AHMAD MOKHTAR BIN MUTALIB - TIM YDP K. KANGSAR KEMBALI KERAHMATULLAH

Dicatat oleh MisbahulMunir Friday, April 2, 2010


Timbalan YDP PAS Kuala Kangsar, Ahmad Mokhtar bin Mutalib telah kembali ke Ramatullah kira-kira jam 2.53 pagi tadi di hospital Taiping. Jenazahnya dijangka akan disolatkan di Surau Taman seri Mercu, Kuala Kangsar kira-kira jam 11.00 pagi, dan akan dikembumikan di Tanah Perkiuburan Jalan Baru, K.Kangsar. Al Marhum meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Al Marhum telah terlantar di hospital Taiping sejak beberapa minggu yang lalu akibat penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Datuk Tuan Guru Presiden PAS sewaktu berkunjung ke Perak bulan Mac yang lalu sempat menziarahi beliau di kediamannya.


Al Marhum aktif dalam PAS Kawasan sejak sekian lama, menjadi Timbalan YDP Kuala Kangsar sejak beberapa penggal yang lalu sehinggalah sekarang. Sumbangan kepada PAS Kuala Kangsar sukar dicari ganti, mudah mesra dan senang bergaul dengan orang ramai walaupun berbeza fahaman politik. Al Marhum sangat tegas dalam menyatakan pendirian dan polisi perjuangan. Di atas pengorbanan dalam perjuangan, al Marhum sangat disegani oleh semua orang terutama di Kuala Kangsar.

Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt, dan PAS Perak merakamkan takziah kepada ahli keluarga dan PAS Kawasan Kuala Kangsar di atas pemergiannya serta bersabarlah menghadapi musibah ini.

Misbahul Munir Hj Masduki
Setiausaha BPP Perak.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!