PAS PERAK ZIARAH MANGSA RIBUT

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, April 1, 2010

PAS Perak diketuai oleh Ust. Mustapa Shaari, Timbalan Pesuruhjaynya bersama Setiausaha Perhubungan, Lajnah Kebajikan dan Unit Amal Negeri melawat mangsa ribut di Kampung Panchor, Bagan Serai. Kedatangan kami disambut oleh dua Adun PAS dari Semanggol dan Selinsing.

Beberapa hari yang lalu, ribut telah melanda Bagan Serai dan 9 buah rumah telah diserang sehingga tercabut bumbung rumah. Namun, tiada berlaku kemalangan jiwa. Di atas dasar ehsan dan simpati PAS Perak telah menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan.

Kehadiran kami mengejutkan mangsa ribut, mereka tidak menyangka sedikit musibah yang menimpa mendapat simpati dari PAS Negeri Perak. Sumbangan yang diberi tidak juga seberapa, tetapi bukan itu yang mereka harapkan. Kehadiran pimpinan PAS Perak bersama dua orang Adun PAS melawat dan bertanya khabar sudah cukup baik dan mengesankan kepada mereka. Sebelum ini kedua Adun PAS YB Tn. Hj Ramli Tusin dan YB Husin Din telahpun menziarahi mereka dan menghulurkan sumbangan.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!