PEMIMPIN UMNO MENGAPA TERUS MENGETEPIKAN ISLAM?

Dicatat oleh MisbahulMunir Sunday, March 21, 2010


IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan bahawa Umno merupakan satu-satunya parti Melayu yang majoritinya penganut agama Islam yang diberi mandat sementara bagi menerajui negara sejak sebelum merdeka lagi.


Umno adalah sebuah parti yang memperjuangkan nasionalisme Melayu, sememangnya matlamat perjuangan umno bukannya untuk Islam, tetapi mengambil kesempatan terhadap agama Islam bagi mengekalkan kuasa mereka di Malaysia jelas beliau.
Menurut beliau, lebih separuh kurun rakyat memberikan kepercayaan terhadap Umno bagi menerajui negara. Sememangnya dalam tempoh itu ianya telah membentuk minda diktator di kalangan pemimpin Umno-BN.


Menurut beliau lagi, pemimpin Umno sering merasakan mereka terlalu kuat dan gagah dan tidak mampu ditumbangkan oleh sesiapa pun. Mereka turut menganggap bahawa mereka adalah tuan kepada sistem politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan dan segala-galanya dalam negara ini.


Selain itu beliau menjelaskan apa yang menyedihkan bagi kita umat Islam, pemimpin Umno lupa dan lalai untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai sebuah parti yang mewakili orang melayu.


Malah kekuatan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam juga, tidak dapat mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan kerana Umno mengambil dan melaksanakan agama secara berpilih-pilih, tegas beliau.


Dalam ertikata lain, Islam pada Umno, hanya akan dilaksanakan, pada aspek-aspek yang menepati kepentingan politik, untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukan untuk melaksanakan Islam yang syumul sebagaimana tuntuan syarak.


Kini umno semakin celaru apabila orang bukan Melayu beralih arah kepada Pakatan Rakyat, Umno semakin gusar.


Kini Umno cuba menggunakan perang psikologi dengan mendakwa kuasa politik Melayu sudah semakin terhakis.


Memetik ucapan beliau Umno sebenarnya hanya mahu memadamkan hakikat bahawa, terhakisnya kuasa politik Melayu adalah kerana kesilapan dan ketamakan mereka untuk mengekalkan kuasa dan mereka telah mengenepikan Islam sebagai dasar perjuangan
Kini, Permainan politik Umno-BN ini sudah tidak boleh diterima rakyat. Pemimpin-pemimpin mereka sedang dilanca kecelaruan yang tidak berkesudahan akibat kekalahan besar dalam PRU ke 12 yang lalu.


Menurut beliau lagi, pada saat ini bukan sahaja Umno yang sedang celaru. Seluruh parti komponen BN juga turut dilanda kecelaruan. Mereka tidak sedar bahawa Umno, MCA, Gerakan, MIC dan seluruh anggota komponen BN sedang menerima hukuman yang berat iaitu penolakan yang berterusan daripada rakyat

Loading...

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!