BN terus menggunakan isu peribadi bagi memburukkan calon lawan mereka. BN sudah kehabisan modal untuk menangkis serangan PR di Hulu Selangor.

2 tahun PR memerintah negeri Selangor, sudah membuktikan keupayaannya memerintah dengan baik berbanding 50 tahun BN perintah Selangor.

Pencapaian terbaik kerajaan PR Selangor selama 2 tahun memerintah Selangor dapat dilihat berdasarkan program-program kebajikan kepada rakyat. Antaranya :-
1. Pemberian 20 meter padu pertama air secara percuma
2. Tabung Warisan Anak Selangor
3. Skim Mesra Usia Emas
4. Hadiah dermasiswa kepada anak-anak Selangor yang masuk IPT
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
6. Berjaya membawa pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 (pelaburan kedua tertinggi di Malaysia)
7. Menaikkan elaun guru-guru KAFA RM 1000 sebulan.
8. Berjaya menyiapkan dan menyerahkan 5,655 unit rumah yang terbengkalai semasa BN memerintah.
9. Tiada lagi kontrak runding terus untuk projek-projek kerajaan negeri.
10. Tidak membenarkan Adun & EXCO menganggotai jawatankuasa tender untuk kontrak majlis tempatan.
11. Balai raya dan dewan dibenarkan digunakan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman parti, bangsa dan agama.
12. Memberi hak milik tanah kepada 100,00 penduduk di Kuala Selangor dan melanjutkan pajakan 99 tahun kepada 183 keluarga di Sekinchan dengan bayaran hanya RM 1 sekaki persegi.
13. Memperuntukkan dana RM 50 juta untuk skim micro-kredit (al Qardhu Hasan) bagi mengatasi masalah Along.
14. Memperuntukkan RM 20 billion untuk tempoh 10 tahun bagi menaik tarafkan sungai-sungai di Selangor.
15, Mengazetkan 321.7 hejtar hutan Kota Damansara sebagai Hutan Simpan Kekal.
16. Melantik Ahli-ahli Majlis tempatan dari kalangan mereka yang ada berkelayakan dan profesional.
17. Mewujudkan pendengaran Awam SELCAT bagi membuat siasatan terhadap tingkahlaku pentadbiran terdahulu yang menyalahgunakan harta rakyat untuk kepentingan tertentu.

dan banyak lagi.

Tinjauan petugas PR di kampung dan felda-felda Hulu Selangor, petugas UMNO BN telah membohongi rakyat apabila nikmat yang rakyat kecapi melalui program-program seperti pemberian 20 meter padu air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah dermasiswa kepada pelajar IPT dan sebagainya, para petugas UMNO BN mendakwa itu semua datangnya dari kerajaan UMNO BN.

Inilah pembohongan yang dilakukan dalam kempen-kempen UMNO BN. UMNO BN semakin terdesak, tidak ada cara lain untuk mengelabui mata rakyat, mereka menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang dituduh sebagai kaki arak, kaki judi, tidak ada pegangan agama, berfahaman liberal, mencabar hukum hudud dan sebagainya.

Apapun masalah peribadi Zaid, itu semua sejarah zaman silamnya sewaktu dalam UMNO. Beliau sendiri secara jujur mengakui sejarah zaman silamnya sewaktu masih bergelumang dalam UMNO BN. UMNO BNlah yang menjadikan ia berakhlak begitu. Kini beliau telah meninggalkan tabiat tersebut, beliau sudah berubah 100%, pemikiran dan aqeedah sudah berubah 100%, akhlaknya juga sudah jauh berbeza berbanding dengan akhlak dan amalan pemimpin UMNO BN yang lain. Beliau sudah bertaubat sejak meninggalkan UMNO BN.

UMNO BN sebenarnya terkejut dengan perubahan 100% Datuk Zaid. Terpaksalah mereka mencari gambar-gambar lama yang diubah suai dengan teknologi yang tinggi sehingga digambarkan Zaid peminum arak yang tegar, dicari semua kenyataan-kenyataan zaman silamnya terhadap Islam dan sebagainya. UMNO BN tidak berupaya berbuat demikian, rakyat menolak kempen terburuk UMNO BN ini, mereka mencari isu lain pula. UMNO mengakui Zaid sudah bertaubat dan berubah, persoalan yang UMNO bangkitkan sekarang adakah taubat Zaid diterima Allah.

Itu kita tidak tahu, kita menghukum dan menilai pada yang zahir sahaja. Soal taubatnya diterima atau tidak oleh Allah, bukan kerja kita sebagai manusia untuk menilainya. Tidak akan ada di kalangan malaikat mahu memberitahu kita bahawa taubat Zaid telah diterima oleh Allah swt.

Sekurang-kurangnya Zaid seorang yang jujur, mengakui sejarah silamnya. Dia bukan malaikat atau manusia yang sempurna sebagaimana para nabi dan rasul. Para sahabat Rasulullah saw. sekalipun ada zaman silamnya. Saidina Umar Al Khattab r.an, semua orang tahu kehidupan zaman jahiliyahnya bagaimana, setelah beliau menerima Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat yang terbaik taqwanya yang akhirnya dipilih menjadi Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar Assiddiq r.an.

Begitulah Zaid Ibrahim. Semua orang tahu sejarah silamnya. UMNO lagi tahu dari orang lain sejarah silam Zaid. UMNO jugalah yang mendokong Zaid ketika itu. Sekarang Zaid tidak lagi Zaid sebagaimana dalam UMNO. Dia menentang hudud ketika dalam UMNO, beliau mengakui UMNOlah yang menjadi penyebab mengapa beliau menentang hudud. Beliau telahpun menarik balik sikapnya dulu sebagai penentang hudud. UMNO menerima Zaid di ketika Zaid berakhkak buruk sebagaimana yang UMNO sendiri dedahkan, kini PAS, PKR dan DAP menerima Zaid setelah Zaid meninggalkan semua amalan buruknya dulu sewaktu dalam UMNO. PAS turut bangga mempunyai pemimpin dalam PR yang sudah bertaubat.

UMNO BN kata Zaid tidak layak menjadi Ahli Parlimen untuk rakyat Hulu Selangor kerana Zaid telah ditolak oleh rakyat Kelantan, bodohnya mentaliti pemimpin UMNO BN yang bercakap demikian. Rakyat Kelantan tolak Zaid dalam pilihanraya 2008 kerana Zaid ketika itu UMNO. Sekarang kalau Zaid bertanding atas tiket PR sudah pasti rakyat Kelantan akan terima beliau. Zaid bertanding di Hulu Selangor bukan sebagai ahli UMNO, tetapi sebagai ahli PKR. Tidak ada sebab pengundi Hulu Selangor tolak Zaid hanya kerana Zaid ditolak oleh rakyat Kelantan. Zaid banyak kelebihan berbanding dengan calon BN, beliau ada pengalaman sebagai Menteri dan juga peguam. Suara beliau sangat diperlukan di Parlimen bagi menyuarakan masalah rakyat, kemampuan sebagai ahli undang-undang juga melayakkan beliau menjadi Ahli Parlimen yang baik bagi membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang dan hak asasi.

Rakyat Hulu Selangor diseru menggunakan akal dan hati budi yang waras bagi menentukan masa depan yang lebih baik menerusi undi mereka dengan memilih Datuk Zaid sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.

About Me

My photo
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YDP Kawasan Bagan Datoh, Setiausaha Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia

Ahlan wa Sahlan

Selamat berkunjung ke blog saya ini. Diharapkan blog ini akan menjadi satu saluran untuk menyatakan yang benar dan tepat tentang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi menjawab segalan tohmahan oleh musuh-musuh yang sentiasa mahu memesongkan kepercayaan rakyat dan bertujuan jahat.

Sebagai Setiausaha Politik kepada MB Perak, saya mengharapkan dapat berkongsi maklumat dan mendapat feedback berguna dari para pengunjung sekalian.Terima kasih




    Ruku'lah Bersama-sama Orang Yang Ruku' - Bukan Merokok!