PERTEMBUNGAN KEMPEN PR DAN BN DI LADANG SKC HULU BERNAM

Dicatat oleh MisbahulMunir Thursday, April 22, 2010


Dua hari setelah saya bertugas di Ladang SKC Ulu Bernam, kempen-kempen PRK Hulu Selangor semakin rancak. Malam tadi berlaku pertembungan kempen PR dengan kempen BN di Ladang SKC. Lokasi kempen sangat berdekatan. BN menggunakan Balai Raya milik Kerajaan Negeri, PR menggunakan perkarangan rumah penyokong PR. Pembesar suara kedua-dua pihak sama kuat.

Kedua-dua kempen dihadiri para penyokong dan pengundi yang lebih kurang sama ramanya, tapi saya pasti yang ramai hadir adalah penyokong-penyokong BN dan PR dari luar yang bukan pengundi. Segelintir sahaja pengundi tempatan. Untungnya PR berkempen di perkarangan rumah penyokong yang jiran-jirannya sangat berdekatan. Sekalipun pengundi berada di rumah masing pasti-pasti mereka mendengar ucapan-ucapan dari pengempen PR melainkan telinga mereka disumbat dengan kapas.

Yang menghairankan bagaimana pihak polis boleh memberi permit kepada kedua-dua parti untuk berkempen sedangkan lokasi sangat berdekatan. Saya difahamkan petugas PKRlah yang memohon terlebih dahulu permit untuk berkempen di Ladang SKC. Nasib baik tidak berlaku insiden yang tidak dikehendaki malam tadi. Jerit pekik dan sorak antara kedua-kedua penyokong begitu jelas sekali.

Menariknya malam tadi kempen BN disertai oleh pimpinan BN negeri Perak. Kempen BN disertai oleh YAB Dato’ Zambry Abdul Kadir, Ganesan (Speaker Haram Perak) dan ramai lagi pemimpin BN Perak yang lain. Kempen PR juga disertai oleh pimpinan PR negeri Perak antaranya saya sendiri dan juga Suria Narayanan (Pengerusi Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak), sdr. Bala (Pengerusi Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Pusat), En. Abdul Rahman Abd. Talin (Setiausaha PKR Cabang Kuala Selangor dan Dato’ Seri Profesor Razali (dari PKR negeri Sarawak).

Mereka berbalas hujah dan ceramah. Para penyokong memberi tepukan gemuruh kepada penceramah masing-masing. Penceramah BN dari Perak memainkan isu kemelut politik Perak, semuanya ditangkis oleh penceramah-penceramah dari PR negeri Perak. Saya penceramah terakhir dari PR malam tadi, Zambry pula penceramah terakhir BN. Semua hujjah-hujjah dari penceramah BN kami sangkal satu persatu, BN menamatkan kempen mereka lebih awal berbanding dengan kempen PR. Saya menamatkan kempan kira-kira hampir jam 12.00 tengahmalam.

Yang sangat dikesalkan setelah mereka tamat lebih awal dan meninggalkan lokasi kempen, petugas-petugas BN memainkan lagu-lagu untuk menganggu kempen PR. Kami tetap meneruskan ceramah dengan mendedahkan penyelewengan UMNO BN dan kejayaan-kejayaan terbaik PR memerintah Selangor, Perak dan negeri-negeri lain.

Kalaulah malam tadi, pentas kempen tersebut diadakan secara debat professional , saya fikir ia lebih bermanfaat kepada rakyat. Semua pengempen di bariskan atas satu pentas, peluang diberi kepada semua penceramah untuk berhujjah dan berdebat. Rakyat serta pengundi menjadi pendengar dan penilai terhadap isu-isu yang dibangkitkan.

Selepas masing-masing berdebat dan berbalas hujjah, pengundilah yang menjadi hakim dan penentu pada hari pembuangan undi Ahad nanti. Saya yakin dengan hujjah-hujjah yang kami kemukakan malam tadi, rakyat tidak akan tersilap untuk memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai wakil rakyat mereka.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!