JADIKAN MAULIDUR RASUL PELUANG MENGHAYATI ISLAM SEBENAR

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, March 1, 2010

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. diadakan diseluruh pelusuk negara mulai 12 Rabiulawal, seawal ia diadakan pada malam 12 Rabiulawal. Semua peringkat masyarakat dan institusi masyarakat mengadakan sambutan ini sepanjang bulan Rabiulawal.

Paling sederhana majlis diadakan berupa ceramah agama tanpa jamuan dan tanpa marhaban dan berzanji, paling meriah diadakan selain ceramah diadakan juga majlis bacaan barzanji, berselawat, jamuan, perarakan dan sebagainya. Semuanya diadakan sebagai tanda mengingati junjungan besar nabi kita Muhammad saw.

Umat Islam memandang seolah-olah sambutan seumpama ini dianggap ibadah yang paling besar, ada yang menganggap akan cacat amalan tanpa sambutan Maulidur Rasul s.a.w. Ada juga masjid dan surau tidak mengadakan sambutan maulid nabi hanya kerana tidak ada yang menaja jamuan makan, tidak ada yang menaja saguhati kepada penceramah yang diundang dan sebagainya.

Saya sempat memenuhi beberapa jemputan menyampaikan ceramah maulid nabi di masjid mahupun di surau. Sambutannya agak sederhana, namun ia tetap meriah. Kehadirannya juga ramai.

Saya menjadikan majlis tersebut satu peluang dakwah kepada masyarakat, saya mengingatkan bahawa semangat Maulidur Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan Rabiulawal semata-mata, tetapi ia perlu hidup sepanjang hari dan sepanjang tahun. Apatah lagi mengingatkan umat Islam semakin hari semakin lemah semangat perjuangannya.

Apa ertinya diadakan perarakan yang besar dan hebat, tetapi dalam masa yang sama penghayatan terhadap segala tuntutan diabaikan, mengenepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah saw dengan mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah swt. Selain itu, saya juga mengingatkan bahawa umat Islam hendaklah peka dan prihatin terhadap persoalan yang menimpa umat Islam, begitu juga isu-isu besar negara juga hendaklah diambil tahu oleh Umat Islam hari ini.

Peluang budaya umat Islam di negara ini mengadakan majlis Maulidur Rasul hendaklah diambil kesempatan yang baik bagi menyedarkan rakyat akan tanggungjawab sebagai umat Muhammad saw yang benar-benar mencintai Baginda. Penghayatan terhadap sunnah Rasulullah saw. adalah lebih bermakna berbanding sambutan yang besar-besar tetapi meninggalkan segala amalan Rasulullah saw.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!