Rasulullah saw. tidak mengakui umatnya mereka yang membenarkan pembohongan oleh pemimpin mereka.
Rasulullah saw. pernah bersabda yang bermaksud :-
" Selepas zamanku nanti, akan ada pemimpin yang bercakap bohong dan zalim, barang siapa yang membenarkan pembohongan mereka, dan membantu mereka membuat kezaliman, aku bukan dari kalangan mereka, dan mereka bukan dari kalanganku.............."